Imaan, sejak aku masuk kerja lepas pantang, dia dijaga oleh nenda (my mom). Rumah sewa kami and rumah my mom memang dekat sangat. Hubby decided untuk kami duduk kat rumah sewa kami sekarang pasal dekat dengan rumah my mom, dekat dengan my office. Lagi pun sewanya murah pasal rumah sewa sekarang adalah rumah my biras (SIL). Hubby selalu out station jadi aku yang manja ni pun tak suka duduk sendirian so haruslah akan ke rumah mak kalau hubby ke luar kawasan.
I'm so lucky tak perlu nursery hunting, atau baby sitter hunting. Tak perlu risau pasal keselamatan, kebersihan and kesihatan Imaan. Bila sampai masa untuk mula bekerja just hantar Imaan pada nendanya. Adatlah kalau nenda yang jaga semua takut anak jadi clingy. At first aku agak confident that Imaan tak akan jadi clingy dengan nenda pasal sebenarnya mak aku pun macam terpaksa jaga cucu dia. HAHA. My mom bukan jenis makcik yang suka layan budak kecik, suka manjakan mereka and such. Mak aku sangat macam aku, tak kuasa nak layan sangat.
Sepanjang pemerhatian aku, memang my mom takde manjakan Imaan melampau-lampau. Cuma dia tak boleh dengar Imaan teriak, mesti akan dukung bagi dia senyap. So, Imaan dah terbiasa nak berdukung aje. Kalau aku, memang hati kental biar je Imaan nangis. Agak nak muntah baru aku carry. Kalau aku ada kat rumah biasanya memang mak aku lepas tangan lah memang takdenya beria-ria nak tolong aku jaga Imaan. Kalau aku ada, my mom rilek je tengok TV, baring dalam bilik. Haruslah macam tu kan, Imaan anak aku bukan anak nenda.
Kalau kami nak tengok movie or ada hati nak pi dating, mak aku memang tak kuasa nak jaga Imaan. So biasanya memang ke mana-mana Imaan mesti ikut kami sehingga opah (MIL) duduk dekat rumah my BIL. Kalau rasa nak tengok movie memang tinggalkan Imaan dengan opah dia. Opah Imaan memang opposite my mom lah. Dia sangat rajin, suka layan budak, memang suka budak kecik. Itu pasal aku tak risau tinggalkan Imaan dengan nenda tapi agak risau kalau Imaan dengan opah.
Semuanya occay until Imaan menjadi toddler. Dia semakin memanjakan diri dengan nenda. Kalau kat rumah nenda, aku ada pun macam tak ada je. Paling kronik kelmarin Imaan cranky taknak tidur dengan aku. Sudahnya terpaksa nenda tidurkan dia. Sebelum ni kalau nenda tidurkan Imaan pun nenda akan letak Imaan kat sebelah aku tapi hari tu Imaan tidur dengan nenda sampai pagi. Aku pun panas hati so macam lantaklah kat situ. The next day aku rasa macam tak boleh layan sangat perangai Imaan ni so even my hubby takde aku angkut Imaan balik rumah sewa. Tapi aku angkut adik-adik aku sekali lah buat teman =P
Bila kat rumah kami, elok pulak dia main buat hal sendiri. Takde mengada nak dukung, and paling best senang je tidur takde cranky tak tentu pasal macam kat rumah nenda. Adik-adik aku menjadi saksi bahawa Imaan hanya clingy kalau ada nenda je. Clingy tak bertempat asyik merengek, nak dukung je, mana nenda pergi nak ikut. Paling tak boleh blah orang lain tak boleh usik langsung barang nenda macam handphone or tudung. Nanti Imaan marah and ambil barang tu bagi kat nenda. Protective tak ingat. HAHA.
Bila Imaan dah start nak clingy aku rasa macam nak hantar dia kat nursery je. Kat sini memang banyak sangat nursery tapi aku malas nak survey. Aku kan serba-serbi malas. Bila fikir nanti kalau hantar nursery nak kena sediakan beg, food bagai bertambahlah aku malas. Tapi aku taknak Imaan clingy sampai menyusahkan my mom. Bukan mak aku tak mengeluh kalau Imaan nak dukung je sampai dia tak boleh buat kerja.
Bila kena fikir macam-macam ni buat aku rasa nak duduk rumah je jaga anak sendiri. Takde susahkan mak, takyah pening risau anak begitu begini. Hurm.
No comments:
Post a Comment