20110913

Ibu Muntah, Anak Muntah

Setelah kecewa tidak dapat ke Open House Mishawads and Open House Hazama last Saturday, kami sekeluarga ada aktiviti menonton wayang cerita Hantu Bonceng secara berjemaah dengan saudara-mara. 23 keping tickets, 2 row seats tuuu. Paling ramai so far, 4 family. Lain kali kena gather lagi ramai-ramai tapi next time patut stretch time lebih sikit lepas movie pergi mengeteh baru best.

Dah gelak-gelak dalam panggung lalu masing-masing pulang ke rumah. Sampai ke rumah kami, aku muntah baik punya. Lepas muntah, muntah, lepas muntah, muntah, lepas muntah, muntah sampai pagi. Mak memang tak boleh tidur nok. Lelap sekejap terjaga dan muntah balik. Bila hari dah siang, pergi ke klinik untuk kepastian. Buat urine test pasal ada suspect pregnant, sekali negative. Kecewa mak. Takda lah harap pregnant sangat tapi asyik test and negative je menyampah gak rasanya. I di-suspect silap makan so balik makan ubat saja. Kononnya on that day nak ke JB ikut suami tapi cancel pasal tak larat. Tapi suami tak pergi outstation pun on that day. Delay esok harinya.

Loya aku berlarutan sampai esok harinya tapi dah tak muntah so aku ikut juga suami ke JB. Loya pun loya lah. Mak tak rela jadi ibu tunggul lama-lama. 2 minggu tuuuu. And now loya aku dah takde tapi malang buat Imaan. Semalam kami beraya rumah kawan hubby Imaan bantai makan tempeyek banyak-banyak. Imaan memang tak layan kuih raya sangat. Dia suka gila tempeyek. Balik bilik hotel sekali muka dia pelik-pelik. Lepas tu bluerghhhhhh. Muntah banyak gila. 3 kali Imaan muntah semalam, habis bedsheet kena panggil housekeeping tengah malam buta tukar bedsheet. Sampai pagi kami tidur tak lena pasal asyik terjaga dengar Imaan bunyi macam nak muntah lagi. =(



Alhamdulillah pagi ni Imaan nampak occay. Pagi-pagi aku bagi minum susu sikit alas perut and now dia tengah have fun main dalam bathtub. Now kalau kami check in hotel WAJIB cari bilik yang ada bathtub pasal anak dara tu hantu main air. Aku nak bawa dia pi swimming pool kadang tu tak berapa rajin pasal ada hotel tak bagi mandi pakai t-shirt. Mak mana ada swimming suit muslimah tu. Bikini adalah. HAHA.

Occaylah dah masuk 3 kali aku tukar air bathtub tu. Dia dok buang lepas tu jerit-jerit panggil aku refill. Times up! Aku nak siapkan anak yang dok berendam kat bathtub. Kang kecut pulak dia. HIHI. 



P/S: While writing this entry aku check anak aku banyak-banyak kali. Jangan ralit update blog and biar anak dalam bathtub sorang-sorang. Berbahaya!

10 comments:

  1. anak ikot mak...hehe
    hrp dua2 dah sihat
    syoknye fad xyah keje..ikot suami ke hulu hilir...jelessss

    ReplyDelete
  2. Ala, Imaan seksi. Auntie miss you lah Imaan seksi!

    To Fadh & Family: Selamat Hari Raya ye. =)

    ReplyDelete
  3. dah sihat lah skrg ni ye fad. take cre

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah dah sihat dedua, tq nurul.

    ReplyDelete
  5. uih...seronok hang eh imaan berendem bugel2 tu. hehehehe.

    ReplyDelete

Kisah Purba - Pulau Redang with Kids

Ini memang kisah purba untuk masa depan. Haha. Terfikir nak buat entri pasal ternampak gambar kami pi Pulau Redang duluuu. Dulu tu was Marc...