Tahun baru ini bermula dengan agak suram. Kena kerja lebih masa and balik lewat. Itu pasal aku tak suka kerja bahagian account ini. I, masa apply kerja kat sini dulu random saja takde specific bahagian, so time interview harap sangat dapat bahagian lain tapi terkandas di sini jugak. Dah rezeki kat sini terima sajalah. Weekend pula plan nak ke birthday bash Alya 1 year old tak dapat pergi kerana hubby kena kerja. Dok rumah diam-diam kerana patah kaki takde kenderaan. Kereta banyak kat rumah tapi semua tak available at that time. Sorry Mama Alya, next time ada rezeki kita jumpa.
Kelmarin masuk kerja dengan gloomy, sudah mati ditembak lagi dapat phone calls dari penuntut duit kerajaan macam duit bapak dia marah-marah aku pasal payment lambat. Ikutkan hati mahu marah balik tapi tak marah pasal aku baik, mak ayah aku ajar hormat orang tua. Aku kalau kena marah jadi sebak, kalau marah gila tak mengamuk tapi menangis. Tapi semalam takdelah sampai nangis cuma whole day jadi takde mood.
Awal tahun ini aku plan untuk launch blog shop aku tapi tak jadi, terpaksa delay pasal camera buat hal. Stock dah bersepah-sepah kat rumah tapi nak ambil gamba jadi problem. Screen LCD rosak nak repair sama harga macam beli baru tapi nak beli baru takde budget. Pinjam camera orang lain outcome mengecewakan. Dah la lately Imaan cranky pasal tumbuh gigi tambahlah aku stress asal nak shoot gamba saja Imaan need attentions. Imaan kalau cranky hanya nak ibu, orang lain taknak. Aku kalau rasa banyak rintangan memang senang down. Aku tak kuat semangat.
Semalam jugak aku redah saja submit borang cuti even aku sedar cuti setahun 30 hari (plus MC) aku dah habis and hanya akan renew bulan Ogos ini. Aku apply cuti 3 hari for this weekend. Alhamdulillah bos aku sign jugak so hooray Imaan akan naik belon for 3rd time. Kami bertiga akan bercuti ke Kota Kinabalu. At first aku cakap kat hubby burn saja ticket itu pasal aku nervous nak submit cuti. End up last minute aku submit jugak. Nervous gila masuk office pagi tadi tapi lucky me bos tak banyak tanya. Cuti aku memang dah terlebih, so kalau aku resign nanti depa kira balik mesti kena tolak gaji. Tak kesahlah~
Sebentar tadi saja tengok facebook kejap ternampak Nurul post to Dayu, buat plan nak meet up. Aku pun menyibuk, rasa macam nak join. Depa plan nak gather on 16 January which is my hubby's birthday. I don't have any plan so kalau dapat jumpa and celebrate my hubby birthday memang best. Aku tak pernah buat any birthday celebrate so far. So macam tak reti jugak nak buat apa. Kalau Dayu nak join celebrate birthday hubby dia sekali I will definitely be happy to participate. Need to re-confirm about this later. :) Any mommies yang nak join lagi? Bukan senang nak jumpa Cik Puan Fad yang comel ni. Kah Kah. I belum confirm, don't get too excited. Heh Heh.
kasut Imaan paling baru. nak jugak tepek gamba :B |
bestnya Imaan dpt naik belon lagi. naurah tak pass2 lagi. insyallah tahun nie. kite g jln2 jaoh sket yer naurah..hehe =p
ReplyDeletecantet ar kasut Imaan tue. naurah cuma ada 2 kasut yg sllu diguna berulang kali. ibu xde bajet nk beli byk2 lg..hihi =p
asal plan kita sama nih?
ReplyDeletezuris pun nak buka blogshop to postpone dulu atas sebab2 tertentu.hehehe..
btw...nanti kalau jd join,inform ye.akan pujuk wak join gak sbb epoi ada ;)
gambar tu wajib
ReplyDeletejadik la. 16.1.2010 ehh
eh sama ah mana penah celeb2 bday ni
tak reti
selalu kuar2 makan berdua je
tgk la camne nanti
beli kek je ke..
wah, datang KK ke? bila?
ReplyDeletesharena - kasut imaan ada 5/6 pasang kot. yg besar belum boleh pki pun ada member bagi. hehe. naurah jalan jauh? pi europe ke? hehe.
ReplyDeletezuris - occay nanti fad roger.
dayu - kalau fad dtg maybe kejap je pastu kena pi dating celebrate besday hubby ;)
nanak - yes, i datang kk 6-11 jan.