20110920

Anak Kau Terkenan Kot

Masa aku pregnant dulu, adalah juga orang yang tegur aku pasal pantang adat masyarakat kita. Tak boleh itu tak boleh ini, tak boleh begitu tak boleh begini. Untuk tidak mengguriskan hati mereka, aku dengar je masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Nak bidas balik aku bukan reti sangat tapi aku memang tahu berdosa percaya benda karut macam tu.

Oleh kerana aku dah jumpa artikel yang boleh menjawap persoalan kenan ni, aku share je lah.

Taken from section, S&J Bimbingan Rohani Majalah Pa&Ma Edisi Oktober 2011.

Benarkah semasa mengandung apa yang kita lakukan akan mempengaruhi kandungan? Contohnya ada orang kata semasa mengandung bakal ibu tidak boleh memotong kaki ayam dan menegur cara kaki ayam itu dipotong pendek satu jari kerana apabila anaknya lahir, jari kaki kanan anaknya pendek satu jari sama seperti kaki ayam.

Sebagai umat islam, kita beriman bahawa Allah mencipta kita dan anak-anak kita dalam bentuk yang sebaik-baiknya. Firman Allah; Sesungguhnya Kami menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (al-Tin 95:04) Kadangkala Allah sengaja mencacatkan sedikit bayi yang dilahirkan sebagai ujian kepada kita semua. Ia merupakan ujian kepada ibubapa bayi, sama ada mereka tetap bersyukur atau merungut. Ia juga merupakan ujian kepada orang-orang di persekitaran, sama ada mereka turut membantu atau mengaibkan bayi dan ibu bapanya serta berasa hebat di atas kesempurnaan anak mereka.

Demikianlah, kerana kehidupan ini sentiasa merupakan ujian daripada Allah kepada kita sebagaimana firman-Nya: Maha Suci Allah yang di tangan-Nyalah segala kerajaan, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu; Yang menjadikan mati dan hidup supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun (al-Mulk 67:1-2)

Dalam ayat yang lain Allah bertanya: Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? (al-Ankabut 29:02)

Atas keimanan yang benar dan aqidah yang lurus ini, kita tidak menerima kepercayaan khurafat yang menyatakan apa yang dilakukan oleh ibu bapa akan mempengaruhi bayi yang berada di dalam kandungan. Bahkan percaya khurafat seperti ini merupakan satu bentuk syirik kerana orang tersebut meyakini wujudnya kuasa lain di sisi Allah yang mempengaruhi kesempurnaan bayinya.

Pada zaman Rasulullah, terdapat juga beberapa kepercayaan khurafat yang berlegar di kalangan masyarakat. Di antaranya, mereka mempercayai jika dalam satu perjalanan ditemui burung yang terbang ke arah kanan, ia petanda yang baik (good luck). Sebaliknya jika burung terbang ke arah kiri, ia petanda yang buruk (bad luck). Rasullulah menegur keras kepercayaan ini dengan sabdanya: Mempercayai nasib yang baik atau buruk pada burung adalah syirik, (Baginda mengulanginya tiga kali). (Shahih Sunan Abu Daud, no: 3910)

Sama-sama diketahui bahawa syirik ialah dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah. Maka kewajipan kita bukan sekadar tidak mempercayai kenan atau apa-apa yang seumpamanya, tetapi diluaskan kepada memberi nasihat dan teguran andai ada ahli keluarga, saudara mara, jiran dan rakan yang mempercayainya.

6 comments:

  1. Part nak memberi teguran tu yang lemah sikit kan. Tapi menurut Hadis dari Abi Said Al-Khudri yang bermaksud : “Rasulullah saw telah bersabda : Barang siapa di antara kamu yang melihat akan kemungkaran, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya. Jika sekiranya ia tiada berkuasa, maka hendaklah ia mengubahnya dengan lidahnya. Maka sekiranya ia tiada juga berkuasa, maka hendaklah ia mengubahnya dengan hatinya. Dan yang demikian itu (iaitu mengubah dengan hatinya) adalah selemah-lemahnya iman.”
    (Riwayat Oleh Muslim)

    Insya'Allah, sama² lah kita ingat mengingati.

    Tq for sharing Fad :)

    ReplyDelete
  2. betul tu..nk betulkan org tua mmg susah ckit..tp tu la dosa syirik ni mmg bahaya..kite yg tau ni mintak jauh je la

    ReplyDelete
  3. ermmm mmg org2 sekeliling cume 20% je yg xpercaya,
    selebihnye
    ramai la yg duk tegur itu ini,
    xley itu xley ini
    dgr je lah..hehe

    ReplyDelete
  4. iyer, dosa paling besar ialah syirik..kadang2 ramai ibu bapa yang suke pakaikan tali color hitam pada anak2..konon2nya tak nak anak kencing malam la...sedangkan mempercayai kuasa lain selain Allah adalah dosa besar..wallahualam

    ReplyDelete
  5. tq atas ingatan..

    [p/s:nor pregnant anak sulung,mcm2 nasihat la kena dgr..pantang itu ini....yg pasti nor doa semuanya selamat]

    ReplyDelete
  6. semenjak dh duk umah nih..ko dh jadi ustajah eh..amin!

    ReplyDelete

Kisah Purba - Pulau Redang with Kids

Ini memang kisah purba untuk masa depan. Haha. Terfikir nak buat entri pasal ternampak gambar kami pi Pulau Redang duluuu. Dulu tu was Marc...