20130803

Melayan Anak Demam

Baru-baru ni, out of sudden bangun pagi je badan Imaan panas. Iols if anak sakit memang panic sikit pasal anak-anak aku setakat ini amat jarang sakit (Alhamdulillah...).

Stok ubat memang takde kat rumah so buat sponging je lah dulu. Tengah hari sikit pergi klinik dapat ubat demam, antibiotic and ubat batuk (padahal tak batuk). Imaan ni kadang occay makan ubat tapi makin besar ni makin susah pulak. Habis pujuk pun tak nak makan ubat. Bila paksa sampai biru-biru muka nangis. Ubat yang masuk dalam mulut pun dia luah balik. Stress aku hoi. Belilah kool fever tepek kat dahi. Dia demam ada time melepek gak tapi so far takdelah lembek sangat lebih kepada meragam je. 

After few hours cuba bagi makan ubat lagi pun gagal. Ubatnya habis buang je. Aku dah malas, fikir nak hantar pi hospital je if terus macam ni. Aku tengok kat Columbia Asia tu macam best je ward budak-budak dia. Pernah sembang dengan one of mother kat situ warded kan anak pasal anak dia susah nak makan ubat. Kita orang ada panel so boleh je nak admit to hospital if payah sangat. Tapi hingga kini tak pernah masuk hospital lagilah. 

Pasal ubatnya tak berapa nak masuk dalam badan, aku keep tepek dahi dia dengan kool fever je lah and tak missed langsung tambah Shaklee Mealshakes dalam susu dia, sehari 2 kali 1 teaspoon each time (sebelum ni sebenarnya selalu jugak lupa. kofkof). Bila badan tak sihat selera makan pun kurang, badan Imaan pun senang je lah nampak susut balik pahadal demam 2 hari je. Tapi... syukur sangat demam dah takde! 

Tak payah pergi hospital, takde masuk ubat (drugs) bukan-bukan dalam badan, dengan izin Allah disembuhkan. For me, aku memang tak berapa percaya dengan antibiotic kecuali sakit dah berlarutan terlalu lama. And syukur juga anak-anak aku especially Imaan free from antibiotic until her 2 years old. Biasa kita pergi klinik dapat ubat macam-macam kan tapi biasanya yang aku pakai hanya paracetamol. 

Aku bukanlah anti dengan ubat doktor. If perlu memang ambil tapi for kids terutamanya, aku cuba untuk elakkan. Consultation with doktor tu penting pasal they know better tapi apa yang dimasukkan dalam badan anak kita is our choice. Peace yo!

puteri sulung

No comments:

Post a Comment

Kisah Purba - Pulau Redang with Kids

Ini memang kisah purba untuk masa depan. Haha. Terfikir nak buat entri pasal ternampak gambar kami pi Pulau Redang duluuu. Dulu tu was Marc...