20110221

Cinderella

Aku sebenarnya ada banyak hutang entri ni. Antara sebab utama pasal gambar di upload kt laptop lain. Nak buat entri tak bergamba macam tak best, kena entri yang betul-betul memberi kesan di hati baru boleh. Hehe.

Semalam, sempena hari minggu kami sekeluarga telah pergi ukur kawasan Ikano dan The Curve. Sebab utama adalah berjumpa family BIL ada paper yang perlu hubby sign. Lepas selesai urusan haruslah berjalan-jalan. Pasal aku ni antara penyumbang setia profit buat Padini Holdings, depa bagi aku voucher bernilai RM40. Hooray!

Aku selalu beli kasut kat Vincci pasal setakat ini hanya kat Vincci je ada kasut size 3. Dulu kat Nose ada jugak size 3 tapi sekarang dah takda. Selain itu aku pakai Aldo size 35 or Crocs size 4. Kalau kasut sukan tuh takyah ceritalah pasal kategori lain. Sekarang aku nak cerita pasal sandal or kasut perempuan.

Bersempena dapat voucher RM40, aku nak beli wedges baru warna hitam yang boleh dipakai dengan leggings hitam. Aku perlu start pakai kasut tumit tinggi balik pasal aku makin gemok dan nampak bertambah pendek. Inarah kata aku nampak macam bibik pakai flat shoes. +_______+

Memula aku pi Padini Concept Store The Curve. Bila dah jumpa pattern yg berkenan, aku pun mintaklah size 3. Terus promoter tu kata takda. Aku tanya apesal takde dah habis ke. Dia kata memang takda paling kecik size 4. Occay gua try dululah size 4 tuh. Besar babe, tak cantik nampak kasut terlebih. Takpelah gua surrender, pi tengok kat Ikano plak. Sampai kat Ikano pun sama je pastu aku tanya lagi promoter tu size 3 memang takde dah ke. Dia kata for wedges memang tak banyak dah. Kalau ada pun for certain pattern je. 

Stress gila aku. Macam mana aku nak beli kasut tinggi lagi lepas ni. Dulu Vincci je yang aku ada. Sekarang macam perlu berubah ke Aldo, Clarks atau Crocs. Mahal gila kot average sepasang kasut is RM300++. Itu pun sama gak bukan semua pattern ada size aku. Aku perlukan kasut tinggi untuk menambah ketinggian yang pendek, and untuk nampak slim sikit takdelah rendang je kan. Nasib baik dah kahwin, kalau tak mesti stress nak carik kasut kahwin.

*photo courtesy google*

Mungkin bukan masalah besar seperti anak sakit tapi still satu masalah. *Mengeluh*

14 comments:

  1. size 3 kauuuuuuuuu...
    xdpt bayangkan betapa kecomelan fad itu.
    hihihi

    ReplyDelete
  2. cantik sgt wedges tu

    ReplyDelete
  3. yelah, masalah cari kasut adalah masih masalah. kita pun ada masalahc ari kasut yang vogue tapi takmo sampai 4 5 inci. maneeee nak cariii.. masalah betul, hahaha.

    ReplyDelete
  4. dah lama tak cari kasut baru..
    kid pernah jumpa fad sekali..
    dan dia memang comel sangat.. :)

    ReplyDelete
  5. sha - sebenarnya size 2 3/4 :D

    pn capa - mmg cantik, lg cantik kalau dpt pki.

    fie - you nampak mcm tinggi dah pki seinchi dua sudah. tapi kasut yg cantik semua tinggi sgt kan.

    kid - jumpe time muda remaja :)

    ReplyDelete
  6. tgok fad dlm gmbr memang comei sgttt la..btw wadges tu shantikk sgt lorr!!

    ReplyDelete
  7. uhuhu..inawah jahat~ ckp ko mcm bibik~ hek hek hek..kaki aku dah x kuat la nak pakai heels lagik :(.. x vogue a mcm ni..ekekek

    ReplyDelete
  8. i dapat voucher rm30 je..syukurlah..huhu

    ReplyDelete
  9. hai..kalau2 nak beli kasut saiz 3, contact le sy, k. garfield4248@yahoo.com

    ReplyDelete
  10. saya pun pakai kasut saiz 3 gak...tp kat kelantan ni cukup susah nak cari..buleh tolong saya?

    ReplyDelete

Kisah Purba - Pulau Redang with Kids

Ini memang kisah purba untuk masa depan. Haha. Terfikir nak buat entri pasal ternampak gambar kami pi Pulau Redang duluuu. Dulu tu was Marc...