20111006

Daily Routine Untuk Rawatan Minor Burns (Children Under 2 Years Old)

Dah lama dah Mak Neng nak cuba share dengan pembaca tentang daily routine untuk rawatan minor burns ini. Refer balik kepada entri aku yang dulu tentang Imaan melecur kena air panas dari dalam thermal flusk.

Kalau ditakdirkan satu hari nanti (minta dijauhkanlah) ada dikalangan ahli keluarga atau sesiapa saja tidak bernasib baik and termelecur so aku harap entri ini dapatlah kiranya membantu kalian. =)

Sejurus selepas incident berlaku, seperti cerita sebelum ini, kami terus terjah Emergency Hospital Sungai Buloh. Sorry to say, depa takde brief aku in details apa aku kena buat later kalau aku balik rumah. Depa just suruh aku pi klinik biasa after few days untuk tukar dressing. After few days kami pun pergi lah nak buat check up and tukar dressing Imaan kat klinik panel. Doktor tu just tukarkan dressing and sama juga takde brief apa sangat. Bila aku tanya takde bagi apa-apa lotion ke cream ke bagi cepat baik and dia pun bagi aku sejenis anti-fungal cream. Jenis apa aku tak ingatlah.

Aku tak puas hati so untuk tukar dressing lagi sekali kami pi refer klinik lain. Doktor muda, tengah mengandung anak kedua, kawan sekolah Puan Zuris and my hubby. Kehkeh.

Lepas tukar dressing dia pun explain macam mana nak handle luka Imaan sendiri so tak perlulah hari-hari tukar dressing kat klinik, buang duit je.

Sebelum aku explain each step, I nak highlight some points:

  • Lepas je incident, sila laju-laju curah air paip/air kosong. Kalau kena banyak sila basahkan diri anda di bawah shower. Biar basah lencun, sampai korang boleh dapatkan rawatan atau orang lain datang tolong bawa pi klinik. 
  • Sementara nak tunggu doktor boleh tekup part melecur dengan kain lembut yg lembab.
  • JANGAN sesekali letak ice, sapu kicap, ubat gigi, butter or apa-apa yang benda asing yang pelik-pelik pada luka. Hanya air kosong saja. Benda-benda yang tak sepatutnya disapu pada luka boleh mengakibatkan infections.
  • Luka melecur tak boleh dibiarkan kering and terdedah. Ramai yang suggest pakai gamat untuk cepat kering luka TETAPI doktor tak suggest pasal dia kata, tak boleh kering cepat. Kalau dibiarkan kering nanti sakit and akan bleeding. Lagi-lagi kalau yang luka tu budak kecil macam Imaan. Kalau mak bapak macam kita ni kes lain, kulit dah matang.

Now kita tengok steps untuk daily routine:

1. Cuci bahagian luka dengan Sterile Non-Pyrogenic (0.9% Sodium Cloride for Irrigation). Just tekap-tekap je dengan kapas. 
2.  Secondly, sapu Solcoseryl Jelly 10% atas luka.


3.  Then, ada dua options;
  • Letak Jelonet untuk mengelakkan luka melekat dengan dressing pad, atau
  • Pakai Melolin Absorbent Pads (Non-Stick Pad) je.  


 

4.  Lepas tu bolehlah lekat kan pad yang cover luka tu dengan surgical tape. Lekat elok-elok bagi jangan terbuka, biasalah budak-budak kan tak reti duduk diam. 


5.  Untuk luka yang tak berapa besar, boleh pakai dressing pad yang siap ada pelekat kat keliling pad tu so tak perlu pakai surgical tape. Tapi untuk kes Imaan, luka dia agak panjang and aku tak jumpa dressing pad dengan pelekat yang sesuai.

Aku tahu kalau korang tak pernah handle dengan first aid kit memang macam lost dengan perkataan yang aku bold-kan tapi later kalau dah kena kat diri sendiri mesti akan paham, insyaAllah. Boleh google untuk info yang lebih details.

Dah namanya pun daily routine so sebaiknya buat hari-hari sampai luka sembuh. Jangan biarkan luka tu kering and terdedah kalau tak nanti dapat infection akibatnya anak kita boleh demam pula.

Ada parut tak? Ada babe. Bila dah baik sepenuhnya luka tu barulah sapu dengan jelly gamat ke aloe jelly ke bio-oil ke or apa sajalah. InsyaAllah bila anak makin besar parut tu akan pudar.

Info yang aku share ni untuk minor burns je lah erk, and applies untuk children under 2 years old. Kalau orang tua macam kita boleh juga follow kalau rajin. Kalau tak rajin ikut sukalah janji bahagia.

P/S: Mak Neng bukan doctor, so kalau ada salah dan silap harap dimaafkan. Kalau tak sure sila rujuk kepada yang pakar.

8 comments:

  1. thank u fo sharing...nak salin ni...

    ReplyDelete
  2. Terima kasih mak neng! Good info walaupun dalam kepala duk bayang ngerinya kena buat dressing sendiri. Uhuk

    ReplyDelete
  3. eh ustajah nih...dah jadi mak neng aka doktor plak..thanks for sharing mak neng

    ReplyDelete
  4. Thanks mak neng... (Melekat pulak nama tu). ai, na'uzubillah la minta2 takde yg kena...ngeri!

    ReplyDelete
  5. time kasih fad..
    untuk info ini..

    masa kid tengok parut imaan tu..
    dah tak berapa jelas parutnya..
    macam tak teruk melecurnya..
    berkat fad yang rajin buat dressing.. :)

    ReplyDelete
  6. i baru je jumpa blog u.. kalau tau awal2 boleh apply kat my daughter.. thanks for the info :)

    ReplyDelete
  7. Info yang menarik. Sebaik-baiknya, bahagian kulit yang melepuh itu jangan diusik dan cuba dipecahkan kerana ia boleh menyebabkan keadaan menjadi lebih melarat. Namun sekiranya luka melecur itu tidak berair dan bernanah, kita bolehlah cuba menyapukan cecair daripada pokok lidah buaya untuk mengurangkan radang dan mempercepatkan proses penyembuhan. Pengambilan Vitamin A, C, E dan zink juga sangat digalakkan. Sekiranya bahagian yang melecur itu bernanah, sebaik-baiknya dapatkan pendapat daripada doktor kerana ia mungkin memerlukan bantuan antibiotik.

    ReplyDelete

Kisah Purba - Pulau Redang with Kids

Ini memang kisah purba untuk masa depan. Haha. Terfikir nak buat entri pasal ternampak gambar kami pi Pulau Redang duluuu. Dulu tu was Marc...