20100928

Family Planning

Keluarga perlu dirancang di atas beberapa sebab. Sebab utama bagi aku adalah kerana untuk menjaga kesihatan diri sendiri. Memang betul anak itu rezeki tetapi jika ramai anak tetapi badan sakit siapa yang akan jaga anak tersebut? Kesian anak-anak. Some more bagi ibu yang telah menjalani pembedahan cesarean, adalah perlu untuk merancang keluarga sekurang-kurangnya 2 tahun, bagi ibu bersalin normal pula tiada masalah untuk pregnant dalam masa yang terdekat tetapi dinasihatkan untuk berehat dulu selama 16 bulan (1 tahun 4 bulan).

Kenapa perlu merancang?
Sebab utama adalah kerana luka pembedahan masih belum pulih sepenuhnya. Surface mungkin nampak sudah sembuh tetapi underneath mengambil masa ye puan-puan. Kalau luka belum sembuh, antara risikonya adalah bleeding, jahitan meregang, rahim terkoyak (rosak) dan of course kena melalui pembedahan sekali lagi which akan menambahkan lagi risiko untuk pregnant next time.

Kalau TERpregnant macam mana?
Kalau pregnant sebelum masanya, haruslah berjumpa pakar secepat mungkin. Termasuk dalam kategori high risk - early pregnancy. Tak semestinya kena cuci rahim, masih boleh proceed tetapi kena under specialist supervision lah.

Macam mana nak merancang?
Ada beberapa options antaranya melalui pengambilan pil perancang, suntikan, implan ataupun IUCD. Setiap langkah ada pro and cons. Kalau plan tak lebih 2 tahun boleh cuba ambil pil ataupun suntikan. Implan dan IUCD adalah untuk 2 years and above. Kalau plan untuk lebih 2 tahun boleh juga ambil suntikan setiap 3 bulan sekali tetapi tak advice ambil pil, pasal tak elok ambil pil lama sangat sampai 2 tahun.
  • Pil perancang - Kena ambil hari-hari tak boleh miss. Sesuai untuk mereka yang plan untuk menjarakkan anak tak sampai 2 tahun. Boleh jadi gemok ke? Tak semestinya, kesan berbeza mengikut individu.
  • Suntikan - Kena cucuk kat punggung, di ambil 2 atau 3 bulan sekali (boleh pilih, I pilih 3 bulan). Ada orang kata sakit masa ubat tu masuk tapi bagi aku just rasa sakit kena cucuk je ah. Kalau guna cara ini nanti doktor bagi lah kad kecil noted bape haribulan kite kena repeat injection.
  • Implan - Perlu ditanam/dimasukkan pada lengan (perlu small procedure/surgery) Sejenis alat macam straw supermini akan dimasukkan pada lengan, hormon untuk birth control akan dikeluarkan perlahan-lahan melalui alat tersebut. Kalau mahu pregnant, alat itu perlulah dikeluarkan (small procedure/surgery lagi sekali)
  • IUCD - Sejenis alat akan dimasukkan pada rahim. Kalau nak pregnant kenalah keluarkan balik.
Ada beberapa cara lagi tapi yang aku listkan ini yang percentage untuk pregnant adalah tak lebih dari 1%. Yang lain-lain tu macam still ada 20% untuk pregnant. Apa-apa pun keberkesanan atau pun kesan sampingan adalah berbeza dari setiap individu. Untuk lebih lanjut boleh cuba baca dekat sini.

Untuk aku, aku pilih suntikan pasal aku takut nak ambil implan ataupun IUCD. So kalau aku plan 2 tahun, aku kena inject 8 kali lah lebih kurang. Boleh campur nak ambil pil kejap pastu ambil injection pula tapi pasal aku pula discipline so-so je so lupakan sajalah. Hehe.

Apa-apa pun berbincanglah dengan pasangan anda, dan pergilah berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat.

Sekian, correct me if I'm wrong.

7 comments:

  1. biasa ah practice, mane tau boleh jd consultant nanti. hoi bile nak beraya.

    ReplyDelete
  2. fads, amik injection kat mana?
    mcm nak amik suntik2 ni gak
    skrg tak amik pape ni
    risau gak ni

    ReplyDelete
  3. fads, kita baru amek pil. so far tak nampak lagi effect pada body. tak taulah kalo naik pasni.

    ReplyDelete
  4. saya mkn pil noriday atas nasihat gynae.coz masih susukan zara.hehe.after 1 year kot bru upgrade pil lain.

    ReplyDelete
  5. wardah - hopefully tade pape efek lah kan. insyaAllah kalau serasi takde pape lah tu.

    wizza - i pun xsurvey jenis2 pil ni psl mmg malas nak ambil pil. tp mcm pernah baca mmg ade pil yg boleh keringkan susu badan. yg wizza amik tu mmg ok lah kot kan.

    ReplyDelete
  6. dayu - kte amik injection dekat poliklinik an-nisa aje. dekat deret kedai seberang pasar borong selangor. dah biasa dekat situ since pregnant lagi. tak kesah dekat mane pun janji doktor tu bg advice ah jgn main hentam kromo je.

    ReplyDelete

Kisah Purba - Pulau Redang with Kids

Ini memang kisah purba untuk masa depan. Haha. Terfikir nak buat entri pasal ternampak gambar kami pi Pulau Redang duluuu. Dulu tu was Marc...