20101216

Good Bargain #2

Sekarang tengah musim SALES bukan? Tapi kat Malaysia ni semedang je ada sales pasal banyak sangat perayaan. Semua raya mesti ada sales. Bagi aku sales paling best adalah Year End Sales (YES) pasal mesti sekali dengan sales Christmas, mostly barang yang sales adalah barang-barang best-best. Semua pakat nak habiskan stok untuk menyambut tahun baru. Buat orang yang tak ambil pusing pasal trend macam aku, tak kisah dah outdated or fashion lama, kalau berkenan dan affordable ambil saja. 

Di pendekkan entri, walau pun pocket tengah sesak sempat jugak bershopping merayakan YES. While at Kuantan, mestilah kena menjenguk mall di sana, pergi singgah East Coast Mall kononnya nak carik Kool Fever or Bye Bye Fever untuk Imaan tapi tak jumpa end up beli 2 pasang kasut Crocs original. Kena beritahu original pasal banyak yang imitation sekarang ni. Tak boleh tahan pasal murah sangat (compared to original price) and yang available semua size aku, size 4. Hakhak. Ini adalah hasilnya:

crocs prima ruby red RM40 (was RM100++)
crocs santa cruz RM70 (was RM200++)
Back to Kuala Lumpur, konon nak tengok-tengok saja tapi terbeli 4 helai tops di Uniqlo. First time tahu pasal Uniqlo adalah bila kami ke Singapore last year, pergi pasal YES jugak tu. Almaklumlah walaupun currency lebih tinggi tapi bila sales still murah dari kat sini and choice pulak banyak (for certain brand like Zara, Paul Smith, etc.) Bukan nak kata tapi kat sini kalau sales pun kadang barang ntah apa-apa. Time tu Uniqlo belum ada kat sini lagi, kalau tak ke Singapore hari tu kami pun tak tahu kewujudannya. Tup tup this year beria-ria iklan Uniqlo kat Bukit Bintang tu. Tak boleh nak buat-buat tak nampak pasal iklan merata-rata. Heh. So hasilnya:
blouse hitam RM24.90
blouse off white RM24.90

turtleneck stripe RM24.90

turtleneck stretch cotton black RM39.90
Sekarang tengah musim winter punya collections, so banyak jugak baju yang tak logik nak pakai kat negara beriklim khatulistiwa ni. Tapi untuk yang bertudung or tak suka sexy-sexy banyak jugak pilihan, just material tu pilih yang logik jugak lah. Tak perlu kot nak pakai baju bulu-bulu.

Suami tak beli apa-apa pasal bagi peluang kat isteri dia.

8 comments:

  1. wwaaahhh..info menarik lagi tertarik ni
    aku dah plan nak tologn belanjakan duit bonus suami ni
    ke uniqlo lah kita ye

    ReplyDelete
  2. waaa..soping sakan nampak yer..huhuh...tp mmg murah2 semenye..tang crocs tue mmg beshhh..huhuh =p

    ReplyDelete
  3. dayu - mari tolong spend duit suami ;p

    sharena - mmg best ikut hati nak 2 pasang lagi tp kena control nafsu.

    ReplyDelete
  4. amboii...shoping sakan ek..
    sila jeling disebelah ek..reti2 ajak org ni menyoping...muahaha
    tp yesss..YES paling besss..sebab boleh mitak banyak bonus laki..haha

    ReplyDelete
  5. ayuraza - psl murah bolehlah sakan sikit. kalo mahal xbolehlah sakan. bestnye laki ada bonus. laki i xde bonus tahun ni. thn dpn pun maybe xde. :(

    ReplyDelete
  6. uniqlo kat mane kak fad? asal orang x penah tau neh? tskkkk!!

    nak shopping jugakkk!! hehehe

    ReplyDelete
  7. uniqlo kat fahrenheit88. dulu kl plaza, sekarang dh revamp jadi fahrenheit88. dekat jln bukit bintang nearby pavillion and starhill. pi ah jenjln.

    ReplyDelete
  8. fadh! u make me want to shop more! oh noooooooooooooo!

    ReplyDelete

Kisah Purba - Pulau Redang with Kids

Ini memang kisah purba untuk masa depan. Haha. Terfikir nak buat entri pasal ternampak gambar kami pi Pulau Redang duluuu. Dulu tu was Marc...