Akhirnya, by 2 years old Imaan is now free from pacifier. Syukur sangat pasal tak perlu dengar dia teriak susah nak tidur if pacifier dia tertinggal. Bila dah makin besar dah pandai memilih nak certain pacifier je. Aku pulak memang ajar dia pakai pacifier yang agak mahal pasal tak suka design pacifier biasa and kononnya takut gigi Imaan jongang pakai pacifier yang bulat-bulat. Kehkeh.
So boleh bayanglah banyak jugak spent kat pacifier dia. Almaklumlah 2/3 bulan sekali dah nak kena tukar. Sekali beli kalau brand MAM tu dah berapa ringgit. If nak bajet sikit beli yang Tommee Tippee. Biasanya Imaan pakai 2 jenis ittew-lah. Aku beli online selalunya so murah dari beli kat kedai. =P
Sebenarnya memang tak nak ajar pun dia pakai pacifier tu. Kisahnya bermula time dia baby dululah. Kawan adik aku datang visit Imaan and dia belikan Imaan pacifier. Elok pulak Imaan nyoyot pacifier tu and lebih senang nak tidurkan dia. Time tu Imaan dijaga oleh nenda. Nenda pun sukalah Imaan ada soother yang memudahkan aktiviti harian nenda masa tu. Aku pun oleh kerana taknak menyusahkan nenda Imaan so aku pasrah sajalah.
Start dari saat itu if nak tidur memang kena ada pacifier. Time cranky pun sumbat pacifier. Bila nak bagi dia diam dalam car seat pun bagi pacifier jugak. Makin lama Imaan makin besar aku risaulah jugak sampai bila nak pakai pacifier. Sebelum dia 2 tahun aku ada juga try nak train dia tapi gagal. Meraung macam apa ntah. Bila parents aku dengar lagilah serabut suruh bagi juga supaya dia diam. HAHA.
Satu hari, time dia nak masuk 2 tahun aku nekad. Masa Imaan tidur aku cakap dengan Imaan "Imaan esok tak payah pakai pacifier lagi occay. Imaan dah nak jadi kakak, Imaan dah besar." Sebelum itu ada jugak aku berdoa dalam alpha semoga Imaan dah boleh let go pacifier dia. Alhamdulillah dengan kuasa Allah, hari pertama aku sorok pacifier Imaan, dia takde meraung lagi. Bila dia nak tidur memang dia ada minta and merengek-rengek jugak tapi aku cakap "Takde, ibu dah bagi kat baby, Imaan kan dah besar." Dengan muka sedih dia cuba juga tidur without her pacifier. Berjaya!
Macam magic kan? Tak susah langsung macam sebelum ni. Selepas itu memang dia ada minta lagi tapi aku cakap baik-baik and pujuk dia "Takde sayang, dah bagi baby." If dia ternampak gambar lama dia pakai pacifier pun dia akan teringat and minta tapi still takde meraung or teriak kalau tak dapat.
Dua tiga malam pertama if nak tidur memang aku kena temankan dia tidur, gosok-gosok belakang Imaan, bagi dia calm. Sebelum ni pacifier tu jadi soother dia, so bila dah takde pacifier still kita kena comfortkan dia sebelum tidur. Tak susah pun cuma ambil masa sikit, pernah paling lama almost 1 hour. Now alhamdulillah dia boleh tidur sendiri. Bagi susu, golek-golek tidurlah dia. Bila datang manja dia tu nak jugak aku tidurkan tapi tak ambil masa lamalah. Sekejap je dah tidur.
Mungkin by the time aku nak pisahkan pacifier dia, dia memang dah ready, and tak lupa berkat doa and keyakinan aku pada Allah. Pernah dengar the power of doa and positive mindset? Kalau taktau sila google or do more reading. Aku tak retilah nak explain. HAHA.
Adik baby nanti agaknya pakai pacifier jugak ke? I don't know. ;)
comel je..hehehe..anak sulung saya pun klau nk tidur mesti kena ade puting..tp mase umur dia setahun saya stop kan..yg baby ni x pernah lg bagi puting..hehehe
ReplyDeleteif dpt pisahkan lebih awal lg baguskan. tp if tak bagi langsung lagi elok. hehe.
Deletenanti i nak apply benda yg sama time wean-off raisya from nens. setakat ni nens adalah penyelamat dari semua aspek, nak tido, mengamuk dll. Maybe i pon bleh apply cara yg sama mcm u pisahkan pacifier dgn imaan.
ReplyDeleteoh yes, i always believe in the power of doa & positive mindset. :)
mungkin boleh i praktik kn utk Fredo stop bf..
ReplyDeleteGood girl! Imaan tidur sendiri ke dia minta susu Fad? Kalau Kakal tu mesti nak susu baru tidur. Nak ajar dia tidur w/o susu la.
ReplyDeleteala...best nye fad da berjaya! alya x blh berpisah lagi la, bile lylie ckp x de, alya amek adik dier punya puting pulak. Alya kate dier pinjam kejap je!
ReplyDeletehi fad =)
ReplyDeletei dulu masa anak 1st memang dia pakai pacifier. by 2yo pisahkan dia dengan pacifier slowly. alhamdulillah akhirnya dengan sendiri dia tak nak. tapi ubatnya adalah kena buai lah pulak hehe. then anak 2nd pulak, peelnya lain. memang sendiri tak nak pacifier. tak tau la kenapa. buai pun sampai kena paksa sebab jenis susah nak tidur. akhirnya bf je lah =). kadang-kadang susah nak predict budak-budak ni. ada yg senang, ada yg susah. insy'Allah, kita berdoa saja..
senang pulak ye imaan..syukurlaa..some babies sampai 3-4 tahun pun dgn paci lagik..aigoo..
ReplyDeleteyes...power of Doa...yakin dan redha. InsyaAllah Allah bantu...
ReplyDeletelepas baca buku ni...lagi kuat keyakinan kita...just to share
http://bluepink-jaja.blogspot.com/2012/04/quranic-law-of-attraction.html