20110915

Kenapa Birthday Cake Imaan Takde Lilin Ibu?

Ramai yang tahu, ramai yang tahu tapi buat-buat tak tahu, ada juga yang betul-betul tak tahu. Jangan biasakan hidup kita dengan konsep Takpe Kalau Tak Tahu..., Takpe Bukan Apa-Apa Pun..., Takpe Dosa Kecil Je..., dan apa saja alasan seumpamanya. Selalu ingat, niat tak menghalalkan cara. =)

Perenggan di bawah aku copy bulat-bulat dari artikel Majlis Ulang Tahun Sesuai Syarak, Majalah Pa&Ma Edisi Oktober 2011.

Tahukah anda bahawa amalan meletakkan lilin di atas kek hari ulang tahun adalah amalan masyarakat Yunani. Mereka biasanya meletakkan lilin di atas kek agar kek tersebut bercahaya seperti bulan. Orang Yunani juga biasanya akan membawa kek tersebut ke kuil Artemis (Dewa Bulan). Menurut para ilmuwan, lilin diletakkan di atas kek kerana mereka percaya bahawa asap daripada lilin akan membawa doa dan permintaan mereka kepada tuhan yang dikatakan tinggal di langit. Sesetengah pendapat yang lain pula mengatakan bahawa amalan ini berasal dari Jerman. Di sana, mereka meletakkan lilin yang besar pada tengah kek sebagai simbol cahaya kehidupan.

Rasulullah SAW ada bersabda bermaksud, "Barang siapa menyerupai sesuatu kaum maka dia bukan daripada golonganku." (Hadis riwayat Abu Daud dan Ahmad)

Jangan jadi dungu menurut apa saja amalan yang diturunkan kepada kita tanpa mengkaji asal usulnya. Sebagai seorang muslim kita WAJIB mencari yang benar, mencari yang halal. InsyaAllah.

8 comments:

  1. aiseyyyyyy...knape aku xtao? hahahaha
    tp rasenye mcm penah dgr org2 ckp xelok buh lilin tas kek,
    cume xtao sbb pe..

    ini usahkan kek budak, kek org tua pun penuh ngn lilin jek,
    sbb klu xde lilin xnmpak cm kek bufday, hahaha
    adoihh ok tenxs 4 sharing,
    lepas ni ingat eh T__T

    ReplyDelete
  2. takpe na, kita belajar sama-sama yerp. ;)

    ReplyDelete
  3. kek naurah pon xde lilin. maklumla buat kt rumah in law. mil & fil mmg titik berat sket bab2 agama nie. kite pon mmg x suke lilin tu sbnrnya..

    this year celebrate my besday kat opis nk request xyan lilin laa..hehe

    ReplyDelete
  4. pernah tau dgr pasal lilin tu..sbb tu beli kek sofiya takde lilin..tp beli kek husband letak lilin word tu..tp tak pasang pun..sbb takut terikut dengan ajaran agama lain..bahaya tu...

    ReplyDelete
  5. konpem besday mika debab umo 2 thn n seterusnye x akan ade lilin dh...huhuhuh

    seb baik fadh dh bagtau...

    ReplyDelete
  6. ya betul..benda ni dh lama sebenarnya..hubby yana lg best, birthday party pun xnk buat..siap cakap dr wt birthday party baik wat aqiqah..tu dia..jd harapan nk smabut 1st birthday husna mcm sipi2 je la

    ReplyDelete

Kisah Purba - Pulau Redang with Kids

Ini memang kisah purba untuk masa depan. Haha. Terfikir nak buat entri pasal ternampak gambar kami pi Pulau Redang duluuu. Dulu tu was Marc...