20110209

Cuti - Kota Kinabalu

Ini entry percutian pertama aku kot, walaupun dah bercuti banyak kali, tapi selalu kantoi buat entri pasal aku kalau menulis ni kena ada mood. Tak boleh terjah je jadi tak best. Sebenarnya sekarang takde mood sangat jugak tapi aku cubalah. Hahaha.

Secara keseluruhannaya aku rasa trip ni kurang best compared to our previous vacations. Selain kejadian malang yang berlaku, Imaan was not well, batuk dan selsema. Dia tido je most of the time, kalau jaga nangis. So memang payah nak berjalan sangat. Kami pun pergi dengan keadaan yang tak ready. Tak survey tempat nak melawat so sampai je jadi macam hilang punca. Hubby pernah beberapa kali sampai KK tapi atas urusan kerja saja.

Lepas departed, kami check in kat Cititel Express Hotel. Ala-ala Tune Hotel tapi lebih mahal. Bilik kecil takda breakfast, rate semalam RM100++. I tak recommend. The next day transferred to Promenade Service Apartment. Dari luar memang nampak buruk tapi kat dalam not bad, value for money. Lebih kurang RM80 per day without breakfast. After 2 nights, kami transferred to Nexus Karambunai Resort pulak. RM400++ with breakfast. Resort nampak dah lama, kurang maintain tapi bilik sangat luas, swimming pool besar, makan not bad. Overall bagi aku OK. Takdelah best sangat, ala-ala Awana Kijal Resort je cuma resort ni lebih besar.

Makan goreng-goreng seperti nasi goreng adalah tak kena dengan tekak aku. Seafood and mamak style je yang aku rasa selera nak makan. So memang tiap malam makan seafood. Tak murah pun, murah sikit je lah dari KL, tapi makan seafood kat Kerteh lagi murah. Murah gila kat Kerteh tak pernah jumpa lagi murah. Sepanjang kat KK kami makan seafood kat Gayang Seafood.


Transport kat sana, kami sewa Kelisa bau ikan, sehari RM100 tapi itu harga kawan-kawan. Harga tak kawan around RM120-RM150. So meratalah kami dengan Cik Kelisa. Semua orang kata mesti pergi Kundasang, so dengan GPS pinjam, kami pun pergi ke Kundasang. 


Sampai je Kundasang rasa macam pelik. Apa ada kat sini? Memang nampak macam Cameron Highland tapi tak tahu apa yang special lagi. Lalu kami terjah Kundasang War Memorial. Sekali masuk RM2/3 per person, lupalah.


Lepas tu kami tanya budak jaga ticket apa lagi best kat Kundasang ni. Dia kata TAKDA. Rasa macam pelik tapi kami pun malas nak tanya lebih terus ke Kinabalu National Park. Hajat dihati mahu ke Poring Hot Spring tapi pasal kena drive lagi sejam lebih so tak jadi. Kinabalu National Park tak jauh so cuba terjah sana.

 

Sepanjang perjalanan, Imaan tido je dalam kerata. Memang tak best. Sampai Kinabalu National Park tetiba cuaca mendung, kelam je nampaknya. Nak turun kereta jalan-jalan kat situ pun takda mood. So hubby just round park tu satu kali je lepas tu keluar. Ramai kata kat sana sejuk tapi aku tak rasa sejuk sangat pun. Maybe time kami pergi cuaca memang tak best. Rasa macam kelam je, dingin dan kelam. Duniaku terasa gelap.

Kami kalau berjalan tak singgah mall memang tak sah. So haruslah singgah 1Borneo Hypermall. Tak shopping lah, window shopping je and makan.


Occay sekian dulu. Petang sikit I sambung pasal Imaan at Kota Kinabalu plak. Hehehe.

*click pada gamba untuk lihat dengan lebih jelas :)

13 comments:

  1. KK best!saya pon dah pegi.hehe

    ReplyDelete
  2. dah mahal ke seafood kat sane?
    time blajar dulu murah je.

    ReplyDelete
  3. zuris - kalau zuris pernah pi kerteh, murah gila. 8 org mkn baru RM150 dengan ikan ketam udang semua cukup :) kalau nak compare seafood kt kk dgn kerteh, mmg rasa mcm kt kk mahal jugaklah.

    ReplyDelete
  4. sane femes ngn seafood kan???
    xmerasa lobster ke? huhu..
    ehh seafood kuantan merasa x lg?? :p

    ReplyDelete
  5. na - aah psl seafood dia variety ah. mcm2 ado. lobster dh pernah mkn 2/3 kali. xde ah sodap sgt rase udang biasa je cume besar. mahai je lebih. sedap lg udang lipan, sekor 40 inggit. isi manis mcm ketam. seafood kuantan tunggu na belanje ah.

    ReplyDelete
  6. imaan mencebek ke tu....alahai

    nk gi kk lg...nk ke manukan lg ;) (tmpt honeymoon i) heheh

    ReplyDelete
  7. bestnyeee.
    tpi syg imaan, xsihat pulak.

    bile la sye nk smpi sane ni
    :D

    ReplyDelete
  8. hii fad..

    sha baca entry fad yg kata dpt tiket murah aritu...sha pun terus usha...tp xde dpt murah sbb on the spot tiket.

    sha g 13-16..fad g sebelum tu kan...

    kk pendapat sha susah makan la... kami makan fastfood jer...susah nak jumpe kedai makan bebetul islam.

    tp g gunung best kan..

    sha xmerasa g makan seefood. beli frozen lobster n udang jer.
    fad g makan kat area mane eh?
    kg nelayan ke kat town kk?

    ReplyDelete
  9. bila anak dah takda mood,tak sihat terus je kita pun rasa tak best bila bercuti-cuti ni kan..

    kami tak pernah lagi keluar dari semenanjung msia ni..
    insyaAllah ada rezeki nak jugak la :)

    ReplyDelete
  10. bestnyaa...bilelah Naurah nak sampai sane pulak yerr??? huhuh -__-

    ReplyDelete
  11. salju sha - nak ticket murah mmg kena cepat. skang ni pun dh payah sgt nak dpt. most of restaurant seafood mmg cina sha. fad mkn kt area gayang. kg nelayan kot jauh dr town. kt town ada kedai muslim tp xkena dgn tekak kita org semenanjung ni.

    kid, ena - ade rezki smpilah nanti :)

    ReplyDelete
  12. Laaa. U dah dekat sangat dengan Dairy Farm!

    ReplyDelete
  13. kalau nak makan seafood murah, kene pgi pasar filipino kat KK...kat Gayang tu mmg mahal...

    ReplyDelete

Kisah Purba - Pulau Redang with Kids

Ini memang kisah purba untuk masa depan. Haha. Terfikir nak buat entri pasal ternampak gambar kami pi Pulau Redang duluuu. Dulu tu was Marc...