20130719

Ulang Tahun Perkahwinan Ke-4

Alhamdulillah dah 4 tahun kahwin. Anniversary nya actually on 4 July yang lepas. Biasalah aku kan tak rajin nak update. Ini aku cubalah nak bagi rajin balik. Kehkeh.

Tipulah kalau semuanya smooth sailing tapi syukur kami masih berjaya bertahan. Kata orang 1st 5 year memang betul-betul menduga. For me sejujurnya 1st year marriage dulu antara yang paling challenging so far. Bila dah ada anak maybe aku jadi lebih sabar kot. Ustaz pun kata jadi isteri and ibu ni memang kena banyak sabar. Betul sangat-sangat.

Anak dah dua and waktu dating pun sangatlah terhad. Ikutkan memang macam jarang gila kot dapat spend quality time berdua sekarang ni. If keluar sekali anak beranak memang most of the time kena attend anak-anak. Bila keluar berdua teringat anak pulak. Hah, acane tu kan.

Memang betul sangat bila dah kahwin ni tak sama dengan sebelum kahwin. Hati kena kebal, ikutkan hati mati. Ingat balik niat kita kahwin kerana apa. If niat tak betul senanglah goyah. If pasang niat kerana Allah, tetapkan iman insyaAllah kita akan usaha pertahankan. Wah serious pulak kedengaran ayat-ayatku ini. Kofkof.

Anniversary kali takde sambutan apa-apa pun. Just wish gitu je lah. Aku ajak hubby dating dia kata nak dating pun tak best pasal duit takde. Sedih jugak mengenangkan tapi bila fikir balik semua tu tak penting. If sebelum ni time birthday, anniversary biasanya hubby akan ambil ticket pi holiday. Tapi kita orang memang tak senang macam dulu. Takdelah susah sangat tapi tak sesenang dululah pendek cerita.

Pasal duit ni memang boleh mengujikan. Tapi if kita boleh bertahan susah sama-sama insyaAllah kita boleh bertahan sampai bila-bila. Macam susah sangat je gaya ayat aku ni. HAHA. Takdelah susah sangat still boleh berbelanja, boleh makan KFC.

Tengah broke rasalah sempit sikit tapi if senang sangat pun risau jugak. Penat aku dengar cerita si suami tambah cawangan. Lelaki, bila senang sikit senang lupa diri. Semoga Allah jauhkan dugaan begitu kat aku and korang occay.

Aku sejujurnya tak retilah nak jadi lovey dovey ni. Hubby aku lebih jiwang kot if nak compare. Dia selumber je nak tulis "I luv you" kat laman social. Aku nak respond macam mane pun rasa kekok je. Bukan sebab segan kerana factor usia. Memang sejak azali pun macam ni. Bersyukurlah akhirnya bersuami. Eh (?)

Apalah yang aku mengarut ni. Okbai. *dah malu*

my loved ones

2 comments:

  1. kahkah kelakor la mu ni fad... anyway happy annibesari semoga kekal cinta korang hingga syurga.. yg penting kekal jadik yg pertama dan terakhir.....

    ReplyDelete
  2. hepi anniversay beb. ko mcm aku. aku tak reti nak jiwang2 ni. Laki aku je suka jiwang2 karat walaupun dia suka dgr lagu rock2 gitu. yang penting dia tahu kita sayang kat dia. huehuehue

    betul lah kan perkahwinan ni memang mencabar tp pendapat aku kdg2 kita tak boleh layan sgt emosi nanti tu yg goyang sikit mcm2 yg akan keluar dr mulut perempuan apa yg tak puas hati. after beberapa tahun ni aku byk belajar control emosi kot. so skrg kalau ada benda tak puas hati aku malas nak layan sgt emosi.

    tp tipu pulak ckp aku tak beremosi. perempuan dgn emosi kan kawan baik. huehueheu

    ReplyDelete

Kisah Purba - Pulau Redang with Kids

Ini memang kisah purba untuk masa depan. Haha. Terfikir nak buat entri pasal ternampak gambar kami pi Pulau Redang duluuu. Dulu tu was Marc...