20131119

Resepi Pizza Simple

Dari dapur Mak Neng nak share resepi pizza yang mudah dan sedap. Ala-ala instant tapi kalau jual kat cafe mau belas ringgit gak ni occay. Resepi inspired from Tortilla Pizza at Chilla Cup. Untuk membuat pizza ni korang kena ada skill agak-agak. Ingat semua orang reti ke main agak je? If tak reti mintak mahap tak dapek nak tolong.

Bahan-bahan:

Roti tortilla/warp (ini kalau suka pizza nipis, kalau suka yg tebal sila cari readymade pizza doh atau uli sendiri)
Beef/chicken pepperoni/salami 
Mushroom (any kind ikut suka)
Pasta sos (tomato base - original/basil ataupun ikut suka)
Mozarella cheese

 warp, beef salami, dan white mushrrom (aku masak dulu, tumis dengan butter sampai layu)

pasta sos and cheese. pizza wajib pakai mozarella, tapi kalau jumpa jenis yang pizza plus (mozarella + cheddar + parmesan) tu lagi mantop.

Cara-cara:

1) Sapukan pasta sos anggaran 1 sudu besar atas roti, tak payah sampai hujung sangat nanti comot.
2) Susunkan pepperoni/salami di atas sos. Jangan susun bertingkek-tingkek occay. Selapis je cukup pasal kalau banyak sangat nanti tak tertampung oleh roti unless korang guna roti yang tebal.
3) Setelah itu susunkan mushroom. Diingatkan jangan letak terlalu banyak.
4) Taburkan cheese menutupi topping yang telah disusun. Agak-agak, extra cheese pun boleh tapi letak molek-molek kalau terkeluar dari roti nanti hangus.
5) Bakar di dalam oven selama 10-15 minit dengan kepanasan 200'C. Aku guna api atas je.

 sebelum bakar

setelah disiap. aku makan sorang je ni

Nota:

1) Topping boleh dipelbagaikan mengikut selera. Apa pun boleh.
2) Pasal aku pakai roti nipis so masak memang sekejap je. So if korang nak pki topping yang agak perlu masak lama sila pre-cook dulu topping tersebut takut tak masak pulak nanti.
3) Bahan-bahan semua aku beli kat AEON je biasanya. Kat Tesco pun ada semua. 

Selamat mencuba!

2 comments:

Kisah Purba - Pulau Redang with Kids

Ini memang kisah purba untuk masa depan. Haha. Terfikir nak buat entri pasal ternampak gambar kami pi Pulau Redang duluuu. Dulu tu was Marc...