Ini entri membebel pada diri sendiri. Takde kaitan dengan anak atau suami. Sempena hari Jumaat duduk melangok dekat office haruslah jadi mati kutu tak tahu nak buat apa. Dah blogwalking dah tapi macam jadi malas pun ada lagi lagi bila sampai pada blog yang heavy duty. Nak bukak sikit punya lambat then nak tinggal komen apa ntah lagi. Sudahlah PC aku ni boleh tahan purba. -_-"
Eh, bukan nak membebel pasal blog orang lain. Nak membebel pada diri sendiri kerana tak organize, tak bersungguh and ala ala hangat hangat tahi ayam.
Ini adalah berkaitan blogshop aku. Tujuan utama memang nak cuba berniaga. Berniaga itu sunnah nabi. Tak salah pun ambil risiko dan cuba. Lagi pun tuntutan kerja aku sebagai kerani ni bukanlah busy mana. Buat buat busy tu haruslah. Memang ada masa nak advertise blog shop, reply email and all. No problem. Tapi kat rumah memang macam malas sikit pasal lebih utamakan melayan anak. Nak online hanya bile anak tidur, tapi biasanya tertidur sama bersama anak.
Alhamdulillah business aku boleh jalan walaupun takda lah boleh jadi kaya tapi adalah untung sikit sikit. Yang aku kesalkan, tak nampak mana pergi duit itu. Maybe salah aku pasal aku tak asingkan hasil jualan. Dapat duit tak lama simpan terus pakai. Dah la rasa macam aku ni lebih banyak membeli dari menjual. HAHA.
Before start meniaga dulu memang dah bincang dengan hubby, harus asingkan hasil duit meniaga untuk buat kira kira and untuk buat modal pusing balik tambah stok. Tapi hingga kini, ZERO. Stok jualan je makin kurang tapi duitnya ntah kemana. Nak ambil stok baru dah takde modal. Dah la 23hb ni aku plan nak buat kenduri Imaan and Ayah. Ada hati tuuuu. Kalau jadi nanti aku jemput korang, insyaAllah (^_^)
Duit itu memang masalah besar. Walaupun aku meniaga just untuk tambah aktiviti harian, as part time income je bukan nak untung banyak tapi still perlu disiplin, perlu nampak hasil. Bukan macam sekarang ni tak nampak hasilnya. Kemudian, aku update or promote ikut suka aku je pulak tu. Tak rajin wey, macam mana nak maju nih. Ada stok lagi kat rumah yang belum ambil gamba padahal dah beli dari tahun lepas. Tsk tsk tsk.
Umur makin meningkat tapi susah sangat nak berdisiplin. Itu belum cerita pasal jaga anak jaga suami jaga rumah tangga lagi. Aku rasa akulah isteri and ibu yang paling MANJA sekali. Lain kalilah cerita kang dah takde cerita nak diceritakan pulak.
Buat yang masih tak tahu aku ada blog shop. Sila lah terjah Simply Modest Fashion untuk keterangan lanjut. Kalau jadi follower and like facebook page amatlah dialu-alukan. Aku tahu mak mak kurang nak pakai shawls, kecuali mak perasan muda macam aku ni. Memang ada plan nak jual tudung ekspress dan pakaian cuma belum sampai seru lagi. Kita tengoklah macam mana nanti. HEHE.
Terima kasih.
Selamat Maju Jaya Fadilah!
ReplyDelete;-)
semoga berjaya yea fadh...shawl memang cantik2....tp muke bulat cm lylie nie n alya plk suke main tarik2 tudung...kena pki tudung sarung2 dulu kot.....
ReplyDeleteFad, samalah kita ni fad, fashya ade jual kerusi baby high chair tu. untung jugak. tapi untung die tu ntah kemana.lesap!
ReplyDeletetension jugak bila mikior nya. hadoi
ramai skrg yg bli on9.. mari lh sama2 kita membangunkan bisnes di alam maya.. :P
ReplyDeletewah!ada blogshop!
ReplyDeletehaha..kelako pun ada..
ReplyDeletecmtu la manusia..
i pun sama..mula-mula je kemain galak nak berbiz..org nak biz haku nak biz gak..hehe :P kantoi ader blogshop...tapi kan..ikut suka bila nak update..alih-alih..lingkup layu ditasik madu...hahahah :P
jom kita start semangat balik nak???:P
terima kasih. sape ada blog shop boleh ah share kat sini. boleh link link. tak kisahlah jual ape pun. :)
ReplyDeleteGood luck ya Fad..!! :)
ReplyDeletekid memang teringin nak pakai macam ni semua..
cuma buat masa ni tak boleh lagi..
insyaAllah kalau kid nak ubah penampilan..
akan kid terjah ke sana ya :)
at least u ok gak fad ada gak effort menghasilkan blogshop... even duitnye dilesapkan oleh diri sendiri. hikhikhik... I ni, sekadar berbisness dalam angan2 je...macam mat jenin! hallawei, apa jadi dgn diri aku ni.. (eh,xpasal mbebel kat belog org pulak)
ReplyDelete