20101023

Trifle Berry Updated With Recipe

Kalau I rajin (which is jarang-jarang berlaku) I akan baking or cooking tapi biasanya I prefer untuk membuat dessert atau cookies dan yang setaraf dengannya. Nak memasak lauk-pauk ni tak berapa minatlah. Minat makan je boleh?

Dengan ini, dipersempbahkan Trifle Berry Sukahati buat jamuan mata anda semua. Asalnya nak menjamu Khatijah Mohtar tapi pasal anak dia demam itu hari so I buat bagi je lah sedara mara jiran tetangga.
close up
bekas kecil untuk distribute kepada orang lain
Resepi di atas permintaan

Bahan-bahan :
5 keping swiss roll vanila  (di potong kiub kecil)
250ml susu segar
125ml air
125ml sirap gula (dicampur dengan perahan jus lemon)
2 sudu makan tepung kastard
2 sudu makan gula kastor
Beberapa biji buat strawberry, blueberry dan raspberry.

Cara memasak :
1. Susun swiss roll di dalam bekas kaca dan lapiskan dengan hirisan buah-buahan di atasnya.
2. Kemudian tuangkan sirap lemon di atasnya dan ulangi proses ini hingga beberapa lapisan. Ketepikan.
3. Campurkan tepung kastard bersama gula, susu, air dan masak di atas api sederhana. Kacau hingga mendidih serta adunan menjadi pekat dan berkilat.
4. Tuangkan adunan ke dalam bekas berisi kek dan biarkan sejuk selama beberapa jam.

Itulah dia resepi original aku copy bulat-bulat dari majalah RASA. Hehe. Btw kalau mahu kelainan boleh juga tambahkan lapisan jelly atau agar-agar di atas setiap lapisan buah-buahan tersebut. Lepas itu bila dah siap semua boleh makan dengan whip cream untuk menambah kesedapan dan juga menambah lemak di dalam badan. Buah berry boleh substitute dengan peach dalam tin atau laici atau kiwi what so ever ikut selera anda. Bagi aku buah raspberry tak sedap pastu mahal plak. Ikut suka hati kalian lah.

Selamat mencuba kalau rajin. Pastu post kat blog share hasil anda pulak. Kah kah.

8 comments:

  1. oh sedapnya! hadha mmg suka benda manis2 ni :D

    ReplyDelete
  2. akuu jirannn plg dkt tk dpt ponnn..nk jugek~

    ReplyDelete
  3. serius i terliur. share resepi ok? wpun hakikatnya bersepah resepi kt intenet tp nk gak yours punya kot2 ada bahan lain ahaaha.

    ReplyDelete
  4. nanti kami dtg juaaaaaaaaaaaaaaa...slruuuuuuuuu[pppppppp

    ReplyDelete
  5. bab hobi yg ni aku x pasan perubahan fad~.. :D.. suke masak2 skang fad~ kelass gitu~

    ReplyDelete
  6. haha. jemput semua tengok erk. tengok saje lah. resepi will be coming soon. kena bukak buku balik tak hafal. hehe.

    ReplyDelete
  7. haah la. nak mintak resepi fad. sedap je tgk, nak try buat jugak lah.:)

    ReplyDelete
  8. occay, nanti i carik resepi nye erk. tungguuuu.

    ReplyDelete

Kisah Purba - Pulau Redang with Kids

Ini memang kisah purba untuk masa depan. Haha. Terfikir nak buat entri pasal ternampak gambar kami pi Pulau Redang duluuu. Dulu tu was Marc...