20111105

Bercuti ke Langkawi

Some of you may already know yang last week aku and my family went to Langkawi. At first sebenarnya my sisters, Ateh and Ain join trip dengan kawan-kawan depa pi Langkawi. Then tak semena-mena, my hubby saja mengusik my mom cakap nak ikut depa. My mom pun apa lagi terus setuju nak join. So trip kali ini agak last minute juga sebenarnya. Dengan duit yang tak seberapa kami pun terus booking chalet and kereta sewa. Memang takde plan apa-apa pi je terjah ke sana. My sister pergi naik train dengan kawan-kawan depa tapi kami drive sajalah. Nak naik aeroplane last minute memang tak mampulah dek non.

Sebelum ke Langkawi kami saja singgah bermalam kat Penang pasal hubby ada voucher free hotel room kat Hydro Hotel. Dapatlah makan pasembur kat Gurney Drive and Nasi Kandar Beratur. Tahun ni je ntah berapa kali aku pi Penang semata nak makan-makan. HEHE.

Di Langkawi, kami stay kat chalet Malibest Resort, Pantai Chenang. Chalet biasa-biasa je, selesa, bersih, and dekat dengan pantai. Kami dapat rate RM150 semalam, 2 katil queen. Gamba kat chalet takdelah pulak. T__T

Aku kalau pi Langkawi target nak naik cable car je. HAHA. Before this aku pernah naik dah, cuma this time saja nak bawa my family merasa naik cable car tu. Tapi nasib tak baik, time kami datang cable car tengah buat maintenance so tak dapat naik. So kami just ronda-ronda kat area Oriental Village tu saja. My dad and my brother dapatlah merasa naik segway. Aku teringin nak naik gak tapi pasal my hubby macam tak excited sangat so aku pendam je lah. Maybe next time kot. Huuu.



Kami pi 3D2N je so memang masa agak tight. Plan last minute, so just pergi style free and easy je lah. Petang-petang mandi laut kat Pantai Chenang tu, malam pergi makan-makan kat Padang Matsirat and area Kuah. Memang tak nak makan kat area Pantai Chenang tu, mahal wey. 


Hari terakhir kami kat sana tiba-tiba rasa nak pi island hopping pula, so naik boat pergi Pulau Dayang Bunting, tengok burung helang, and mandi kat Pulau Beras Basah. Mula-mula semangat juga nak snorkeling tapi tengok port snorkel kat Pulau Beras Basah tu macam tak best je so malas nak snorkel. Tengok tourist arab selok buat parasailing. Aku macam teringin nak buat juga tapi belum sampai serulah kot. Teringin tapi cuak, now bila balik rumah dah teringat-ingat. (-_-")


Sebelum balik haruslah shopping chocolates. So far kali ni paling banyak aku borong chocolates, sebelum ni kalau beli berpada-pada tapi this time agak tak sedar diri gak lah. Pinggan mangkuk and seumpamanya aku tak belilah. Belum sampai seru nak shopping peralatan dapur lagi. Mak Neng tak minat. 


Percutian kali ni agak istimewa bagi aku pasal dapat bawa mak ayah sekali. Sebelum ni kami banyak bercuti bertiga je. Walaupun hanya dapat bawa mak ayah pi Langkawi tapi aku rasa happy sangat. Macam lebih happy dari aku pi holiday sebelum-sebelum ni. Memang aura dia berbezalah. My parents pun last pergi Langkawi masa aku umur 4/5 tahun kot. Dah lama sangat kami tak pi bercuti sekali. Paling last kalau tak silap my parents pi Kuching last 2 years tapi masa tu aku tak dapat ikut. =(

Kalau ada rezeki lebih next time nak bawa my parents pergi bercuti lagi, insyaAllah.

9 comments:

  1. ok2, pasni nakg langkawi aku msuk smula kt entry ni, hehe

    ReplyDelete
  2. Hoh naik cable car adalah benda paling ditakuti sekali. Dan ular sawa itu! Hahaha

    ReplyDelete
  3. farhana - alahai name xbitahu awal2. =P

    na - silekan, tp aku xde bagi info sgt pun kot.

    fie - hahaha. kite suka naik cable car, ular sawa tu geli2.

    ReplyDelete
  4. wah seronoknyer..
    fad, next time g umrah satu family plak :)

    ReplyDelete
  5. malibest kalo dpt chalet atas pokok tu syok keh keh keh.aritu thn 2007 pi holiday ngan kekawan dok kt malibest la.parking susah kan.ehhh btw pantai cenang dh ok ker? dh open to public? coz kalo xsilap dorang tgh dok upgrade sistem perparitan kt sana

    ReplyDelete
  6. yana - insyaAllah. dp pi sana by family mmg impian kita.

    yun - chalet atas pokok tu mmg best tp xsesuai ramai2 kot. time kami pi pantai chenang dah open dah.

    ReplyDelete
  7. seronoknya.. Saya pun teringin sangat nak bawak family gi cuti2 ke langkawi.. selama ni asyik2 p cameron. huhu.. tgh dok survey dari hotel, bla bla ... tak tau lah bila dapat gi tu.. hehe..

    ReplyDelete

  8. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.



    ReplyDelete

Kisah Purba - Pulau Redang with Kids

Ini memang kisah purba untuk masa depan. Haha. Terfikir nak buat entri pasal ternampak gambar kami pi Pulau Redang duluuu. Dulu tu was Marc...