20101122

#7 - Gamba Sesuatu Yang Memberi Impak Besar

{Day 07- A picture of someone/something that has a big impact on you}

Buat masa sekarang sudah semestinya adalah ANAK. Bila dah ada anak segalanya berubah. Cara hidup berubah, priority sudah berubah, segalanya berubah kerana sudah ada anak. Anak itu datang dengan kasih sayang, amanah dan tanggung jawab. Bukan kerja senang, tapi itu adalah hakikat, phase dalam hidup yang perlu ditempoh. Anak pertama memberi impak yang sangat besar, anak yang seterusnya lain pula cabaran dan dugaan. 

Sejak ada anak aku selalu fikir panjang, terlalu banyak fikir. Cara hidup sudah berubah secara total. Tidak lagi boleh redah sesukahati, buat apa saja. Nak tukar kerja kena fikir anak, nak sambung study kena fikir anak, nak tengok movie kena fikir anak, nak shopping kena fikir anak. Semua kena fikirkan untuk anak. Hidup sudah bukan tentang diri sendiri lagi kerana sekarang sudah ada mini me.

Occay, jangan tulis banyak-banyak pasal sepatutnya taruk gamba je. Tengok lah gamba anak aku lagi.
sunbathing at legian, bali - rasa nak berhenti kerja lepas tu hantar anak casting jadi model baby boleh tak?

5 comments:

  1. EH..awak..nak tanya laa..ni cabaran apa ek, ari2 kena buat ek?cerita sket..cam bes laa..hehe, tq in advance

    ReplyDelete
  2. ni cabaran yg xmencabar mane pun. ni sy pun dh termiss 2 hari. kalau xde keje boleh ah turut serta. http://wonder-wife.blogspot.com/2010/11/mencabar-diri-30-hari.html

    ReplyDelete
  3. hahahahaha
    eh jom antar anak casting
    jadik pelakon ke, model lagi syiok

    *dpt tahu kat abah dia, mahu kena sekeh

    ReplyDelete
  4. aku mmg mahu tetapi tunggu imaan pandai tgk camera pasal dia bukan camera friendly. xpandai tgk camera mcm anak zuris.

    ReplyDelete
  5. cute ar baby nih..nampak sexy pon ad..hehe

    ReplyDelete

Kisah Purba - Pulau Redang with Kids

Ini memang kisah purba untuk masa depan. Haha. Terfikir nak buat entri pasal ternampak gambar kami pi Pulau Redang duluuu. Dulu tu was Marc...