20101027

Tinggalkan Anak

Mungkin ada yang tahu bahawa aku akan pergi bercuti 29hb hingga 4hb ini. Yang tak tahu sekarang aku mahu bagitahu. Haha. Sempena bulan hari lahir saya, si suami yang sentiasa bermurah hati belanja pergi bercuti. Hadiah hari lahirlah konon-kononnya. 

Bila ada anak kecil, soalan lazim adalah "Nanti bawak Imaan ke?" Biasa kita dengar, "Tak perlulah bawak anak kecil, Rugi dorang bukan tahu apa, Leceh bawak budak kecil payah nak berjalan, Bahaya bawak budak kecil, nanti naik kapal terbang telinga berdengung dorang nangis je" dan macam-macam lagi. Memang betul leceh bawak budak kecil ni, mana nak layan nangis lagi, nak minum, nak tukar diapers, nak makan, nak tidur, memang leceh. Tapi itu bukan alasan untuk pergi bercuti lalu anak tinggal dengan atok nenek, tinggal dengan maksu, tinggal dengan cik ros, tinggal dengan opah. 

Minta maaf banyak-banyak kerana bagi aku, kalau aku seorang parent yang suka berjalan tapi tinggal anak dengan orang lain, aku rasa seperti aku adalah seorang parent yang tak bertanggungjawap, pentingkan diri and suka menyusahkan orang. Tahu nak anak, tahu beranak sila jaga anak sendiri. Kalau rasa anak tu kecil lagi payah nak bawak berjalan tak payah lah pergi berjalan, esok anak dah besar baru lah pergi bercuti. Aku tak dapat terima parents yang pergi cuti happy-happy tinggalkan anak yang banyak ragam dengan orang tua. Kalau anak itu sudah ada akal pandai jaga diri sendiri takpa jugak lah, tapi ini yang berhingus hisap jari lagi. 

Asyik bawak anak je bila masa nak dating? Pandai-pandai lah carik masa, selit-selit pergi dating berdua tapi tak perlulah sampai seminggu tinggal anak dengan orang lain. Anak awak adalah tanggungjawap awak, bukan tanggungjawap atok nenek, maksu paksu, mak ngah semua. "Tapi dorang yang willing nak jaga, lagi suka cucu, anak saudara tinggal boleh spend more time together". Occay fine, kalau nanti anak kita lagi mesra dengan orang lain lagi suka tinggal dengan orang lain jangan nak merungut tahu.

Walau macam mana susah, macam mana leceh pun aku akan tetap bawak Imaan, kalau kena tinggal cancel je cuti duduk rumah diam-diam. Naluri keibuanku di kala ini tak sanggup nak tinggalkan anak, mana boleh tahan tinggal seminggu, rindu wooo.
si cantik manis saya mata bulat muka innocent
Ini semua hanya pendapat dan pandangan aku lah sebagai seorang parent. Lain orang lain cara, kamu tak perlu setuju, atau ikut cara aku. Ikut suka hati masing-masing. Bagi aku, Imaan kecil lagi, and Imaan kecil tak lama, pejam celik pejam celik tahu-tahu dia dah besar and later satu hari nanti dia akan tinggalkan aku, masuk hostel, masuk kolej, kerja jauh, kahwin ikut suami. Sekarang je sementara dia kecil lagi aku bebetul ada masa untuk tatang dia, jaga dia betul-betul. Spend each seconds yang aku ada mengadap dia.

*Occay tetiba jadi emosional mak-mak*

12 comments:

  1. SETUJU..SETUJU
    dulu aku pun ada rasa nak tinggal2 anak ni
    tp dulu dia takde depan mata
    dia dlm perut lg
    tp bila dia dah depan mata
    jgn mimpi aku nak tinggalkan dia
    angkut ke mana shj

    ReplyDelete
  2. alahai~ muka chomey innocent mcm ni.. aku pun x sanggup nak tgglkan~..anak buah aku pun syg nak tgglkan.. ini kan plak anak sndri~

    ReplyDelete
  3. saya setuju! biarlah bersusah-payah tp x menyusahkan org... saya & famili pn nk bercuti gak hujung mgu ni... 1st time bwk iman naik flight... nerves gak ni... x pernah kn.. hehehe... selamat bercuti yea

    ReplyDelete
  4. betul2.even kalu curi masa datim berdua time tinggal kysha kat pengasuh,still rasa cam bersalah dan tak best sbb tak bawa dia.

    ReplyDelete
  5. setuju 100%!tak paham dgn org yg asyik suruh kita tinggalkan anak. tak kisah la tinggal dgn siapa pun. soalnya salah ke ibu & abi nak bawa pergi jalan sama? susah senang jaga anak masa bercuti tu belakang kira la kan?

    ok tetiba kite pon emo. huh~

    ReplyDelete
  6. dayu - tuh ah bia ade anak sendiri ni rase lain kan.

    bahi - tantik kan gamba imaan mas yg capture.

    ibu iman - selamat bercuti utk awk juga.

    zuris - mmg hati tak senang rase guilty kal xbwk kan.

    wardah - mak mak mmg emo.

    ReplyDelete
  7. owh~mas yg capture..no wonder la..tp kalo bkn mas yg capture pun imaan dah mmg cute n merutun jiwa gitu..muke innocent jek..hihik

    ReplyDelete
  8. kalau dating berdua tetap ingt anak kan?

    ReplyDelete
  9. semestinya. dulu mungkin dunia milik kita berdua, sekarang sudah bertiga and more to come. haha.

    ReplyDelete
  10. ari ni kebetulan mmg tgh emo mak mak.huhu.x smpai hati nk tggal ank kn? bru prasan iman ikut muka ayah dia hehe. cute. memuah utk iman.

    ReplyDelete
  11. Cant agree more with you! I pun sama. Ada mentaliti, kalau ada anak, buat cara ada anak.

    :)

    ReplyDelete
  12. betul, betul, betul! jgn harap la nak berpisah dgn anak. sedangkan pergi kerja pon dok merinduuuu je kat opis, lg pula nak tinggalkn seminggu. sedangkan pernah terfikir nak tinggalkan sekejap kat org lain utk jaga (sbb ade hal), tu pun dah buat menitik airmata. sebbaik last2 tak jadi, huhu.. :P

    ReplyDelete

Kisah Purba - Pulau Redang with Kids

Ini memang kisah purba untuk masa depan. Haha. Terfikir nak buat entri pasal ternampak gambar kami pi Pulau Redang duluuu. Dulu tu was Marc...