20110411

Moody Monday #1

Ini bukan entri takde word tepek gamba tetapi entri untuk cuba menceriakan hari Isnin yang tak berapa nak ceria. Akibat aktiviti weekend yang agak padat dibandingkan dengan weekend yang lepas lepas, so pagi ni memang teramat liat nak bangun pergi kerja. Kalau kat office lama confirm aku ambil EL dah tapi kat office baru ni they very particular pasal attendent so terpaksalah aku berdisiplin. 

Actually takdelah padat sangat dengan aktiviti kot. Saturday, siang balik kampung bawa Imaan jumpa moyang, malam pula celebrate birthday maksu Imaan, Sunday petang pi birthday party Raina, then petang lagi pergi hospital melawat saudara. Itu sahaja agenda utama tapi maybe pasal aktiviti sampingan sambil melayan Imaan yang semakin nakal buat aku jadi penat sangat. 

Berikut, serba sedikit cerita hujung minggu:

Imaan yang semakin behave, memang tak boleh tengok orang senang. Sikit sikit panjat meja dan cuba participate aktiviti makan ibu dan abi. (Popeye's Sunway Pyramid - Friday's Eve)

Before balik kampung jumpa moyang, singgah menyinggah membeli barang Imaan. Macam biasa, hampa tak jumpa Yoplait untuk baby. Semua tempat yang disuggestkan telah diterjah. Mungkin tiap kali aku datang pada waktu yang salah (Village Grocer, Sunway Giza - Saturday Noon)

 
Imaan tolong ibu and abi pilih bread for breakfast. Dah beberapa minggu aku rasa macam nak bawak Imaan having breakfast kat McD tapi belum terlaksana lagi. Imaan bukan pandai makan pun tapi ibu je yang lebih berangan. Biasanya weekend kami pi breakfast kat mamak. (Subway IOI Mall, Sunday Morning)

Lepas breakfast, mahu pergi ambil contact lenses ibu yang dah sampai. On the way lalu McD. Try letak Imaan dekat Ronald tengok dia takut ke tak. Tapi itulah hasilnya, seperti gambarajah di atas.

Imaan main main dengan kakak kerja kat kedai optikal. Anak aku kan peramah.

Itulah dia selingan serba sedikit aktiviti hujung minggu yang lalu. Cerita birthday party Raina kena tunggu hubby I upload gamba from his cameralah.

10 comments:

  1. kat mamak imaan mkn ape?
    roti canai? tosei? hehehe

    ReplyDelete
  2. kat mamak biasenya imaan makan tosei, atau nan, atau capati. hehe. tp lebih buang dr mkn pun.

    ReplyDelete
  3. lama x bekfes kat mamak. dulu ann pun selalu bawa kaisya. as usual makan nan, sikit je dia makan yg lebih masuk perut ibu. hahaha.


    imaan dh pandai posim lah. comeiiiii.

    ReplyDelete
  4. paling suka tengok imaan dalam cermin tu..
    nampak dah gigi tu..
    bukan main lagi senyum ya..
    tu kena agah dengan pekerja kedai la tu..
    geram geram..!! :)

    ReplyDelete
  5. u..
    i pun sunday morning mesti pegi mamak for bekpes..hehe :p punya la pemalas i kan..
    kekadang je rajin wat bekpes..keh3..:P
    tapi kat p15 putrajaya takda goreng-goreng pepagi buta...tak besss :P

    ReplyDelete
  6. fad , iman mmg suka senyum lah kan tgk gmbr senyum je

    ReplyDelete
  7. fad! sunday mrning dpt big bfast mcD heavenla... kita geram pic iman no 2.. comel mcm mama dia hihii

    ReplyDelete
  8. wah!Imaan! byk bejalan ek...
    good! good!
    Imaan mmg pandai senyum lah..;-)

    ReplyDelete
  9. imaan ni mmg ceria la orgnya
    asyiklah tersenyum je
    tp kat bday raina moody sebab ngantuk
    dalam2 ngantuk pun, bila kena agah senyum gak
    kalau dah peramah..gitu la
    senyum sokmo

    ReplyDelete

Kisah Purba - Pulau Redang with Kids

Ini memang kisah purba untuk masa depan. Haha. Terfikir nak buat entri pasal ternampak gambar kami pi Pulau Redang duluuu. Dulu tu was Marc...