20110809

Dessert Bulan Ramadhan

Semua orang feeling post entri lauk berbuka, aku pun nak juga join. So far seminggu puasa ni memang aku masak pun. Kenapa? Tak percaya? Mak urban macam aku ni tahu juga masak cuma tak rajin je. HIHI. Sekarang ni rajin sikit pasal semangat nak memasak ada kawan kat dapur iaitu bonda tercinta. Lagi pun kalau masak untuk ramai orang makan rasa meriah sikit ye tak. Tapi aku takda sempat nak snap photo lauk pauk. Lain kalilah erk I show off juga macam you all.

Semalam tengah rilek-rilek tengok TV tiba-tiba BLINK! dapat idea nak buat puding caramel pasal kat rumah mak aku ada banyak telur ayam. Wak Rawi yang buat rumah mak ayah aku tu sedekah sepapan occay telur omega. Rezeki di bulan Ramadhan lah tu. 

Aku dulu memang ada juga beberapa kali buat puding caramel tapi since kahwin ni dah lama tak buat so aku macam ingat tak ingat resepinya so terpaksalah google sekejap. Hasil pencarian google, aku adjust sedikit resepi tersebut. Hasilnya seperti berikut: 

Puding Caramel Choc Layer

Bahan-bahan

6 biji telur ayam
1 cawan susu pekat
1 cawan air
1 sudu teh esen vanilla
Sedikit coklat cair/serbuk koko/coklat pes - agak-agak je amaunnya.
2 sudu gula

Cara-cara
  1. Cairkan gula hingga perang di bawah api yang kecil. Aku cairkan terus dalam bekas yang akan digunakan untuk mengukus nanti. Ketepikan.
  2. Pukul telur bersama susu pekat dan air hingga sebati. 
  3. Asingkan bancuhan kepada 2 bahagian. Satu bahagian tambahkan esen vanilla, satu bahagian lagi campurkan coklat cair. Sebatikan setiap adunan.
  4. Isikan adunan vanilla dulu, kukus lebih kurang 5 minit hingga puding tu masak sikit then isikan pula dengan yang coklat, kukus balik. Lepas tu ulang balik steps tadi hingga habis. Nak buat berapa layer ikut sukalah. Aku buat 4 layer je. HIHI.
  5. Nak tengok puding dah masak ke belum cer test cucuk dengan pisau kalau pisau tu keluar bersih je maksudnya dah masak lah tu.
  6. Keluarkan puding dari bekas, simpan dalam peti sejuk sementara menanti waktu berbuka.

1st time buat puding ada layer-layer. Biasa buat plain je tau. Nasib baik jadi juga cuma ada accident sikit time nak keluarkan puding tu. Hubby kata rasa sedap cuma maybe over-cooked so puding tu keras sikit dari sepatutnya. Cuba lagi lain kali.

7 comments:

  1. rajen mu,
    tp byk gak skrg ni aku tgk org buat puding ceramel lapis coklat ni,
    owhh cm senang je,
    bley ar tiru :p

    ReplyDelete
  2. sejak bila ko rajen nih fadilah...bagus2..nanti kita wat potluck ko masak ga eh...inarah ade tanya apa2 tak pasal potluc?

    ReplyDelete
  3. na - aku kdg2 je rajin. cuba jgn tak cuba. mu haruslah 8 kali lg rajin dr aku kan.

    ija - sekali sekala je rajin ija. inarah xckp pape pun.

    ReplyDelete
  4. yea fad dh tukar comment biasa..best ckit..heheheh..sedapnye puding caramel, mmg my febert ni..xpernah try yg lapis2 lg kalu rajin leh cuba

    ReplyDelete
  5. best! penah jugak buat tapi bau hanyir... huhu...kurang esen vanila kot..

    ReplyDelete

Kisah Purba - Pulau Redang with Kids

Ini memang kisah purba untuk masa depan. Haha. Terfikir nak buat entri pasal ternampak gambar kami pi Pulau Redang duluuu. Dulu tu was Marc...