20140123

Celebrating Birthday Abi

Sepanjang almost 5 tahun kahwin barulah kalini aku macam beria sikit nak celebrate birthday abi Imaan and Isma ni. Bukan apa, sesekali plan special sikit baru best kan. Kalau selalu sangat bosan pulak. Mihmih.

Kebetulan abi budak-budak ni ambil cuti seminggu last week so aku pun ambil kesempatan nak buat surprise lah konon. FYI, susah sangat nak plan surprise-surprise for abi dorang ni pasal kerja and program tak menentu. So bila ada peluang ni daku cubalah.

First time booking hotel, survey berhari-hari tanya orang yang pernah pi bagai almaklumlah tak pernah booking sendiri sebelum ni. Haha. Finally aku pilih Grand Lexis Port Dickson pasal abinya pernah beberapa kali macam teringin nak pi tapi tak pernah pi pun pasal mahal kan. Kami pergi semalam je pasal budget ciput and I choose Sky Pool Villa instead of water or garden type. Ini adalah kerana aku nak bilik besar and malas nak ambil risiko dapat bilik jauh kat water villa. Sekarang ni musim hujan nanti nak keluar makan macam leceh nak tunggu buggy. Anak iols, especially Imaan tu kadang suka buat hal taknak jalan, kena carry pun jenuh jugak lah.

Water villa kat sana bukan ada sea view sangat. Nak sea view kena tambah RM150 lagi. Tak mampulah mak. At first dah target garden suite tapi aku terbaca lastest review kat Tripadvisor ada tikus kat area pool. OMG memang taklah kan, bahaya gila kot kalau kena kencing tikus. So stay je lah kat main building. Lagipun main purpose nak in room pool je, so tak kisahlah. Next time if nak merasa water chalet better try Avillion Port Dickson or Golden Palm Sepang kot pasal review lagi better.

Oleh kerana kononnya surprise, so aku rahsiakan venue hingga saat kami nak bergerak dari rumah. Hubby I tak sangka jugak pasal dia bajet aku nak bawa pi Philea Resort Melaka or Awana Genting. Kihkih. Owh selain ittew, sempat jugak baking homemade Snickers Cheesecake as a birthday cakelah konon. First time buat jugak tu.

birthday siapa sebenarnya ni?

Dari rumah kami sampai PD dalam sejam je. Bila sampai bilik sebenarnya macam feeling meh jugak pasal sekali tengok bilik not as my expectation. Bilik mahal of course I have high expectation. Bilik memang besar, in room pool besar, tapi maybe deco macam oldskool sikit. Tapi bila malam with lighting baru nampak grand sikitlah biliknya. Owh, by the way bilik tu aku booking kat official website Grand Lexis, ambil promo early bird with 2 breakfast, total with tax is RM710. Aku dah habis Google dah itu price paling murah aku boleh dapat for that date. If kat website lain lebih kurang RM800++ total with tax. Memanglah tengok iklan mcm RM600++ je tapi masuk tax haruslah jadi mahal lagi. Kalau korang kerja government bolehlah try dapatkan harga murah sikit, jangan malu bertanya. Corporate rate pun ada tapi for certain company je. Iols surirumah, so takde special price. Sobs sobs.

the view from our room

the in room pool, main reason why people come to grand lexis

2 king sized bed

TV area to the kitchen

the kitchen, ada microwave 

tempat make up cuci muka gosok gigi

view dari atas katil

out door pool

in between water villa

Oleh kerana sekarang musim tengkujuh, tambah pulak bilik ala-ala di atas kayangan gittew, sejuk gila nok air dalam pool tu. Hubby aku langsung taknak berendam boleh? Aku paksa diri and anak-anak mandi sejuk-sejuk tu. HAHA. Hello, mahal aku bayar pasal in room pool tersebut,  takan tak mandi pool kot. Nasib baik-anak-anak jenis memang suka masuk kolam, sejuk gigil-gigil pun boleh and alhamdulillah tak selsema or demam lepas tu. Buffet breakfast kat situ banyak choice, rasa pun boleh tahan. Puas hati.

hantu air perut buncit

Lepas check out ada hati tu nak sambung try water chalet kat Lexis pulak tapi akhirnya we decided pi jalan Melaka terus. Merasalah naik Malacca Water Cruise and minum petang kat Klebang Original Coconut Shake. Memang best makan kopok lekor, nasi lemak and kuih-kuih selain the famous coconut shake. Malamnya makan ikan bakar pulak kat Umbai.

bawak naik water cruise pun muncung sedepa

Ronda-ronda bandar Melaka lepas tu tiba-tiba je rasa nak tidur semalam. Eh, konon nak balik je terus sudahnya check in pulak semalam kat The Explorer Hotel. Hotel baru betul-betul kat tengah area Dataran Pahlawan, walking distance to mall and Menara Taming Sari.

view from the explorer hotel

Agak-agak nanti birthday aku hubby nak bawak pi mana? Hahaha, belum apa-apa dah harapkan balasan. Cheit!

5 comments:

  1. best kan sesekali buat surprise..:)

    ReplyDelete
  2. bape ko spend ek fad g pd n melaka ni... aku nk try buat kat laki aku tapi dia tu payah la nk cuti klu tak bgtau nak g sekian2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. pi pd je pki duit aku. pi melaka epoi belanja. hihi. depends on bape harga hotel ko lah. samalah jugak aku ni psl mmg tau epoi cuti baru buat mcm ni. lps tu kena bitahu gak nak berjalan tido hotel haritu just tak bitahu pi mane je.

      Delete
  3. Salam kenal..

    Bestnya...ini klau dpt kat ank akak berendam je la dlm pool tu..:-)

    http://rencahkehidupan-maamieiqi.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. Fara ada buat one year membership utk Avillion Hotel Group.

    Sangat berbaloi .......boleh contact 019 6647056

    ReplyDelete

Kisah Purba - Pulau Redang with Kids

Ini memang kisah purba untuk masa depan. Haha. Terfikir nak buat entri pasal ternampak gambar kami pi Pulau Redang duluuu. Dulu tu was Marc...