Aku pun tak ingat sangat macam mana boleh start blog. Macam mana boleh terpengaruh untuk membuat blog. Kalau tengok kat my profile aku start blog on February 2007.
Blog pertama adalah bertajuk Being Alone Doesn't Make You A Lonely Person - ini adalah blog remaja hilang punca, takda apa yang menarik sangat just cerita masa silam yang tak menarik so aku dah deleted.
Next adalah blog bertajuk Menuju Hari Bahagia - berkisar tentang preparation aku menuju alam perkahwinan. Memang buat personal je tapi tak sangka still ramai jugak yang rajin bertandang, TQVM.
Bila dah selamat kahwin so I move on kepada blog ini A Wife, A Mommy - blog selepas kahwin, pada asalnya untuk rekod tentang pregnancy journey but then time pregnant symptom malas update melanda so tak berapa active post entri. End up dah beranak baru rajin sikit update blog. Boleh tahan punya rajin almost everyday ada entri. Hee~
Aku buat blog pada mulanya saja je pasal orang lain ada blog, so aku pun sibuk nak buat jugak. Memang takda niat nak jadi blogger tegar pun, tak terfikir nak tambah kawan, meluaskan network atau apa-apa yang seumpamanya. Tapi pasal sekarang aku dah takda hobi lain so macam boleh layan lah hobby blogging ini. Ada juga orang yang rajin nak melayan ye tak. Dulu rajin ah nak tambah kawan dengan social networking ni tapi lepas kahwin terus malas, Myspace, Friendster dah tak layan, Facebook maintain gitu je. Dah tak boleh nak mengorat atau usha pakwe handsome lagi. Kah Kah. Dah jadi mak budak buat perangai macam emak-emak erk.
Sebelum kahwin dulu aku memang rajin layan and jumpa kawan baru (mIRC, Myspace, Friendster). Ramai occay, sampai tak boleh nak ingat semua, macam-macam jenis orang but so far alhamdulillah belum lagi lah ada incident tak elok. Ramai jugak yang still keep in touch sampai sekarang. Kalau pun tak jumpa tak dok semeja mengeteh masih lagi ada internet boleh berhubung. Dah kahwin ni masa untuk berjimba itu agak limited. Aku pun takda kereta sendiri so payah jugak nak meronda jumpa kawan, mesti tunggu suami dulu (+___________+) Doakan aku murah rezeki boleh pakai kereta sendiri meronda jumpa kawan-kawan. Dulu time study ayah aku bagi kereta setakat ulang-alik Melaka, Seri Iskandar, Kuantan tu takda hal lah. Pukul berapa pun boleh, 2/4 pagi? Owh, baru aku sedar, itu pasal my hubby tak bagi I pakai kereta sendiri agaknya. Nanti merajuk pergi drive sampai Singapore.
By the way, Thank You Very Much for all readers, followers, and yang link kan blog aku ni. Sangat appreciate. Kalau terjumpa boleh lah tepuk bahu I, Hey Fad!
time nak kawen haritu,kwn2 adalah y dlm proses nak kawen gak.
ReplyDeletenie dah ada anak,kwn2 pun ibu2 yg lebih :)
hey fad~
ReplyDeletehehehe best gak kan merajuk sampai singapore! kekeke
ReplyDeleteits possible kalau i have my own car, passport, and money. heh. nak pi thailand takot.
ReplyDelete