20100620

Kenduri Untuk Anak

Pada mulanya aku berangan-angan hendak buat majlis aqiqah untuk Imaan selepas dia berumur 7 hari, tetapi tak jadi sebab rasa macam rushing sangat tak sempat nak prepare apa-apa untuk majlis itu. So, lepas 7 hari Imaan lahir ke dunia ini, aku pun membotakkan kepala Imaan saja.

Masa lahir Iman ada rambut tapi takde lah lebat sangat. Akibatnya sampai sekarang dah masuk 2 bulan rambut Imaan tak tumbuh lebat lagi, halus-halus je tapi aku tade lah regret ke apa pasal dia kan baby lagi, apa ada hal.

Tak dapat buat kenduri lepas Imaan 7 hari, tukar plan buat lepas 21 hari tapi tak jadi jugak sebab opah Imaan tak dapat datang masa tuh, end up delay lagi sampai lepas habis pantang. Tak dapat ikut sunnah pun takpe lah janji dapat jugak buat kenduri untuk Imaan sebelum aku start kerja.

Nak buat kenduri aqiqah plus naik buai pun aku rasa macam nak buat kenduri kahwin anak. Kalau betul-betul Imaan nak kahwin nanti macam mane lah pulak. Ha, pikir jauh nampak...

Memula kononnya nak buat tema pink dengan brown, konon nampak macam menyelerakan lah. Apakah aku pikir, lantas tukar buat pink dengan purple. Anak perempuan mesti nak pink, gedik betul. Majlis buat kecil-kecilan saja panggil saudara-mara, jiran tetangga dan para bff lah konon. Buat majlis dekat rumah nenda. Imaan pakai baju abi dia belikan.

Minggu depan Imaan naik buai lagi dekat rumah opah dia. Murah rezki anak ibu ni.

2 comments:

  1. alahai...comelnye imaan bulat ni. siap dgn baju putih, btol2 macam nak kawen ;D

    ReplyDelete
  2. sok kalo imaan nak kawen mesti aku mcm mak gile kuase nak kawen kan anak.

    ReplyDelete

Kisah Purba - Pulau Redang with Kids

Ini memang kisah purba untuk masa depan. Haha. Terfikir nak buat entri pasal ternampak gambar kami pi Pulau Redang duluuu. Dulu tu was Marc...