20110405

Jangan Kedekut, Jangan Berkira

Ramai orang berduit adalah kedekut. Pasal depa kedekutlah depa ada duit ratus ribu mungkin almost juta juta dalam account. Orang yang buat business terutamanya mesti calculative tentang duit. Haruslah kalau tak macam mana nak pusing modal nak expend business. Bos pertama aku dulu memang kedekut padahal business juta juta occay. Dah lah bagi gaji ciput lepas tu tak bayar KWSP aku. Sampai sekarang kot. Malas nak layan, aku kerja pun lebih kurang 6 bulan je. Occay dah mengarut. -_-"

Mungkin ada orang tak boleh nak terima tapi ini pendapat aku je lah. Bukan nak carik kontroversi occay. Tak kuasa mak. Jangan kedekut, jangan berkira. Tak kiralah gajimu sikit atau banyak. Kalau banyak tu haruslah lebih generous. Tangan yang memberi lebih mulia dari tangan yang menerima. More you give more you get back. Tapi memberi harus ikhlas kerana Allah, bukan pasal nak dapat pulangan balik pulak. Tak dapat kat dunia, insyaAllah jadi saham akhirat. :)

Mendermalah selagi mampu. Pergi masjid masukkan duit kat tabung masjid. Sedekah kat orang cacat, anak yatim, orang tua. Setiap rezeki yang kita dapat, ada bahagian anak yatim and fakir tegar. Bayar zakat? Alah berapa ringgit sangat kot bayar zakat setahun sekali tu. Satu family biasanya tak sampai RM100 pun.

Dapat gaji sekali sekala belanja mak ayah, adik beradik. Bagi duit kat mak ayah itu bahagian lain, belanja itu pulak bahagian lain. Jangan berkira, jangan mengeluh. Mesti ikhlas and yakin dengan rezeki dari Allah. Sedih tengok orang yang berkira dengan adik beradik sendiri, dengan mak ayah. Duit tak boleh bawak pergi mati, semua orang tahu. 

Saving dengan kedekut itu tak sama occay. Perlu ada saving untuk future tapi jangan sampai terabai yang present ni. Kita tak tahu kita mati bila. Simpan duit berkepuk dalam bank tapi umur tak panjang, sudahnya duit tu pergi kat orang lain jugak. Kita pun tak tahu orang yang kita sayang mati bila. So jangan terkilan kalau orang yang kita sayang tinggalkan kita sebelum sempat kita laburkan duit yang kita dok saving itu pada mereka. 

Gaji aku and hubby memang tak banyak kalau nak compare dengan kebanyakan orang yang tinggal and bekerja kat sini (less than 5K). Tapi alhamdulillah masih cukup makan pakai, boleh makan sedap/mahal sekali sekala, boleh pergi bercuti. Walaupun tak kaya atau mewah tapi rezeki tak pernah putus. Syaratnya, jangan kedekut, jangan berkira, mesti ikhlas, yakin dan percaya dengan rezeki dari Allah. Kurangkan mengeluh, lebihkan bersyukur. InsyaAllah walau pun dalam kesempitan akan ada jalan untuk rezeki itu datang.

*entri ni terhasil pasal aku penat tengok dan dengar orang terdekat and sekeliling aku being stingy and berkira walaupun hakikatnya banyak duit, banyak harta. pasal kedekut kot maybe hati jadi tak senang, tak pernah puas dengan nikmat dunia.

14 comments:

  1. klu citer psl org yg kedekut & kaya nie, 1st sekali mesti ingat kt my boss/HOD.

    dah mmg gitu pe'el dia. kalo citer psl dia, sampai bile tak habis. buat tambah dosa kite, tambah pahala dia pulak. huhhh

    ReplyDelete
  2. memang kan..
    bese nya yang gaji sikit ni pk supaya melebarkan rezeki dengan memberi..tapi yang duit juta2 sayang sebab susah kot nak dapat juta-juta tu..hehe :P

    apa pun..bayar la at lez zakat fitrah dekat nak raya tu,...hhehehe

    ReplyDelete
  3. yer!pasal duit jangan berkira.kalo kita derma bayar zakat...pasti Allah melimpah ruah rezeki kita

    ReplyDelete
  4. yes fad.. haha.. kedekut biar berpada-pada..:)

    ReplyDelete
  5. ye fad betol..sikit banyak kongsi sama2...paling penting mak ayah..doa mereka paling penting amin

    ReplyDelete
  6. setuju fad......org byk duit selalu berkira...org yg x berapa nk ade duit cm lylie nie bile bermurah hati sikit mesti kena sound ngan org2 kaya itu..coz x tau nk berjimat....

    ReplyDelete
  7. Selalu jugak terfikir macam tu. Dah penat2 kerja, dapat duit, buat apa simpan je.

    ReplyDelete
  8. org kaya mmg 'jimat' itu psl boleh kaya. cume 'jimat' yg smpi menyakitkan hati, menyusahkan org yg tak berapa kaya tu agak memarahkan hatilah. hee~

    kalau tak susahkan org takpe, hal masing masing.

    ReplyDelete
  9. ya btul..hubby selalu pesan jgn kedekut jgn berkira..die mmg pantang bab ni..

    ReplyDelete
  10. haaa...samalaa...my old boss xbyr kwsp lg...
    sifat kedekut ni bahaya..jgn kedekut ngn fmly n org yg memerlukan..tp kedekutlah pd benda2 tak perlu...itu motto kami..hahahah...

    ReplyDelete
  11. baru hari ni dpt bc entry Fad ni. sirius kan, ada je orang yang suka sgt berkira. bak kata hubby, sbb tu lah org kedekut ni kaya. haha

    ReplyDelete
  12. memang..
    orang yang banyak harta tapi kedekut..
    hatinya memang tak tenang..
    sebab asyik fikir macamana nak tambahkan duit..
    isk, mintak dijauhkanlah sifat taik hidung masin ni pada kita semua..

    ReplyDelete
  13. klo orang tu kedekut ngan family je tp ngan kawan2 dia pemurah cmna lak..mmg ada kes cmnie..klo member sgup dia belanja makan tapi bila family langsung tak kuar duit...lagi teruk..yela, takut member cop kedekut, klo family dia x kisah coz dorg dah tau sikap dia tu...

    ReplyDelete

Kisah Purba - Pulau Redang with Kids

Ini memang kisah purba untuk masa depan. Haha. Terfikir nak buat entri pasal ternampak gambar kami pi Pulau Redang duluuu. Dulu tu was Marc...