20101123

On Diet

Tiap kali nak pergi berjalan aku mesti stress. Cuba baju 87 kali serba serbi tak kena. Lastly pakai t-shirt men size S penyelamat keadaan. Memang tak bergaya, boring, plain dan terasa malas. Bila keadaan itu berlaku mulalah jadi moody buat apa pun tak seronok. Asik terasa nak beli baju baru tetapi tak dapat terima hakikat kalau sebelum ni pakai size S atau XS, sekarang perlu upgrade ke size M atau L. Sekarang aku terpaksa beli sepasang jeans baru bersize 25 jenama Esprit, kalau pakai Levis maybe kena pakai size 26. Dulu aku pakai Levis size 24. 

Biasalah orang kata lepas kahwin dapat baby badan mesti naik. Memang aku terpaksa tempoh phase tu. Makcik aku yang jahit my baju kurung before aku pregnant lagi dah siap-siap jahitkan baju kurung aku besar sikit. Bila aku try tanya kenapa buat besar, dia kata nanti mesti badan kau naik. Kata-kata dia makbul, sekarang aku boleh pakai baju kurung itu semua ngam-ngam. 

Last raya balik kampung suami jumpa saudara mara ada saja yang gatal mulut tegur, hi, sehat sekarang. Dah lah nama kau pun aku tak tahu, jumpa baru second time kot, pastu pangkat anak saudara ja. Panas hati je mak, memang panas hati masa itu tetapi cuba maniskan muka senyum dan blah. Aik, kena tegur sikit pun moody ke? Memang pun aku moody gila lagi-lagi kalau kau bukan rapat sangat dengan aku. Jumpa mana-mana belum tentu aku nak tegur, pasal aku sombong.

Kerana tak sanggup berasa stress dengan situasi badan-aku-dah-tak-macam-dulu, aku mengambil keputusan untuk ubah cara pemakanan secara total mulai hari ini. Actually aku takdelah buruk lantak tapi pasal meningkat usia, metabolism turun, makan tak tentu hala, baby fat terkumpul menyumbang kepada masalah sekarang. Aku cuba tekad ini, oleh itu aku harap sangat takda sesiapa yang cuba condemn atau mematahkan semangat I. Taknak support takpe tapi tak perlu lah sindir-sindir pulak.

Occay, misi sudah bermula. To fit in back into my previous wardrobe. Kalau ada improvement surely I will share my diet.

2 comments:

  1. kak fad mesti boleh!! da kurus nanti dukung imaan mesti vogue gila! macam dukung adek gituuuu :P

    reen sokong akak walau x kenal hehehe

    chayok2 kak!!

    ReplyDelete
  2. tak kurus sgt pun still mcm dukung adek jugak. ;p

    ReplyDelete

Kisah Purba - Pulau Redang with Kids

Ini memang kisah purba untuk masa depan. Haha. Terfikir nak buat entri pasal ternampak gambar kami pi Pulau Redang duluuu. Dulu tu was Marc...