Sehari lagi Imaan nak setahun, sehari lagi Imaan akan jadi toddler.
Dua, tiga hari ni Imaan sangat nakal. Last weekend Imaan buat show dekat restaurant. Satu Delicious Bangsar Village II dengar suara Imaan menjerit nyaring. Dia tak nangis tapi saja buat bising. Orang lalu dia tegur, bila depa layan Imaan, minta carry pula, bila dah carry main janggut orang tu. Haih. Suara Imaan dah makin kuat tegur tegur orang.
Sekarang bila naik kereta dah pandai minta duduk kat stereng kereta. Takda siapa yang ajar, tak tahulah mana dia dapat. Semalam, jenuhlah aku pegang Imaan kuat kuat tak bagi dia kacau abi drive. Tak sempat pasang baby car seat and konon nak keluar sekejap je itu sebab tak pakai baby car seat. Sampai area Taipan Imaan punya meraung sampai dah merah merah muka. Abi pun ambil Imaan letak kat stereng. Imaan terus happy siap tunjuk pandai nak drive juga. Memang action habis dengan gaya nak bagi signal and on wiper. Nasib baik kereta tu honk kat belah tepi, kalau bawa Myvi sure dah berbunyi honk tu.
Rasa macam tiba tiba je Imaan dah pandai macam macam. Imaan dah besarlah ibu. Susah nak percaya. Tak puas belai Imaan time baby.
Kalau Imaan dengar orang mengaji, berzikir, azan or yang seumpamanya dia akan tadah tangan konon baca doa. Pandai pula dia bezakan bacaan Al-Quran dengan lagu lain. Kalau buka channel Oasis, kan selalu ada bacaan doa and zikir berlagu, Imaan akan tadah tangan tapi badan pun bergerak joget joget. Tak sesuai tau.
Semalam juga dalam kereta abi asyik pasang ikim.fm je. Biasa Imaan boleh diam tapi ini tak boleh. Asyik teriak teriak sambil panjat panjat aku. Sakit takyah cakaplah, memang tertekan jiwa. Then abi tukar channel, pasang hitz.fm Imaan terus diam dan joget. Adoi anak ibu ni.
Dua tiga menjak ni juga Imaan tak nak makan makanan dia. Dah pandai minta makanan kita. Tapi bila bagi bukan dia makan sangat, dah masuk mulut dia luahkan balik. Hari tu badan Imaan naik sikit, nampak berisi tapi sekarang dah susut balik. Gigi Imaan banyak, nak masuk 7 batang tapi masih tak pandai kunyah makanan. Bila bagi yang blended pula dia buat buat nak muntah. Memang dia just minum susu, makan biscuit sikit macam itu sajalah. Kalau rasa macam one day tu dia memang kurang makan sangat barulah campur baby cereal sikit dalam susu Imaan minum pakai botol. Tak suka nak bagi macam tu tapi terpaksa.
Nanti Imaan dah setahun nak start bagi supplement. Nak bagi Appeton Multivitamins Lysine Syrup and Scott's Emulsion with Calcium - Cod Liver Oil (Orange Flavor). Harap selera makan dia boleh bertambah. Imaan ni kalau tengok orang makan memang beria minta tapi bila bagi dia bukan makan pun. Gigit sikit lepas tu buang buang.
Aku tahu Imaan akan semakin aktif dan nakal lepas ni. Ikutkan aku memang bukan jenis sabar sangat. Kalau dia buat perangai memang aku bagi abi dia handle je. Sekarang pun nampak dah Imaan macam suka ikut abi dia. Dulu tak hairan langsung dengan abi. Aku selalu harap Imaan mahu dengan abi pasal penatlah nak mengadap anak sorang sorang. Doa aku makbul dah, Imaan sekarang ni prefer abi dari ibu. Bila dia nak pi kat abi, tak nak ibu, aku pula sentap tak pasal pasal.
Masa Imaan kecil dulu aku tak appreciate dia sangat, dah besar ni baru rindu masa dia kecil. Benda yang lepas jangan dikenang. Mulakan dengan azam dan semangat yang baru. Nak jaga Imaan elok elok.
wahhh esok bday imaan ekk
ReplyDeletedah bsr anak dara tuh, hehee
kan..kan...
ReplyDeletesama la fad..manjang sama ye dak?? hehe
bila anak dah besar baru tahu..banyak lagi benda tak buat dengan anak..adoiii...xkan nak ulang balik masa..^^
bila dah besar , dah pandai cakap. boleh procedd untuk next baby. haha
ReplyDeleteamboi imaan..
ReplyDeletepandai curik perhatian orang ramai ye..
pastu pandai ngedeng apa orang besar makan ye...
alalalala...
ce senyum simpul macam selalu tu..
geram aunty tau :)
mane ader fad x appreciated~almost eviday fad citer psl imaan~
ReplyDeletesama la weh dgn irshad..nak bwk kete je koje...kalau tgk kita solat..tergongeng2 tuh...baguslah anak2 kita dh paham zikir2 semua kan..moga mereka jadi anak solah dan solehah...
ReplyDeleterindu kan masa kecil2 mereka.
ReplyDeletekysha pun sekarang dah nampak lebih rapat ngan daddy sbb 8jam daddy jaga dia time mommy kerja.nasib baik still bf,so still perlukan mommy.kalau tau,mau sentap gak.huhuu..