Terus terang cakap aku takde plan langsung pi JB nak singgah JPO ni kerana aku tak tahu pun tempat apa ni. HAHA. Aku tahu kemudian pun pasal Xeea tanya kat twitter and then Yantie beritahu aku. Actually on the way datang JB, aku perasan nampak tower Johor Premium Outlet tu tepi highway tapi aku tak berapa ambil portlah. =P
Di atas permintaan ramai, and kebetulan hubby dah terpengaruh juga ada member dia beritahu pasal JPO itu, kami pun ambil peluang singgah.
Aku ingat JPO ni macam biasa-biasa je, sekali wah wah boleh tahan besar dia. Dari jauh nampak macam kawasan airport. Parking space memang sangat besar. Tapi dari jauh je lah nampak besar. Dah masuk dalam rasa biasa je lah. Pasal tak rasa penat sangat pun tawaf JPO tu.
Oleh kerana tempat tu baru, so memang nampak cantik. Hubby aku kata JPO ni macam style outlet-oulet kat US. Bila masa dia pergi US pun aku tak tahu lah. HAHA.
Aku sebenarnya segan nak ambil-ambil gambar dalam shopping mall. Nak ambil gamba dalam kedai lagilah takut pasal biasanya tak boleh kan. Tapi demi tontonan korang aku ambil jugak sikit. Ceh.
Salah satu entrance, building ni 2 tingkat je.
Operating hours.
Ada kawasan lapang kat tengah-tengah mall tersebut siap fountain bagai.
Bolehlah nak lepak dating.
Antara boutique yang ada dalam JPO itu...
Memang banyak juga boutique yang ada, tapi I tak dapatlah nak snap semua. Antara designer brands harga ribu-ribu, Zegna, Burberry, Salvatore Ferragamo, Micheal Kors, Coach, DKNY and banyak lagi kot. Sports brand macam Puma, Adidas, Nike pun ada juga. Lagi ada Fossil, Skechers, Guess, Gap, Padini, Charles & Keith, Cotton On and the list goes on.
Aku rasa average memang banyak yang murah dari harga retail. For mothers yang suka shopping untuk anak, confirm suka pi Poney - price from RM19, Gap - price from RM30. Walaupun banyak yang murah still ada yang tak murah sangat, harga biasa kalau ada discount pun sikit je macam Cotton On and Charles & Keith. Macam Fossil agak murah tapi choices tak berapa menarik. Biasa handbag Fossil harga lebih kurang RM700-RM1K++ but kat sini you can get it at RM300-RM400 lebih kurang.
Main objective kami pi JPO adalah kerana hubby nak cari Skechers Shape Up yang retail price RM399-RM599 lebih kuranglah. Kat sini boleh dapat RM299 but pity him design yang ada tak cantik langsung. Sudahnya aku yang dapat Skechers Shape Up itu dengan harga RM199 saja. Sandal Skechers biasa retail RM159 pun boleh dapat RM89 saja. If pergi boutique Skechers kat KL jangan harap nak ada discount banyak macam kat sini.
Brand-brand lain pun aku tengok banyak juga sales, average 30%-50% tapi tak surelah whether all time punya sales or for certain period je. Orang JB kata biasanya kat Coach and Burberry beratur panjang tapi time aku pergi takde ramai orang sangat. Aku tak masuk Coach tapi dari luar nampak sales 30%-40% macam tulah. Handbag Guess pun sama sales lebih kurang gitu tapi baju Guess Kids tak murah pun, semua RM100++.
Seluar jeans Baby Gap memang murahlah, semua RM50 je tapi aku tak beli pasal bulan ni dah banyak beli untuk Imaan. Walaupun tak beli seluar jeans tapi terbeli t-shirt lengan panjang and seluar cotton untuk Imaan pulak. HIHI.
Kemain lagi budak kecik ni pergi shopping.
Kesimpulannya if korang memang stay JB or di kawasan sekitar berbaloi jugalah nak pergi. Tapi if uolls stay kat Taiping ke Kuala Kubu Bharu ke tak payah pun takpe kot. If bercuti or ada urusan ke selatan bolehlah singgah ke mari macam aku.
U mmg saje kan keluarkan entri ni nak bagi ai stress kan? arghhhhh!!! *tarik rambut*
ReplyDeleteTempat ni cantik untuk bergambar! Harus singgah kalau ke selatan nnt. Tq Fad.
ReplyDeletethanks fad for review..hehe! kalu balik kampung leh la jenggah jap..jenggah jerk...hihi
ReplyDeletekat mana JPO ni?? tepi highway??
ReplyDeleteminggu depan aku nak blik JB..ok, boleh singgah
tgk2 je lah.. dah shopping kat KL sale krismas
mana ada duit lg nk shoping sale new year.. (:
sob sob
ReplyDeletearitu balik johor, plan nk pergi x kesampaian
terus aku merajuk 1 hari dgn husband
kehkehkeh
owh.. baru tahu.. semalam ingatkan nak pergi tapi tak jadi..
ReplyDeleteterima kasih sebab share
syiok nyer... bila la daku nak pulang ke kampung neh... sob sob sob
ReplyDeleteowhh mmg ade angan2 nkg jB,
ReplyDeletetp mmg xkan ade angan2 nk ke sni la,
sedar diri T___T
:p
hehehe tiap2 ari pegi jpo nie tp ptg jer lar coz cik suami mara asyik tido jer kat umah ptg2...tiap2 ari gak lar tershoping tp yg murah2 jer lar kat padini n cotton on...kst n beg dah 2 bln nie asyik tershopping selang 2 minggu...kasut murah kat pedro n charles & keith...siapa2 yg mampu n gaji lbh blh lar shopping kat coach,blubery n zegna...mcm aku nak shopping benda mhl2 mcm tu pesan kat adik yg duk europ jer la br mrh skt...bajet kecik tp bl dtg tiap2 ari borink gak...kalo dah siap taman tema dia nanti seronok la kot tp mungkin ms tu pun dh kn pindah coz projek cik suami dah siap...skrg nie duk kumpul koleksihandbag charles & keith n fossil...tuk org yg tak kisah handbag yg dah outdated ok lar kot tp pd yg ikut musim terkini mungkin tak puas ati coz kat sini lambat gak dtg koleksi terkini...apa2 pun terpulang pd selera msg2...
ReplyDelete