20100820

Bergaya Dengan Stroller

Hujung minggu melawat kawasan. Itulah aktiviti mingguan saya. Minggu yang sudah ke Wangsa Walk. Dengar cerita macam bosan saje tempatnya tapi itu cerita orang. Orang mana tak tau? Bagi saya OK je not bad. Bosan tak bosan pun memborong jugak. Eh, ini bukan review shopping mall. Mahu tunjuk ini, Imaan dengan stroller kegemarannya.

amacam stroller baru saya

Beli sewaktu di Jakarta. Kat sini ada jual jugak kot tapi tak tahu lah di mana. Boleh Google sendiri kalau mahu. Very light, very handy, ada bagpack juga ala-ala bawak beg tennis. Yang paling penting Imaan suka. Stroller Graco sebelum ni agak bulky so agak menyusahkan jugak lah tapi kalau rajin still pakai. Dah beli kena lah pakai kan. Jangan membazir, heppp.

hi auntie tengok I pakai ribbon

Waktu ini Imaan baru 3 bulan, memang nampak sangat kecil semua mata memandang. Baby baru 3 bulan sudah duduk dalam stroller tegak-tegak. Tapi Imaan sangat behave and macam suka naik stroller ini. Mungkin luas pemandangan agaknya. Kalau mahu jalan-jalan tengok kawasan, stroller Coco Latte ni lebih sesuai, tetapi kalau mahu lebih privacy or tidur pakai yang Graco saja.

Stroller ini ada cerita, waktu depart amik luggage semua sekali eh, mana stroller baru beli belum pakai lagi tu? Takda. Tunggu, punya tunggu dekat tempat collect luggage memang takda. Lalu abi dengan takda mood pi lah wat report. Orang yang berkenaan pun tolong lah carikan jugak memang takda lah. Balik rumah dengan hati terluka, stroller baru beli belum pakai sudah missing in action. Tiba-tiba ada call, stroller awak sudah jumpa lah! Tertinggal di airport Jakarta. Nasib baik ada rezki balik, kalau tak memang pasrah aje. Hehe.

Bila ada baby macam excited lebih dengan stroller kan. Dulu tak hairan langsung. Kalau tidak masakan some parents spend thousands just on stroller. Boleh beli motorcycle tuh. Nasib baik kami orang tak mampu, kalau tak mungkin beli jugak. Ehem.

3 comments:

  1. lawalah stroller baru Imaan.auntie pun berkenan.boleh beli kat kysha gak nie.
    stroller kysha skrg agak besar.ingat nk cari 1 untuk bawa travel dan blh lipat kecil2.senang bawa.mahal tak?berapa harga ek?

    ReplyDelete
  2. tak mahal stroller ni zuris. kteorg bli hari tu dalam RM250. kat sini brand new my brother in law kate dlm RM350 but kte tgk kt internet bleh dpt harga mcm kteorg dpt jugak. beli jgn xbeli. kalo tak silap brand sweet cherry pun ade exactly same design tp harga xsure lah.

    ReplyDelete
  3. lame dok try nak comment jat sini..asik x ley jek.. auntie nak ckp brg2 imaan besh sbb ibu imaan mmg besh bab2 cr brg..he he..

    p/s : imaan the compress fad~..sebijik ok~ lg2 yg pic baju pink tu.

    ReplyDelete

Kisah Purba - Pulau Redang with Kids

Ini memang kisah purba untuk masa depan. Haha. Terfikir nak buat entri pasal ternampak gambar kami pi Pulau Redang duluuu. Dulu tu was Marc...