20120706

3rd Trimester of Pregnancy

Sedar tak sedar dah 7 bulan pregnant. Berat terkini hampir 57kg, lebih berat dari time aku pregnantkan Imaan dulu. Ntah macam mane nak loose weight nanti pun mak tatau (nanti adalah yang promote PB nanti ni, ahaks!) Sekarang aku tak makan obimin setiap hari kerana aku perasan if aku makan nanti loya muncul kembali. Iye, sudah 7 bulan pun masih muntah if silap gayanya. 

Kaki masih belum bengkak, dulu time Imaan takde bengkak pun. Stretch marks dah ada sikit pasal aku malas nak sapu losyen kot. Time Imaan dulu bebas stretch marks occay. Rasa macam banyak juga beza pregnant kali ini from previous one. If tengok keadaan fizikal pun ramai yang cakap I'm expecting a baby boy TAPI technology ultrasound menunjukkan bahawa I am expecting a baby girl. From the very beginning pun aku memang tak kisah about gender. Aku sendiri pun adik-beradik 4 perempuan, last yg bongsu baru lelaki. Tapi biasalah kadang bosan dengar orang lain yang expect for baby boy pasal 1st child dah girl. When I said most probably baby girl, orang lain yang macam kecewa, siapa yang pregnant ntah... (-_-")

Preparation untuk adik baby masih belum ada apa lagi. Nak prepare apa pun aku tak sure. Now aku dah rasa sarat sangat, so nak ukur mall ke, baby expo ke macam tak berdayalah. Jalan sikit dah pancit. Time Imaan dulu berjalan sokmo, this time banyak duduk rumah and rest saja. Aku bukan tak teringin nak shopping ke apa tapi tak larat occay, bukan tak excited. So far sama je rasa excited pregnant anak 1st and anak 2nd. Takde beza, cuma maybe keadaan time pregnant itu yang lain. 

Makin dekat nak bersalin, Imaan makin menjadi-jadi tantrumnya. Orang kata maybe dah rasa aura nak dapat adik kot. Memang manja kedehek. So far aku layankan je perangai dia. Tahap kesabaran aku kali ini memang sabar tahap merong mahawangsa. Hubby pun perasan and said maybe adik baby akan menjadi seorang yang penyabar, tak macam Kak Yong Imaan yang bekeng. Time aku pregnant Imaan emo macam apa ntah. HAHA. So bila anak meragam macam apa ntah mak dia kena sabar sajalah kerana mak dia juga yang mengandungkan dia dulu.

Kononnya aku nak setelkan preparation untuk adik baby before start Ramadhan. Tapi now pun almost 2 minggu je lagi nak puasa. So far baru beli rompers baru 5 pasang je kat Marks & Spencer, mak target nak beli baju adik baby kat Zara je and I'm done with baju baru adik baby. Baju basahan sila pakai baju kak yong saja occay. Tak banyak yang perlu dibeli sebelum labor nanti, so apa yang tak cukup bila adik dah keluar baru tambah apa yang perlu.

Dah, malas nak type.

8 comments:

  1. kejap je kan dear..i ni masih pjg pjalanan..hohoho..
    obimin kali ni i langsung tak blh telan..confirm muntah hijau..so,kita bgantung dgn vitamin yg klinik bekalkn...
    take care ya :)

    ReplyDelete
  2. U're expecting too? Tahniah nanak. I dh lama sgt tak berblog walking psl jrg online. Take care jugak :)

    ReplyDelete
  3. sekejap je nak dapat baby baru. xkesah la bby ape pon. yg penting lepas beranak maintain hot gitu. hahahaha :P gurau je.

    ReplyDelete
  4. aku pun shopping online je untuk adik baby..malas nak ukur mall..

    ReplyDelete
  5. Babe, ending entry mmg terbaek! Hahaha.

    Tak lama dah lagi adek baby nk pop out. Semoga semuanya selamat ya Fad. :)

    ReplyDelete
  6. Hi Fadh.
    Semoga selamat lah semuanya nanti ye.
    & Selamat berpuasa.

    Pssst, dah lama tak dengor perkataan bengkeng tu. =)

    ReplyDelete
  7. shooping on-line lagi laju duit mengalir sebenarnya kan..
    teknologi ni buat susah nak resist!haha..

    take care mommy!

    ReplyDelete
  8. i nak jual PB ni.nak beli tak?

    HAHAHA kidding! Saja nak kasik u meluat.hahahahaha :P

    ReplyDelete

Kisah Purba - Pulau Redang with Kids

Ini memang kisah purba untuk masa depan. Haha. Terfikir nak buat entri pasal ternampak gambar kami pi Pulau Redang duluuu. Dulu tu was Marc...