20120531

Resepi Chocolate Cupcakes

Hai berjumpa lagi kita dalam segmen baking-membaking. Kali ini Mak Neng nak share resepi chocolate cupcakes yang mudah lagi sedap. Cupcake yg comel sesuai untuk coverline rasa bersalah makan sepotong besar chocolate cake. If nak cover lagi tak payah letak topping tapi nak sedap mestilah dimakan dengan topping and vanilla ice cream. Dijamin pasti rasa bersalah lepas ittew, bak kata orang London, guilty pleasure.

Dah tak payah pergi Chili's order molten chocolate cake dah.

Bahan-bahan

Cupcake:
1/2 cup (50g) Serbuk koko
1 cup (240ml) Air panas
1 1/3 cups (175g) Tepung gandum
2 tsp Baking powder
1/4 tsp Garam
1/2 cup (113g) Unsalted butter, room temperature (if pakai salted butter tak perlu tambah garam)
1 cup (200g) Gula
2 biji Telur
2 tsp Esen vanila

Topping/Sos Coklat:

1/2 cup Serbuk koko
100ml Susu Cair
2 tbsp Gula
100ml Double cream

Cara-cara

1) Bancuh serbuk koko dengan air panas, biarkan sejuk.
2) Ayakkan tepung gandum bersama baking powder dan garam.
3) Pukul butter dengan gula (gunakan mixer) hingga kembang, kemudian tambahkan telur sebiji demi sebiji.
4) Setelah adunan sebati, tambahkan esen vanila, tepung yang telah diayak diikuti dengan campuran koko yang telah disejukkan tadi.
5) Apabila telah sebati, isikan di dalam bekas cupcakes (lebih kurang 2/3 saja)
6) Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan (lebih kurang 150-165 darjah celcius) selama 16-20 minit.
7) Campur sekali semua bahan untuk topping, masak menggunakan teknik double boiling sehingga campuran menjadi sebati.

Resepi di atas insyaAllah boleh buat sehingga 15 biji cupcakes. Topping atau sos tidak akan mengeras, tetapi akan menjadi likat setelah disejukkan di dalam peti ais, so better letak topping apabila cupcakes sedia untuk dimakan saja. 

P/S: Aku sendiri taip, now aku sendiri yang terliur. Terbayang-bayang dah ni. Adoi.

8 comments:

  1. if nk buat dlm kuantiti skit, boley la amek resepi ni ^_^

    ReplyDelete
  2. wah..nampak sgt melazatkan! pasni boleh la saya try buat..thanks for sharing dear!

    ReplyDelete
  3. nk buat arr weekend ni..selalu buat kek je..kali ni nk p beli asikrim arr...
    melelleh dh ni fad...hihih

    ReplyDelete
  4. wow, bestnyer...

    InsyaAllah.. nnti ghajen blh try,
    tq sharing ye..

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum! Tumpang lalu, nak bagitau ni ade pertandingan Lose Weight Challenge, boleh menang sampai rm1000 woh! Best!

    ReplyDelete
  6. Beb, blog balik after so long tinggal. Tuka address the-marvelousthings.blogspot.com

    Teliur tgk choc cake ko ni. Nak buat ah!

    ReplyDelete
  7. thanks ya.... mak neng

    ReplyDelete

Kisah Purba - Pulau Redang with Kids

Ini memang kisah purba untuk masa depan. Haha. Terfikir nak buat entri pasal ternampak gambar kami pi Pulau Redang duluuu. Dulu tu was Marc...