20130903

Isma Nuhaa Dah Setahun!

Lambat je ibumu ini update blog. I try my best untuk cuba update (konon). My pau goreng genap setahun 23 Ogos 2013 yang lalu. Takde buat celebration apa-apa pun. Potong kek makan kat luar pun takde. Kesianlah jugak. ='(

Isma is my super healthy baby. Sepanjang setahun umurnya belum pernah demam langsung. Paling teruk pun flu sikit meleleh hingus tapi setakat 2 hari je. Alhamdulillah diberi rezeki susu ibu yang cukup untuk Isma hingga hari ini. Aku berjaya delay solid food (full meal) until setahun. Yeehaa! Pipi pau masih maintain, badan maybe nampak kurus sikit dari masa babynya tapi takde kurus mane pun lah. HAHA.

Berat untuk setahun ni belum timbang lagi pasal macam biasa aku terlepas appointment check up setahun. Kena pi set balik hari lainlah. Yes, anak-anakku ambil vaccine tetapi hanya yang diberi percuma oleh kerajaan. Additional vaccine I tak ambil pasal for me, I rasa tak perlu. Aku masih buat routine check up kat klinik kesihatan je. Takpelah tunggu turn 2/3 jam pun aku bukan kena pergi office dah. Banyak kot saving kat situ, boleh guna untuk benda lain (extreme cheapskates?).

Asalnya aku nak start bagi Isma makan time bulan puasa yang lepas. Risau juga nanti aku tak larat nak breastfeed je pasal dia takde ambil solid. Tapi dengan izin tuhan dipermudahkan-Nya. Macam biasa mak maintain dengan supplement Shaklee. Tapi bulan puasa aku rasa macam gemok pulak ape kes? 

Now Isma dah start makan nasi. Nasi ye bukan porridge blend puree bagai. Sekali makan adalah 2 sudu je. Lepas tu makan cookies and ambil snacks. Dia tak suka makan yang soft, she likes her food crunchy gittew. Maybe antara effect aku tak ajar dia solid seince 6 months kot? Lantaklah. HAHA.

Antara soalan yang kerap aku dapat is kenapa aku delay solid food? Aku ikut instinct aku je boleh? Aku pernah dengar some mothers cuba bagi anak susu ibu SAJA until 2 years. Ramai juga yang condemn takut anak tak cukup khasiat. Aku personally ragu-ragu juga nak delay sampai 2 tahun. So for me kita try setahun dulu and tengok macam mana. And hasilnya, very positive!

Gigi Isma dah 8 batang. Gigi geraham dah nampak nak naik 2 batang kat atas. Dah boleh berdiri sendiri tanpa support and dah pandai menapak with support. Tunggu masa je nak berjalan. Unsabar aku cepat sikit jalan pleaseeee. Kaki dia kecik ikut mak dia, badan besar pulak so maybe tak balance kat situ antara sebab tak dapat nak jalan cepat. Takpelah anak. 

The only thing yang takde progress adalah rambutnya. Tapi aku pun memang tak kisah and takde usaha nak memperbanyakkan rambutnya pasal Kak Yong Imaan pun sama je dulu now rambut dah panjang dah. Apa ada hal baby girl takde rambut, barulah androgyny.  

Haih, tak boleh nak type panjang-panjang. Ada budak dah panggil. See you!


Ibu harap tak banyak, semoga terus membesar dengan sihat and jadi anak yang soleh.

7 comments:

  1. ko buat aku tringin nk mkn pau goreng skrg, grrrr...

    ReplyDelete
  2. hepi besday Isma...
    sedap nama pau goreng tuh...
    moga jadi anak yang solehah...

    ReplyDelete
  3. hai adik gemok.. - dani..

    kahkahkah.. still terbayang dani panggil sima mcm tu....

    maafkan anak aku fad.. hehe

    ReplyDelete
  4. Hapy 1st beday isma..
    meh come to aunty ana ni..nak geget sikit pipi..boleh...

    ReplyDelete
  5. hepi besday Isma.

    Aku pun check up Raina kat klinik kesihatan je. Sampai sekarang still ikut jadual check up kelinik kesihatan. walaupun tunggu lama tapi aku rasa puas hati sebab awal2 dulu ada gak check up kat private sama je aku tgk stail check up private. baik pergi gomen je. pendapat aku lah. hahaha

    ReplyDelete
  6. pau awak macam pau saya jugak...rambut segan nak tumbuh...hihihi

    ReplyDelete

Kisah Purba - Pulau Redang with Kids

Ini memang kisah purba untuk masa depan. Haha. Terfikir nak buat entri pasal ternampak gambar kami pi Pulau Redang duluuu. Dulu tu was Marc...