20100822

Anak Sakit

Sebelum ni Imaan tak pernah sakit tapi semalam dia selsema dan batuk teruk. Sakit kali pertama pada usia 4 bulan. Kalau Imaan kena cucuk pun dia tak demam. Keluar malam berjalan sepanjang hari pun takda bagi apa-apa, semua OK je. Takda kembung takda selsema. Dulu maybe immune system Imaan power sikit pasal exclusive breastfeed. Sekarang dah campur formula nampak macam makin lemah. Semalam lepas berbuka dekat kampung kami jalan-jalan dekat i-City. Tak lama pun maybe dalam sejam je kami orang kat sana. Time balik masuk kereta Imaan terus tidur. Sampai rumah Imaan terjaga, giggling sikit-sikit lepas tu tiba-tiba menangis.

Imaan menangis sambil hingus meleleh keluar dan batuk-batuk, muka merah macam udang kena bakar. Dia menangis terjerit-jerit lebih kurang dari pukul 11.30pm sampai 2am. Mesti Imaan sakit dada dan hidung tersumbat. Ibu, abi, nenda, atok semua orang cuba tenangkan dia tapi Imaan nangis je. Kesian gila tengok semua orang tak tahu nak buat apa. Puaslah semua orang pujuk sapu Vicks kat badan Imaan. Atok dengan nenda pun apa lagi bebel-bebel dekat ibu pasal bawak Imaan jalan malam-malam. Sebelum ni selalu je Imaan keluar malam tapi takda apa-apa pun, sekali ambik kau. Akhirnya Imaan tertidur jugak dalam pangkuan ibunya. Asewah, kata anak ibu kan, mesti nak Ibu dia jugak.

Hari ni konon-konon nak pergi Parenthood Expo dekat Mid V tapi nampak gaya macam tak pergilah. Bagi Imaan rest je sampai betul-betul sihat. Baby lahir c-section memang kurang imune badan compared to normal birth. Itu antara sebab aku beria sangat nak breastfeed Imaan. Cuba avoid perkara macam ni terjadilah. Tapi nak buat macam mana kan. Pernah tanya doktor minta ubat selsema tapi doktor kata baby under 6 months hanya breast milk je ubatnya, kecuali sakit teruk sangat. Lepas ni kena lebih hati-hati dan jaga Imaan betul-betul.

Ada petua or tips tak kalau baby kena selsema or batuk lagi?

8 comments:

  1. fadilah,

    try this one.. vitamin c tu kan, fadilah ambil 2 biji, patah dua each then makan lah.. after that, terus direct feed ur lil' man tu.. then, jgn skip vitamin c dan b complex tu.. vitalea takpe, boleh makan selang sehari.. try this one ya.. anyway, fadilah dpt tak sms hadha kelmarin?

    (^_^)

    ReplyDelete
  2. oh ye! free gift hadha belum pos.. haritu habis stock hehehe

    ReplyDelete
  3. info tentang hidung tersumbat di SIHAT SELALU - Hidung Tersumbat

    ReplyDelete
  4. ye..breastmilk always the ebst solutions
    tapi bila anak dh tersumbat2 idung
    uiihh, dah lah tak bleh ank tolong
    rasa sgt helpless
    tu lah kan, skrg ni kita pun sama
    nak abwak eisya kuar
    pikir byk kali
    korbankan kehendak diri demi anak
    takpe lah..

    ReplyDelete
  5. if bb tersumbat idung,
    kikis kunyit hidup dgn pisau/batu asah smp kuar air...
    then air dia sapu kat antara kening dgn batang idung dia,inysaallah kejap je ok...
    bb saye slalu gak runny nose(taska+abah pny idung;allergic) bt cam2,alhamdulillah...ok..xpyh bg ubat titis ke selsema ke...

    salam kenal
    mas

    ReplyDelete
  6. nih petua dr aku..turun temurun ye...ko g klinik..tanya pead pasal abdec....abdec tuh multivitamin nye supplement...tak guna byk pon..lps mandi..setitik je...insyaALLAH anak ko akan jauh dr selsema..batukk..tapi kene jumpa paed dulu ye...mintak advice..sian imaan....

    ReplyDelete
  7. hadha - sy dpt sms awk yg psl mkn vit c tu aje. lain tade. sy dpt free gift ke? huhu.

    armouris - tq for the link

    dayu - bersame2 lah kte menjg anak supaya tidak sakit

    mas - tq for the petua. akan cuba nanti. salam kenal juge.

    ija - td aku baru lepas jumpe paed, baru baca msg ko ni. nxt time i tanye.

    ReplyDelete
  8. amalkan sebelum kuar rumah baca ayatul Qursi dahulu....cara awk cter mcam ada yg ikut ank awak...Waallahualam....

    ReplyDelete

Kisah Purba - Pulau Redang with Kids

Ini memang kisah purba untuk masa depan. Haha. Terfikir nak buat entri pasal ternampak gambar kami pi Pulau Redang duluuu. Dulu tu was Marc...