How you met your husband? Bercinta dari zaman sekolah? Kenal kat internet? Terlanggar bahu langsung kena panah asmara? Pilihan keluarga? Kalau dah jodoh, macam macam boleh jadi.
Aku mula mula kenal Zaiful Rizal around tahun 2004/2005 kot. Masa adik aku, Fateha tengah foundation kat MMU Melaka, aku pula di MMU, Cyberjaya. Kenapa mesti mention adik kau? Kerana Fateha kenal Zaiful dulu. They met at Melaka, masa tu Zaiful study kat UniKL Tampin. Berkenalan atas kawan, geng UniKL jumpa geng MMUlah senang cerita. Lepas tu keep in touch and plan nak jumpa kat KL. Masa study aku memang selalu lepak sekali dengan adik aku, so hari tu aku ikut depa met up kat food court Lot10. First time kami jumpa and terus jatuh cinta, NO.
Lepas tu adik aku and Zaiful selalulah keluar lepak and all. They not dating, just socialize occay. Kadang kadang aku ikut, kadang tak. Until adik aku sambung study kat Uitm, Seri Iskandar pun kami still hang out. Masa tu kami, aku, Fateha and Zaiful masing masing ada BF/GF. Bila adik aku start couple dengan sorang mamat ni, dia dah kurang socialize, dah kurang keluar dengan Zaiful, lagi pun dia dah dok ceruk Perak jarang balik KL. So, aku yang kat KL ni, asal diajak keluar je aku on. Ikut pergi tengok drift, ikut mengeteh kat kedai mamak sampai pagi, pergi Speedzone dan lain lain. Time tu taklah selalu sangat kami hang out. Sekali sekala jelah. Kita biasa keluar ramai ramai, belum pandai keluar berdua lagi. HIHI.
Masa tu, BF aku kat utara, GF Zaiful pula budak baik duduk rumah mak tak bagi keluar. Itu pasal kami boleh keluar bersama tanpa halangan. Kalau tak keluar dengan dia, aku keluar dengan orang lain. HEHE. Sampailah aku habis study and kerja kat Mutiara Damansara, Zaiful pun dah kerja kat Subang Jaya. Zaiful selalu datang teman aku lunch. Dia kerja tak duduk office selalu merayau itu yang boleh datang singgah. Balik kerja pula kita orang jumpa lagi dinner sekali. Mula mula seminggu sekali, lepas tu 2,3 hari seminggu, sampai jadi hari hari. Orang office ingat dia BF aku, kawan kawan Zaiful ingat aku skandal dia, tapi kami hanya kawan.
Bila Zaiful outstation ke Kuching or KK mesti kami texting, chat ym. Kadang kadang aku fetch dia dari airport. Masa tu aku pakai Hotlink, dia pakai Celcom, dia beli simcard Hotlink juga, konon jumpa number cantik sambil boleh SMS murah dengan aku. Kami sakan SMS. Memang rasa seronok ada orang nak melayan, tapi belum ada love lagi. Suka suka je. Adik aku notice aku selalu senyum senyum sambil SMS. Ingat dengan BF tapi dengan Zaiful. Adik aku tak puas hati siap sound Nanti kau kahwin dengan dia aku gelakkan! Aku plak rasa, No way, tak mungkin aku kahwin dengan mamat ni.
Aktiviti hang out berterusan, mana Zaiful pergi aku temankan. Tengok wayang sekali sekali jadi tengok wayang setiap hari. So-called abang angkat aku time tu, yang juga kawan Zaiful siap sound Asyik keluar dengan Epoi je, dia tu BF orang. Aku tak ambil serious sangat pasal rasa memang takde rasa apa apa lagi. Tapi bila dah hari hari lunch sekali, dinner sekali, tengok movie, merayau sana sini sampai pergi Port Dickson pukul 3/4 pagi haruslah lama lama datang rasa sayang. Sepanjang perkenalan aku takde tepuk tampar cuit cuit langsung tahu. Aku tak gedik.
Dipendekkan cerita, kami dah rasa sangat close to each other, tapi masih bersama BF/GF masing masing. Until one day ada incident happen between aku dengan BF aku masa tu. Aku kena dumped tapi dia nak continue balik. Aku taknak. Relationship almost 5 tahun putus. Aku terus keluar dengan Zaiful, merawat luka dihati. Asewah.
Satu hari macam biasa aku fetch Zaiful kat rumah abang dia kat Sunway. Aku tunggu kat bawah, dia turun masuk kereta and jadi driver. Aku tengok dia gelisah. Biasa kami terus keluar dari kawasan apartment tu tapi that day dia pusing turun basement dulu seround baru keluar. Ada kereta follow kami kat belakang, GF dia. T_T Mak Zaiful datang KL, GF dia memang akan datang jumpa mak dia kalau ada kat KL. Kalau aku tahu time tu GF dia ada tak kan lah aku nak datang. Trafiic light, lampu merah. GF dia berhenti kat sebelah kereta aku sambil buat muka garang pandang kami. Aku punya takut tuhan je yang tahu, takut gila kalau dia keluar serang aku kat situ. Lampu hijau, GF dia terus pergi, pergh selamat.
2/3 hari lepas tu depa putus. Relationship more than 5 years putus di tengah jalan. Kami bersama mengubat luka dihati masing masing. Duka jadi gembira. Gembira macam terbang melayang layang. Kami takda declare couple, sendiri paham sudah. Tapi ada tentangan. Adik aku tak suka, tentang habis habisan. Bagi dia, Zaiful too social untuk aku. Dia takut Zaiful akan kecewa dan main mainkan aku. Some more, Zaiful pernah cakap taknak GF macam kami ni, keluar malam lepak dengan lelaki, dia nak perempuan baik baik buat jadi isteri. Bluerghhhh.
Tapi akhirnya adik aku boleh terima, walaupun macam tak ikhlas. Dia kata Janji kau happy. Satu hari, You kahwin dengan I nak? Takda angin takda ribut. Yang hairannya aku tak terkejut. Aku terima dengan tenang. Zaiful datang seorang ke rumah jumpa ayah aku. Beritahu nak hantar orang merisik. Ayah aku setuju. Zaiful beritahu mak dia, mak dia terkejut pasal dia pernah cakap nak kahwin lambat, maybe 30. Tapi masa tu Zaiful baru 27, and mak dia tak kenal aku. Zaiful set dinner, nak kenalkan aku dengan family dia. Alhamdulillah, family dia bagi green light. At first, Zaiful pun agak terkejut pasal senang je mak dia nak terima aku. Parents dia agak cerewet, akan tapis and interview calon menantu.
Mungkin dah jodoh. Lebih kurang setahun je we officially dating terus kahwin (4 July 2009), and terus dapat Imaan (14 April 2010). Aku ala ala bunting pelamin gak tahu. Bila kami announce aku pregnant semua macam wah cepatnya! Rezeki tuhan nak bagi. :)
Ikutkan panjang lagi ni, banyak jugak rintangan dan dugaan lepas bertunang, time nikah and kahwin. Memang macam drama melayu. Aku sendiri tak sangka jadi kat kami tapi itu cerita nanti kalau kita meet up kita storylah erk.
Tipulah kalau aku tak rasa guilty dulu. Kawan aku siap marah lagi Kau bina kebahagiaan atas air mata orang lain. GF Zaiful dulu senior sekolah dia. Btw, GF dia tu sekarang pun dah kahwin. BF aku dulu ntah, aku tak ambil tahu. Sekian.
gituu..
ReplyDeleteplg saspen tang jumpe gf dia kat traffict light tuh..
hahah debor wehh..
tp itulah..
jodoh fad ngn zaiful akhirnye..
dptla imaan :p
laju je na kau ni. hahaha. tukang Like nombor satu!
ReplyDeletemacam same jek kite jumpe kat traffic light :D
ReplyDeleteFad, boleh buat drama. Best.
ReplyDeletetp tang bertemu dgn GF dia kat traffic light tu mmg berdebar lah. kalau dia turun n serang lg haru kan. hehehe
apa pun, dh ada imaab pun kan. Alhamdulillah.
*Imaan. sorry typo. ;)
ReplyDeletewoooopppppppppp!adakah ini kisah benar?hahahaha! mmg tragis btol kisah cinta.berkait-kait.hehe
ReplyDeletefad!..nice! ;D
ReplyDeleteoh kira kawan menjadi suami lah ni ye?
ReplyDeletedah jodohkan?
sambungan plis
hehe, saspen. cerita betul occay takde tokok tambah tp ada tokok tolak sikitlah.
ReplyDeletesambungan ape plak nurul? :P
tu baru cerita part macam mana kenal..
ReplyDeletebelum lagi part tunang dan nak kawen tu..
kalau fad rasa boleh share dengan kami..
nanti ceritakanlah ek.. :)
fadz..kite same..kwn2 konon...x kn kawin konon...last2 jd suami aku..hihi..nyway pengalam fad lg xtreme...bab jumpe kt trafic light tu mcm drama...cuma dlm drama....minah tu mesti block kete n buka pintu penampa fad..hihih....
ReplyDeletetlg smbg eh..suke tgk drama...hihihihi
wow, mcm cerekarama pun ada.
ReplyDeleteai segan nak cerita kisah bertemu jodoh dgn cfu sbb ai rasa, ai jahat. curang. hahahaha
yay!!! dah buat
ReplyDeleteaku baca jap lg komen lagi
dah jodoh beb
ReplyDeletemmg kalau pandang other side
macam 'bina kebahagiaan atas kecewa org'
tapi kalau dah jodoh
*aku dulu ramai kecewakan org
klu dah jodoh tak ke mana kan..
ReplyDeletesy tersenyum-senyum baca entry ni sbb turut terkenang kisah silam..wakakaka..
ReplyDeletewah.........
ReplyDeletepanjang gak love story awak yer..
alhmdulilah,finally with ur mr.right..
moga bahgia selamanya...
fuh, berpeluh baca. agak suspen juga cerita Fad ni. i wish that Fad & Zaiful bahagia selalu bersama Imaan. brg yang lepas jgn dikenang..eceh..
ReplyDeletekalo da jodoh tue, mmg x kemana =)
ReplyDeleteheheehehe
ReplyDeletebeshnye bace love story ni
so sweet!!!
BTW...pja pn MMU gak...tp Melaka..hehehehehe
kisah masing2..dah jodoh tak kemana kn..;)
ReplyDeleteHek hek~ sonot jek dgr..dulu kite slalu share citer kan fad~..rindu sgt2 dok baring dgn ko,shalin n inarah sambil borak2.. :(. xleh blah bile baring mcm2 saiz ader..borakkk smpi terlelap..
ReplyDeletebesh!sweet!serupa tp xsama:)
ReplyDelete