20101130

Thermos, Food Container & Budak Nakal

Barang-barang baby yang diborong di LittleWhiz telah selamat sampai. Imaan dapat botol baru, backpack, ointment, teether plus toothbrush, pacifier dan lain lain tak ingat nak list down sekarang. Tak sempat nak ambil gamba, semalam ibu Imaan dan Imaan get excited nak bukak parcel laju-laju dan mencuba peralatan yang serba baru. Sebelum ini Imaan pakai botol Avent, tapi sekarang sudah down grade beli Tommee Tippee, nasib baik Imaan mahu. Actually ada banyak botol standard neck pemberian orang tetapi Imaan tidak suka. Dia demand mahu botol mahal, mahu botol wide neck. Ibu Imaan pasrah, beliau juga yang ajar anak pakai botol wide neck pada mulanya.

Sekarang kat office baru aku takda water heater, so untuk minum air panas hilangkan mengantuk memang payah so aku terpaksa pakai thermos Imaan isi air coffee siap-siap bawak dari rumah. Akibatnya thermos ini sudah bau coffee, thermos murah sudah berlekuk pulak tu. Oleh itu haruslah aku ganti thermos anak aku. Hak hak. Alang-alang nak beli thermos haruslah beli food container sekali, senang sikit nak bawak makanan anak dara ini. Ibunya cerewet taknak bagi makan bukan-bukan so haruslah bawak makanan dari rumah.

So aku pun survey lah dulu secara virtual. Humangaih mahal betul thermos dengan food container ni erk. Ada macam-macam jenis lepas tuh yang stailo pun ada. Aku ni memang suka benda cantik, konon nak nampak lain sikit dari orang lain.

menarik tertarik tapi mahai +_____+
simple and sleek tetapi mahal +_____+
Ini baru tengok secara online sajalah. Retail price between RM80-RM120 per item. Mahal lew. Sekarang ada sales tapi still mahal jugak kot. Mahu berjalan survey ke mall, sekarang agak malas since Imaan sudah nakal. Mulut bising, badan macam ulat tak boleh duduk diam. So sudah payah nak bawak berjalan.

Ibu dah merajuk Imaan tak behave last weekend. Rasa nak picit-picit je budak kecik nih.

budak kecik yang semakin nakal, ibu tengah pilih baju, abi kena layan imaan kalau tak dia bising satu mall tegur semua orang

12 comments:

  1. hahaha, dah makin besar begitulah. masa kecik duk diam je mereka ni. dah besar ni lasak beno! geram.

    ReplyDelete
  2. hek hek chomey.. imaan mcm ulat gerak2

    ReplyDelete
  3. ieeee budak comelll...
    sangat comell dan boleh se geng dengan azad ryan sebab macam ulat beluncas xmo duduk diam..
    semua org dier nak pndang..
    semua orang dier nak tegur..hehe

    ReplyDelete
  4. comel comel jugak, dah jaga baru tahu mcm mane perangainya. +__+

    ReplyDelete
  5. hehe.akak kene sabar..nti bile die nk belaja bejalan lg la..masyaAllah. terus terbantut kalo nk g shoping gara2 bdk kecik xmo dok diam.time ni leh kurus la :)

    ReplyDelete
  6. haha. cube byk saba ah ni. jd ibu kena sabar, jd isteri kena byk saba.

    ReplyDelete
  7. sy pon tgh dok survey thermos food jar tu yg design soccer.. tp sbb cerewet jd nk tunggu gi kedai x pegi2.. huhu.. air pns sy beli mini thermos kat isetan.. rm70 tp berbaloi sbb kecik sng nk bw g mane2 :)

    ReplyDelete
  8. imaan pakai baju threadless ke??
    waahhh...
    comel..comel..
    ko survey habis2 thermos ngan food container ni
    nanti bagi ulasan lanjut ye

    ReplyDelete
  9. zue - aah eh better beli kecil je thermos tu bukan nak pki air panas byk pun kan.

    dayu - itu bukan baju threadless, tetapi baju adams kid. beli time sales isetan. hehe. baju threadless belum beli, tp kalo dh beli mesti show off secara terang-terangan.

    ReplyDelete
  10. alahai..
    comelnya headband iman..
    dah la kepala molat..!!!
    pastu sengih nampak gusi..

    huhuhuhu :)

    ReplyDelete
  11. sengih nampak gigi kecik dua ketul kat bawah lah mak haqq. hehe

    ReplyDelete

Kisah Purba - Pulau Redang with Kids

Ini memang kisah purba untuk masa depan. Haha. Terfikir nak buat entri pasal ternampak gambar kami pi Pulau Redang duluuu. Dulu tu was Marc...