20110119

9 Months Old Imaan

Aku actually dah draft dah entri pasal gathering mak mak blogger tapi pasal aku tak sempat nak upload gamba dari camera so esok je ah erk. Hehe. Konon nak update progress anak dari pregnant tapi nampaknya tabiat tak semenggah aku yang tak berapa nak disiplin ni, aku gagal. tapi takpa, takda siapa kisah, takda orang yang marah pun :B

Imaan nampak macam behavekan that day tapi sebenarnya lepas je kita semua bersurai mulalah dia buat perangai. Sejujurnya sekarang ni aku ada rasa macam malas nak bawak Imaan berjalan pasal dia tak suka duduk dalam kereta, duduk dalam carseat apentah lagi meraung macam kena dera. Abi baru je beli carseat baru untuk Imaan tapi nampaknya tak pakai sangat. Kalau berjalan jauh sajalah itu pun kalau Imaan tidur baru boleh taruk dia dalam car seat. Kalau tak jangan harap.

Sekarang kalau bangun tidur je terus dalam posisi merangkak lepas tu kalau ibu takda mulalah teriak. Sebelum Imaan lahir semua oarang cakap yang Imaan akan manja dengan abi pasal ibu macam takda perasaan dengan budak-budak. Tapi sekarang Imaan bertepek je dengan ibu. Kalau ibu takda dia tak boleh tidur malam. Tidur siang dengan nenda takpe tapi kalau selagi ibu tak balik dia pun menunggu sajalah.

Berikut, 15 facts tentang Imaan at 9 months old:
  1. Merangkak, started at 8 months sebenarnya.
  2. Duduk without support, started at 4/5 months mcm tu.
  3. Ada gigi 6 batang, dua kat bawah, 4 kat atas.
  4. Dah mula memanjat dan boleh berdiri dengan support. Tapi sekarang kalau dia dah berdiri tu tak reti nak turun balik, mesti teriak minta tolong untuk turun.
  5. Sangat suka main air. Kalau mandi dalam basin mesti tepuk-tepuk air.
  6. Biasa mandi air sejuk saja kecuali kalau dia selsema or kena mandi pagi-pagi barulah aku masak air panas.
  7. Suka tersengih-sengih kat sesiapa saja. Kalau orang yang dia sengih tu bagi respond mulalah dia hulur tangan mintak dukung.
  8. Suka tengok lelaki dan mereka yang berkulit gelap (india/bangla) - mungkin pasal time pregnant aku suka makan nasi daun pisang kat kedai india.
  9. Masih tak pandai tengok TV or main toys. Imaan kurang focus, sangat mudah distracted.
  10. Minum susu 3/4oz selang 2/3 jam. Tak pandai minum banyak-banyak mesti tak habis.
  11. Tak boleh minum air masak dari botol. Mesti pakai gelas/cawan or sudu.
  12. Makan masih control tak boleh makan apa saja, and Imaan makan sikit tu pasal sekarang Imaan tak tembam macam dulu. - rindunya time Imaan tembam seketul.
  13. Insects magnet. Almost everyday mesti ada tanda kena gigit semut or nyamuk or what ever. Sangat risau tapi dah cuba dah pakai repellent and pakai baju cover seluruh badan still kena gigit jugak.
  14. Tidur mesti pakai pacifier. Pernah sekali keluar terlupa bawak haru-biru teriak sampai rumah. 
  15. Kuat membebel. Hanya dia saja yang paham. Kadang-kadang membebel dengan muka sekali macam complaint apa ntah muka tak puas hati.
suka sangat tersengih-sengih macam kerang busuk - latest picture at the mines

18 comments:

  1. sama macam anak saya....9 bulan jugak!

    ReplyDelete
  2. wahhh dah byk gg anak dara ni,
    yg besnye mudah mesra dgn semua org ehh..
    bagus la cmtu..

    ReplyDelete
  3. manje jugak imaan nie ehh? hihi..
    naurah pon kdg2 same jugak mcm imaan. asek nk menepek kt ibu jer. letih maak!

    ReplyDelete
  4. cutenya imaan.. banyaknya gigi.. My Ruhil Imaan umur 1thn 3bln, baru ada 4 btg..

    ReplyDelete
  5. pn capa - same erk. sepp

    mamaelly - tqvm

    nurul - raina pun comel

    nanonano - mesraaa~ tp risau gak kang smpi ikut org balik.

    sharena - dia memanjekan diri sendiri. xlarat nak layan~

    imaan09 - dh setahun lebih gigi 4 batang je erk. tapelah org kate lmbt tumbuh lmbtlah luruh :)

    ReplyDelete
  6. haah.imaan nampak susut sikit badan dia.dah nak dekat sama ngan maya aje

    ReplyDelete
  7. senyuman mencairkan,.. hehehe mesti ilang penat bile tgk senyuman imaan kan

    ReplyDelete
  8. zuris - nampak susut sgr erk. sian imaan.

    jiha - kalau tgh marah jadi xsmpi hati nak marah tgk imaan tersengih2.

    umie a'iesya - besday 9 bulan dh lepas, 14hb. tq anyway :)

    ReplyDelete
  9. a'ah la
    imaan elok je diam aritu
    sengih2 senyum2 tgk org
    tak macam cha, meronta2 nak lepas

    waahh dha da 6 gigi
    cha sebatang pun takde..
    lebihnkurang sama je perangai bdk2 ni kan
    tang dah diri tak bleh duduk sendiri mmg comel
    suka buli dia
    biar je dia ter jerit2 mintak tolong nak turun
    hahahaha
    ibu kejam

    ReplyDelete
  10. wahhhh 6? comel comel. Imaan, nnt kita jumpa jumpi k? auntie nak kenal kan ngan Kakal. :)

    ReplyDelete
  11. dah sebaya lebih kurang je kan perangainya.

    yay nanti boleh jumpe auntie fie dgn kakal.

    ReplyDelete
  12. jmpe dgn auntie bahi skali k imaan~

    ReplyDelete
  13. memandangkn beza anak kita ni sehari je,hehehe..hampir sama je perkembangan dgn bby Fredo tp bby Fredo ni malas merangkak/xberapa reti.merangkak sikit lps tu menyusur banyak..

    Sbb tidur dlm cot,asal bangun je terus berdiri..kalau mandi pun nak berdiri dlm bathtub lps tu tepuk2 air sampai mommy mandi sekali..
    eh, juga ada 6btg gg(4atas,2bwh)..

    ReplyDelete
  14. so fast kan dah 9 months! Little Liam pon lg a week da 1 yo! hoh, sedih pulak! nnt kurang dapat gomol,.. =P heeeeee anyway soooooooka la tgk senyuman imaan! nak pulak tu nampak gigi,.. comeeeeeeeeei sgt!!!

    ReplyDelete
  15. wahh tomey2 auntie niee.. dh besar lah dia.. dh byk gg nti boleh ggit ibu yerr.. hehehe

    ReplyDelete

Kisah Purba - Pulau Redang with Kids

Ini memang kisah purba untuk masa depan. Haha. Terfikir nak buat entri pasal ternampak gambar kami pi Pulau Redang duluuu. Dulu tu was Marc...