20110829

Akhirnya... Dan Ucapan Hari Raya

Hari ini di kala orang lain dah sampai ke kampung masak-masak untuk raya esok, aku masih di office. Yes, but Imaan tak kisah kerana her adorable mother akan bersama Imaan 24/7 bermula pada esok hari.

Sedihnya Ramadhan bakal meninggalkan kita. Tak tahu panjang umur atau tak untuk berjumpa lagi. Honestly aku takde lah excited sangat nak beraya tahun ni. Biasa-biasa saja. Persiapan pun bersederhana, paling sederhana so far. Kami akan pulang ke kampung hubby di Sungai Siput Perak malam ini. Aku paling suka balik kampung malam raya. HIHI.

Yang excited-nya adalah untuk tidak perlu ke office dengan berat hati lagi lepas ni. I hate my job, I quit. Lega hati mak nok, boleh duduk rumah layan Astro je macam nenda. HAHA. Aku akan menjadi suri rumah sehingga dapat kerja yang betul-betul aku rela nak bekerja. I will be quite fussy after this. Sebelum ni aku memang tak memilih kerja sangat. Itu pasal since graduation aku tak pernah menggangur lama. Lepas satu, satu office aku lompat. HIHI. 

So maybe I will be in a longgggg holiday. Duduk di rumah, atau ikut suami outstation. Bila duduk rumah dengan anak kecil yang very the explorer maybe aku akan kurang online. Macam sekarang pun aku selalu online di office saja. Kalau kat rumah amatlah jarang. Nak kata busy sangat duduk rumah pun tak juga tapi malas nak buka laptop pasal anak dara suka nak join sekali. But I still will updating... =)

Dengan ini, kami sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin jikalau ada terguris rasa hati atau meluat menyampah semua tu kita buang jauh-jauh. Yang elok itu daripada Allah, yang buruk daripada saya. Asewah~

3 comments:

  1. pja pn mmg cr kje yg berbaloi2 utk diri sendiri n anak....tu pasal la x dpt2 kje...hehehe

    Ade gang br dl kelab surirumah...hehehehe

    ReplyDelete
  2. hahaha. xpelah kalau ada rezeki adalah kan. kalo takde duduk rumah je. =P

    ReplyDelete
  3. wah fad pun jd suri rumahtangga..syioknye..bile nk jadik suri rumahtangga jugak neh

    ReplyDelete

Kisah Purba - Pulau Redang with Kids

Ini memang kisah purba untuk masa depan. Haha. Terfikir nak buat entri pasal ternampak gambar kami pi Pulau Redang duluuu. Dulu tu was Marc...