20101007

Panduan Makanan Larangan Untuk Baby (Forbidden Baby Food)

Sebagai seorang dewasa kita boleh makan apa saja yang kita mahu (yang haram mestilah tak boleh) tetapi untuk seorang baby, mereka tidak boleh makan apa saja yang mereka mahu. Ini adalah kerana mereka seorang baby, dan baby memerlukan masa untuk develop segala system pencernaan, immunisasi dan lain-lain. “Aku bagi anak aku makan apa saja, elok je aku tengok dia” Terpulanglah pada korang macam mana nak jaga anak masing-masing (kalau sakit sendiri yang tanggung pun kan). Aku hanya tolong bagi panduan kepada mereka yang prihatin. We prepare for the worst and hope for the best.

Berikut adalah makanan larangan utama untuk baby (forbidden baby foods,) bukanlah haram bagi baby makan cuma perlu tangguh dulu untuk satu tempoh masa tertentu sehingga baby betul-betul sedia.
  • Madu (boleh mengundang botulism bagi baby di bawah 1 tahun) – sehingga 1 tahun
  • Tree Nuts (Macadamia nuts, brazil nuts, cashews, almonds, walnuts, pecans, pistachios, chestnuts, beechnuts, hazelnuts, pine nuts, gingko nuts and hickory nuts – senang tercekik dan mengundang alahan) – sehingga 1 tahun
  • Peanut Butter – sehingga 1 tahun
  • Strawberries, Blackberries, Raspberries – sehingga 1 tahun
  • Buah-buahan Sitrus atau Berasid (Buah seperti tomato walaupun bukan dari kumpulan sitrus tidak bermakna tiada asid. Tidak mengundang alahan tetapi boleh terdedah dengan ruam atau mengganggu pencernaan. Kalau guna sedikit jus lemon atau nenas di dalam puri buahan lain occay lagi, tapi tak boleh buat puri atau bagi baby direct makan oren atau nenas dll) – sehingga 1 tahun
  • Susu Isian Penuh (Laktosa dan protein susu boleh menyebabkan alahan ataupun sakit perut kerana susah dihadam– kecuali yogurt dan keju. Susu juga boleh mengganggu penyerapan zat besi-zat besi sangat penting dalam tahun pertama baby)– sehingga 1 tahun
  • Jagung (Mengundang alahan dan tak berkhasiat sangat) – sehingga 1 tahun
  • Putih Telur – sehingga 1 tahun
  • Anggur (Senang tercekik) – sehingga 1 tahun
  • Wheat (Baby yang tiada isu dengan gluten di dalam oat atau barli dan tiada sejarah alahan dengan gluten boleh mengambil wheat product seawal 8 bulan) – sehingga 1 tahun
  • Chocolate – sehingga 1 tahun
  • Shellfish/Crustaceans (Mengundang alahan) – sehingga 1 tahun
 *mind my bahasa, aku cuba sedaya upaya untuk translate from english to bahasa melayu. hari-hari cakap bahasa perancis, so bahasa melayu dengan english memang kureng sikit. KAH KAH.

Selain itu, tak digalakkan tambah bahan perisa (garam atau gula dll) dalam makanan baby. 
Kenapa? Pasal baby kita bukan boleh bezakan pun. Tak perlu nak ajar anak kita makan sedap-sedap lagi buat masa ini. Lagi pun garam tak elok untuk baby kerana buah pinggang mereka tak boleh cope dengan jumlah garam yang berlebihan untuk mereka. Gula pula ada kalori yang tinggi, lagipun dalam susu ibu, buah-buahan dah cukup kandungan gula semulajadi untuk baby.

Happy feeding.

6 comments:

  1. ohh..strawberry tak boleh?
    baru je kasi maya hisap strawberry sikit haritu.
    nape tak leh ek?
    oren means buah oren tu ke?
    zuris slalu kasi maya hisap buah oren tu direct sbb doc yg suruh kasi.vitamin c katanya.
    hmmm...
    yg lain2 tu akan di notekan
    thanks fad :)

    ReplyDelete
  2. isap isap sikit boleh tp xboleh kalau buat pureed mcm blend strawberry/oren tu than feed pki sudu mcm mkn bubur tu. tak boleh ambil byk2lah. strawberry tu same takot alahan, pastu kan berries tu semua ade biji2 kecil tu xseswai utk baby digest lagi.

    ReplyDelete
  3. i like this post. tak boleh tahan bila dengar orang cakap:

    "Alaa.. Letak sikit je garam/gula. Apa salahnye. Kesian baby tu makan rasa tawar je."

    darlee, if baby dah lebih 6 months old, boleh guna baby fresh food feeder. lagi selamat utk baby isap/gigit buah. reduces the risk of chocking.

    http://www.munchkin.com/products/detail.html?pID=37

    ReplyDelete
  4. oh ibu2... hope to be a mom too~ :)wink2~

    ReplyDelete
  5. thanks for this post fad! anak aku baru 3bulan, pastu ade plak makcik aku suggest suruh letak cereal sket dlm breastmilk utk kasi baby kenyang dan senang tido. haihhhh..aku dah la tgh bersungguh2 nak ekslusif BM ni, panas je telinga aku dengar. and baby aku baru 3 bulan! ikut cakap org tua2 tak semestinya betul, huhu

    ReplyDelete
  6. biaselah tu. aku pun ade je org yg suggest mcm2. kte nak melenting sgt pun xboleh kan, kena hormat org tua. dgr je lah tp ikut tak perlu. haha.

    ReplyDelete

Kisah Purba - Pulau Redang with Kids

Ini memang kisah purba untuk masa depan. Haha. Terfikir nak buat entri pasal ternampak gambar kami pi Pulau Redang duluuu. Dulu tu was Marc...