20110322

Terima Kasih

Aku perasan follower aku bertambah setiap hari. Total page views pun bertambah dan bertambah. Kalau aku post entri mesti ada je yang komen. Terima kasih.

Aku minta maaf kalau tak sempat nak tinggal jejak kat blog kawan kawan baru pasal sejujurnya kadang tu aku hanya singgah blog yang aku biasa terjah. Aku tak rajin blog walking. Minta maaf.

Kalau ada kesempatan mesti aku singgah. Cepat atau lambat je lah. Kalau kamu perasan sekarang aku dah tak berapa kerap update blog. Mood nak update tengah ke laut. Kalau kamu perasan, aku moody. HAHA.

Aku berblogging hanya untuk isi masa lapang. Luahkan apa yang boleh diluah, kongsi apa yang boleh dikongsi. Takde niat nak jadi popular, collect follower atau pun jana pendapatan 12K sebulan dengan blog. Kalau dapat memang best. Tapi aku ada kerja lain.

Aku tak akan blog walking ke blog orang dan tinggal jejak, I dah follow you, follow me back. Tak perlu jadi follower untuk baca blog aku. I really don't mind pasal aku amat jarang follow blog orang pasal aku prefer linked saja. Lebih mudah bagi aku. Aku enable kan button follower itu hanya untuk mereka yang betul betul ikhlas nak follow lah. Kalau follow dengan harapan aku follow balik untuk kumpul follower beratus, beribu, sorry sayang I tak interested.

Walau bagaimana pun aku amat hargai para pembaca, pengkomen, silent reader tak kira siapa dan di mana anda berada. Terima kasih tahu. Aku terharu, serious tak tipu, tuhan saja yang tahu.  (^_^)

I really hope that I can know each one of you.

14 comments:

  1. hoi jadi ke tak. inarah dgn shalin occay je.

    ReplyDelete
  2. hihihih tinggl jejak sekjap :)
    yana pun kadang2 malas gak nk kunjung balas..kui2

    ReplyDelete
  3. kite follow ikhlas..

    kite suke, kite follow, hehehehe

    ReplyDelete
  4. kita suka Imaan sebab tu follow Fad (marah tak). takdelah Fie pun ikhlas. satu hari kita jumpa k. :)

    ReplyDelete
  5. terima kasih sekali lagi.

    fie - tak marah pun. sukalah :)

    ija - mulus mcm kulit muka aku? :P

    ReplyDelete
  6. ahahhaha..yesss ..pakat2 pekena jamu mak dara..la a la la la la..

    eh bahi , shalin dgn inarah dpt ke tak msg aku kat fb ha? tak rely apa pun

    ReplyDelete
  7. tepon terus ah senang ija. depa xonline kot. aku belum mkn jamu mak dara mcm ko. :P

    ReplyDelete
  8. Haha semua orang dok membahan Fad! :P

    I tak tahu macam mana I boleh terserempak (terserempak eh?) dengan blog ni, but I really enjoy your blog since the first time tersesat ke sini, then terus link ke my blog so tak terhilang, so that I dapat terus membaca.

    Really love it! Keep writing! :D

    ReplyDelete

Kisah Purba - Pulau Redang with Kids

Ini memang kisah purba untuk masa depan. Haha. Terfikir nak buat entri pasal ternampak gambar kami pi Pulau Redang duluuu. Dulu tu was Marc...