20140113

Imaan Mendaki Bukit Broga

Selamat tahun baru. Heh. Apakah azam baru korang? Haha, mengada je malas aku nak buat entri welcoming tahun baru, list down azam bagai. Nak cerita pasal aku bawa Imaan naik Bukit Broga je. =P

Aku tak plan nak buat entri secara detail so gamba pun apa adanya je lah erk. Beberapa minggu yang lepas, aku telah membuat keputusan untuk membawa Imaan mendaki Bukit Broga. Sebelum ni aku dah naik 2/3 kali memang tinggalkan je anak-anak kat rumah. Biasanya pi lepas Subuh, dalam pukul 10 pagi balik rumah dah. 

Boleh dikatakan agak addicted jugak itu pasal aku agak kerap naik. Haha. Ntahlah pasal aku tak suka jogging or berlari sangat so naik bukit adalah alternative untuk berpeluh secara sihat. Lagipun feeling sampai puncak tu lain macam sikit. Ada kepuasan gittew. I kan pencinta alam semula jadi. Kofkof.

Bagi mereka yang belum pernah mendaki bukit, Bukit Broga ni sebenarnya kategori beginner je. Tapi kalau tak biasa, boleh muntah hijau. Pernahlah terjumpa muntah dekat trail, orang pitam pun ada. Tiap kali pergi mesti dapat tengok macam-macam kerenah manusia. Best! Kalau pergi weekend memang ramai gila. Boleh jem kat trail gittew. Kena bagi laluan untuk orang naik/turun. Kalau pergi week days ada jugak orang tapi of courselah kurang dari time weekend. 

Orang yang naik memang pelbagai peringkat umur. Paling muda aku jumpa 6 bulan. Paling tua level atok neneklah. Baby 6 bulan tu atok dia yang carry bawa sampai atas. Bapak budak tu tak larat. HAHA. Aku rasa semangat nak bawa Imaan pasal ada sekali tu terserempak dengan budak yang sama besar macam Imaan. So, kalau budak tu boleh, Imaan mestilah boleh kan.

Dengan semangat kasut baru abi Imaan belikan untuk beriadah, kami pun pi sama dengan nenda and my little sister. Nenda pun 1st time naik. Saja ajak bagi dia rasa naik bukit. Kehkeh.



Dari bawah ke puncak lebih kurang 1.7km je tapi ini naik bukit bukan jalan lurus. Kena panjat bukit occay. Walaupun ada trail tapi kalau semangat tak kuat memang tak sampai ataslah jawapnya. Imaan memang semangat gila masa tu. Alhamdulillah sampai atas langsung tak berdukung. Ada part yang susah dia nak panjat je ah aku tolong angkat dia. Sepanjang perjalanan kami stop sekali 2 je kot. Imaan rehat kejap minum air. Itu pun aku yang suruh pasal risau tengok dia dah peluh-peluh. Orang yang bertembung dengan kita orang sokmolah puji Imaan. Kemain sukalah dia. Baguslah kan orang lain semua bagi semangat barulah dia pun confident je.

ibu and imaan

Walaupun aku nak dia naik sampai puncak tapi takdelah paksa sangat. Banyak kali juga aku tanya Imaan kalau tak larat kita stop je. Tapi dia nak naik lagi katanya, "Imaan nak naik sampai atas, nak ambil gambar." Itu dia motivation Imaan. Nak naik sampai puncak lepas tu ambil gambar suruh ibu letak kat facebook bagi saudara mara tengok. KAHKAH. Masa tu kita orang dah lepas kawasan belukar and nak start panjat bahagian yang susah. Nenda Imaan time tu dah give up. So aku naik dengan Imaan je berdua. My sister dengan my mom tunggu je kat situ kononnya. Lepas je I and Imaan sampai hill top, nampak nenda dengan my little sister on da way naik jugak. Nenda tercabar tengok Imaan dah sampai atas lettew. Hihi.

nenda, cik iqah and imaan

Memang puas sangat bila dah sampai atas. Dapat naik dengan anak kecik pulak. TAPI bila nak turun, Imaan start buat perangai. Dia dah penat and malas nak jalan sendiri. So memang terpaksa kejap-kejap carry dia and sambil pujuk dia jalan sendiri. Alhamdulillah walaupun lambat sikit dari sepatutnya tapi sampai jugak kami ke bawah tanpa perlu aku carry dia sepanjang perjalanan. Bila sampai bawah Imaan dapatlah aiskrim upah pasal mahu jalan sendiri. 

Kalau aku ada carrier yang power nak je aku carry Isma pulak next time. Ada je orang pakai carrier bawak anak sampai atas. Kalau nak seribu daya kan. 

2 comments:

  1. Aku bawa Iman guna carrier masa dia setahun lebih kot time tu. Eh, Daddy dia yang bawa. :p Tapi kami sampai takat buaian Sheikh Muzapar tu jelah.

    Next time nak try bawa adik dia pulak.

    Memang seronok mendaki bukit ni sebab motivasi dia sampai puncak hilang penat. Kalau joging takde motivasi sebab takde apa yg nak dikejarkan :p

    ReplyDelete

Kisah Purba - Pulau Redang with Kids

Ini memang kisah purba untuk masa depan. Haha. Terfikir nak buat entri pasal ternampak gambar kami pi Pulau Redang duluuu. Dulu tu was Marc...