Secara rasminya Imaan dah 3 bulan. Next monday appointment cucuk lagi. Kena paksa abi cuti tengok anak dara dia sorang kena suntik. Semalam, sempena ulang tahun Imaan yang ke 3 bulan, Imaan telah ketawa dengan rasminya. Imaan ketawa, ibu pun gembira tapi the joy came with package. Imaan dapat suara untuk ketawa, dia jugak dapat suara untuk teriak sampai muka merah.
Semenjak lahir, Imaan sangat behave. Tidak meragam, tidak pandai teriak, tidak cranky, tidak suka berjaga malam. Menangis pun tidak annoying kerana suara Imaan halus saja. Even jiran tetangga pun hairan tidak kedengaran suara baby teriak malam-malam. Ibu dan abi rasa sangat bertuah dapat baby macam Imaan, yang tak banyak ragam, senang nak bawak berjalan kemana-mana.
Tetapi semalam lepas ketawa, Imaan teriak macam kena dera, diapers dah ganti, perot cek tengok takde kembung, sua kan susu taknak, Imaan menangis sekuat-kuatnya. Lepas ibu dukung, abi plak dukung. Lepas tuh passing balik kat abi, main passing-passing Imaan plak. Sampai lah abi bacakan Al-fatihah dan 3 Qul kat Imaan terus Imaan tidur. Fuh, baru lah senang hati ibu nak baca forum kat susuibu.com. Hehehe.
Beberapa hari sebelum itu Imaan dah start menangis kuat-kuat. Tak boleh kena tinggal sorang kejap Imaan menjerit. Imaan tak nangis mendayu-dayu tapi terus teriak saja. Tapi malam tadi memang mencabar.
Walaupun Imaan dah pandai teriak tapi sayang aku dekat Imaan makin bertambah tiap hari. Makin malas nak bangun pagi pergi kerja. Rasa nak tidur pelok Imaan je. Itu pasal minggu ni tiap hari attendance kerja I colour merah tapi lantak lah I tak kesah~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kisah Purba - Pulau Redang with Kids
Ini memang kisah purba untuk masa depan. Haha. Terfikir nak buat entri pasal ternampak gambar kami pi Pulau Redang duluuu. Dulu tu was Marc...
-
Ini memang kisah purba untuk masa depan. Haha. Terfikir nak buat entri pasal ternampak gambar kami pi Pulau Redang duluuu. Dulu tu was Marc...
-
Kalau rajin buat research and baca tentang makanan bayi ni, pasti sedia maklum akan larangan menggunakan garam dan gula sebagai perisa unutu...
-
Is anyone waiting for this entri??? Kahkah. Bajet sangat Mak Neng ni. Ikutkan tahap kemalasan memang tak berapa rajin nak buat entri tapi d...
stended ah beb..bb akan dpt perangai baru tia kali ubah bulan..normal tuh...mak nye pon apa kurang...ahahhaha
ReplyDeletestended ke. imaan dah masuk 3 bulan baru die berperangai. b4 ni tade pape pun.
ReplyDelete