20110819

Imaan’s Progress So Far

Imaan sudah 16 months, setahun 4 bulan lebih kurang. Aku sekarang ni pun harapkan ticker kat side bar tu je nak ingat umur anak. Serious tak boleh nak ingat sendiri umur anak dah berapa-berapa bulan. Yang aku boleh ingat is Imaan dah setahun lebih. Hihi.

Siapa yang dari dulu menyinggah blog ini pasti boleh perasan aku ni taklah excited sangat nak update progress anak setiap bulan. Time pregnant pun punyalah malas. Aku memang bukan jenis manusia yang selok nak update agaknya. I just keep it to myself je.

Move on…

Berikut sedikit info tentang progress Imaan setakat ini:

Hampir boleh berlari tapi masih belum stabil. Dia lebih kepada berjalan laju, lagi-lagi kalau tahu nak keluar berjalan. Buka pintu dengan gate je menonong dia keluar. Orang pertama sampai kat kereta.

Tak boleh melompat. Kalau suruh jump, badan je naik sikit dengan kaki terjingkit.

Tak boleh bercakap, bukan bisu, eh… eh… Words yang dia boleh cakap dengan clear adalah emak, mama, ayah, abah, TETAPI dia tak tahu maksud perkataan tersebut. Dia just main bunyi je. Most of the time Imaan suka sebut mam mam mam, ga ga ga, ka ka ka. Itu je lah.

Walaupun belum boleh sebut sebarang word dengan jelas tetapi Imaan paham almost setiap apa yang kita cakap. Kalau kita tanya Imaan, contohnya Mana Abi? Nanti Imaan akan points ke abi. Ibu, nenda, atok, paksu, mak lang, mak ngah, cik iqah, semualah dia dah kenal.

Imaan juga dah tahu body parts, kalau tanya Imaan Mana hidung? Imaan pun picit hidung dia. Pipi, telinga, kepala, rambut, kaki, tangan, semua dah tahu tapi tak boleh sebut just pakai bahasa isyarat je. Kalau kita tanya Mana mata? Imaan akan kenyit mata. Imaan pandai kenyit mata kiri dan kanan. Kalau dia meragam kadang tu marah sambil mata terkenyit-kenyit.

mana mata? nyit!

Imaan pandai high five, buat peace sign, tapi kalau peace sign Imaan adalah macam ni. Ekekeke.

peace yo!

Kami masih co-sleeping dengan Imaan. Aku personally nak pisahkan Imaan tidur sendiri since dia baby tapi oleh kerana asyik delay beli baby cot and sampai Imaan dah toddler ni pun tak terbeli pula katil toddler so tidur sekali je lah. Kadang-kadang bila dia dah tidur lena taruk juga Imaan kat tilam bawah tapi nanti dia sedar and naik katil sendiri baring celah ibu and abi. Apo nak dikato.

Imaan tidur tak lasak? Heh, see for yourself (rujuk photo). Dia paling suka tidur kepala arah hujung katil. Lepas tu tak nak selimut or bantal. Dia paling lena tidur macam tu. Aku pun obey je lah janji dia tidur direct sampai Subuh. 


Berat Imaan aku suspect 8kg. Aku timbang pakai scale biasa tu je. HIHI. Dia masih kurang makan, tapi selalu minum susu. Imaan now aku dah tukar susu Dutch Lady 123 ke Dumex Dugro Bijirin Halus.

Imaan masih berpacifier. Tapi dah kurang nak melekap je pasal aku dah tukar balik supaya dia pakai soother Tommee Tippee. Kalau pakai soother MAM alamatnya melekap je lah kat mulut selagi boleh. Soother MAM tu lagi syok kot, padanlah harganya mahal. Dengan soother TT ni dia dah kurang sikit nak melekap, hanya pakai kalau nak tidur or meragam je.

Gigi Imaan total adalah 12 batang termasuk 2 batang gigi geraham, 2 batang gigi taring atas is coming soon. Lepas tu bakal muncul gigi taring bawah pula. Penuh lah nanti semua gigi depan dia tinggal geraham je maybe lambat lagi.

Imaan gosok gigi kadang-kadang pasal nenda Imaan tak reti gosokkan gigi Imaan. Aku je yang reti gosokkan gigi dia. Nasib baik dia mahu juga gosok gigi walaupun tak reti berkumur lagi. Lebih telan je. Imaan pakai ubat gigi Mu'min pasal so far brand itu je ada tulis Selamat Jika Tertelan.

Ok, itu saja tentang Imaan buat kali ini. =)

10 comments:

  1. imaan punye peace mmg terbaek...hehe

    ReplyDelete
  2. owhh hr tu mu ade mention ubat gg yg bley ditelan tu, aku nkg beli bru ni lupe,
    ok ptg ni g carik, hehe
    btw, peace imaan same ngn mika :p

    ReplyDelete
  3. hampir sama je pkembangan Imaan dgn Fredo..yelah,beza pun sehari je kan?hihi..
    Fredo pgl 'Memey & Dedey'..hihi..biasanya pun kalau nak sumtink, main tunjuk2 je..dan oh, cara tidur dorg juga sama..masa letak tu okla, nti dia bangun kepala ke arah hujung katil dah dan tak suka pakai bantal or selimut..sabar jelah..tp janji tidur sampai 8am..hehe

    ReplyDelete
  4. oh tergoda dengan kenyitan mata Imaan itu. hehe

    ReplyDelete
  5. Wah, gg imaan dah manyak.. Gg adam br 6 btg, tak tumbuh2 pon lg..

    ReplyDelete
  6. Waaa.. suka tgk stail dia tido, kangkang baik punya! Kitorang pernah co sleep dengan Aiyu masa kat hotel. Katil king size, tapi mak bapak terperesuk kat tepi pasal dia buat huruf H, tido melintang! T__T

    ReplyDelete
  7. hahaha, Imaan, kenyitan matamu menggoda aunty la..:)

    ReplyDelete
  8. Bnayaknya gigi imaan
    cha baru nak masuk 6 btg.. huhu
    cha pun jarang dpt gosok gigi
    cikgu kat schol tak semapt katanya..

    sama lah gaya peace imaan ngan cha

    ReplyDelete
  9. seronok ibu muda sekarang ni..semua perkembangan anak dapat tulis dalam blog, tak macam akak dulu..tak ada peluang

    ReplyDelete

Kisah Purba - Pulau Redang with Kids

Ini memang kisah purba untuk masa depan. Haha. Terfikir nak buat entri pasal ternampak gambar kami pi Pulau Redang duluuu. Dulu tu was Marc...