20131128

Bila Imaan Nak Pergi Sekolah?

Aku sebenarnya masih berkira-kira mahu hantar Imaan pi sekolah next year. Haritu macam confirm je nak hantar Imaan start tahun depan. Tapi bila fikir banyak kali macam tak perlu je. Actually dari dulu pun aku rasa tak perlu nak hantar anak awal sangat macam dalam kes zaman sekarang, seawal 3 tahun. Imaan next year 4 tahun. Kalau ikutkan perkembangan zaman, biasa-biasa je hantar anak time umur macam ni kan.

Dulu kononnya aku target nak hantar Imaan paling awal pun 5/6 tahun. Aku terfikir nak hantar awal sikit pun pasal hakikatnya aku rasa tak mampu nak hadap dorang 24/7. Semakin dorang besar, makin banyak kerenah, makin banyak attention dorang nak. Now dah pandai dengki jugak masing-masing. Most of the time memang kat rumah kerja aku attend to my children je. House chores hanya buat mana yang sempat. Kawan aku yang fulltime housewife pun kebanyakkannya bila anak dah 2 yang 1st dah hantar pi sekolah half day pasal nak ada masa buat house chores. Aku special kes pasal aku tak mewajibkan diri aku masak, mengemas dan mencuci setiap hari. Kehkeh.

Anak-anak aku diajar tak boleh hadap gadget, laptop, TV so most of the time they will explore the house. Buat sepah tak payah ceritalah. Lepas dorang boring baru aku kemas. Actually dorang tak banyak toys pun pasal bila belikan bukan main sangat. Sudahnya ke dapur bukak kabinet main actual thing jugak. Antara sebab kenapa aku nak move in to my parents house pasal kat sini ada laman, ada ayam, ada pokok-pokok, rumah besar sikit so bolehlah Isma nak kedepan-kebelakang tanpa rasa boring, boleh main basikal. Kalau kat rumah sewa kita orang, dari master bedroom boleh nampak pintu rumah depan. Haha. 

Imaan ada je cakap nak pergi sekolah. Siap ada beg bagai. Tapi haritu abi dia tanya dia kata tak nak pulak. Lepas tu kalau saje sakat dia tanya tak pi sekolah ke? Dia kata dia cuti. Dua tiga hari lepas tu nak pi sekolah balik. Hehe. Aku kalau hantar dia pi sekolah dalam masa terdekat setahun dua ni memang plannya half day je lah. Some parents ada yg dah start hantar on weekends kan tapi for us weekend memang untuk family and bersocial menjalin silaturrahim, nak balik kampung, nak attend kenduri kendara so weekend class memang tak boleh nak komit.

Kat area Seri Kembangan ni ada banyak je preschool. Antara top choice aku Brainy Bunch Islamic Montessori and Genius Aulad. Aku belum survey lagi pun program dorang, pi open day pun memang takdelah. Plan syok sendiri je pun. Ntahlah buat masa ni aku takde risau sangat pasal progress academic Imaan. If hantar pun lebih kepada nak expose dia mingle dengan rakan sebaya, tak nak bagi dia boring duduk rumah je. At the same time dapatlah belajar apa-apa kan. 

Aku ada cuba ajar Imaan sendiri tapi maybe aku pun tak bersungguh kot. Imaan cepat boring kalau aku ajar dia. Baru start 2/3 minit dah nak main. Anak orang elok je at this age dah boleh draw boleh color tapi Imaan tak minat. Dia jenis yang tak boleh ralit buat 1 benda. Kalau kita ajar dia, dia ajar kita balik. Aku suruh dia color sudahnya aku yang kena color. Abi Imaan kata Imaan macam dia time kecik. Kena orang lain yang ajar, lepas tu memang susah nak focus. Tapi kalau main benda bukan-bukan boleh je. Sekarang ni dia suka susun atur barang dapur nenda, suka main bancuh-bancuh air, suka sorok-sorok barang lepas tu lupa. T____T

Ntahlah aku masih tak boleh decide. Tapi berkemungkinan besar Imaan tak akan sekolah lagi next year. Main je lah dengan adik dulu erk. 

8 comments:

  1. aku dulu masa mula2 plan nak hantar Raina pi sekolah 2 atau 3 tahun. Masa tu biasalah beb mak budak kekonon nak yang terbaik. tapi bila bincang dgn laki aku, tok wan raina semua, diaorang tak setuju sebab awal sangat. so aku rasa pun mcm tak perlu nak hantar awal2. dalam masa yang sama masa tu Raina masih pakai diaper. so aku postpone tahun ni hantar weekend class je so aku plan next year baru betul2 hantar raina masuk tadika. tahun depan Raina dah 5 tahun so aku rasa itu masa yang sesuai untuk dia pergi sekolah.

    ReplyDelete
  2. plan nak hantar Fredo sekolah tahun depan..oh, dia belum pandia pegang pensel pun..mewarna lagi la tak pandai..menconteng boleh la..hantar dia pergi sekolah pun, hadap 2orang askar juga di rumah ni..tp tujuan utama nak hantar dia ke sekolah biar dia bersosial dgn rakan sebaya..husband ckp, kalau dia macam tak minat, takpelah tunggu 5tahun baru sekolah..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh fredo pun same ye. imaan belum start conteng dinding lg. takpe same imaan lah 5 thn masuk sekolah.

      Delete
  3. Iman lebih kurang sebaya dengan mirza....mun pun belum decide lagi nak anta mirza pergi preschool tahun depan atau tidak....husband mun ckp awal sgt..takut mirza cepat bosan..mun pulak pikir lagi awal lagi bagus sebab mun nak mirza belajar cara berkawan..yelahkan sebab mirza mak mun yang jaga...kat rumah mak tue adelah kawan dier jugak 2-3 org...entahlah sekarang dah hujung tahun...keputusan tue masih 50/50 lagi hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada gak kwn kt umah mak tu. mcm imaan mmg takde kwn tp so far if jumpa bdk lain dia ok je. kalau dia mmg nak pi sekolah ape salahnye kan.

      Delete
  4. Hahaha entry kalau tak kelakar tak sah. Hahahaha.
    Dah bace akak cakap gini, tetiba macam rase tak perlu jugak hantar fahrin sekolah taun depan. Dah le malas nak bagitau berak. Cemane tah nak ajo tak pakai pampers T___T

    ReplyDelete
  5. Fad, Wafiy pun belum g school tahun 2014 ni, i tunggu dia tahun depan lah kot, ;)

    ReplyDelete

Kisah Purba - Pulau Redang with Kids

Ini memang kisah purba untuk masa depan. Haha. Terfikir nak buat entri pasal ternampak gambar kami pi Pulau Redang duluuu. Dulu tu was Marc...