20130612

Healthy Mommy, Healthy Baby, Happy Hubby #3

#3: Penyusuan Susu Ibu

Rasanya semua dah tahu khasiat susu ibu kan. Susu yang paling berkhasiat, makanan paling lengkap untuk bayi. Kalau mampu pasti semua nak menyusukan baby sendiri. Anak sihat, poket selamat. 

If tanya aku, since aku pregnant lagi dah tanam niat nak menyusukan baby sendiri, tak fikir langsung nak sediakan extra tin kecil formula milk, risau susu takde and all. Nak breastfeed kena sentiasa POSITIF, kena ada ILMU, kena RAJIN. Nak yang terbaik untuk anak mesti kena USAHA.

Ada orang agak beruntung lepas bersalin je terus ada susu. Alhamdulillah aku antara yang beruntung juga, baby pun terus tahu menyusu. Aku dulu since dari Imaan memang plan nak menyusukan tapi mungkin masa itu ilmu tak cukup, semangat pun tak kuat. Imaan dapat menyusu penuh hingga 6 bulan, lepas aku start ambil family planning susu pula merundum. Lepas 8 bulan terus stop bagi susu ibu kat Imaan. Bila fikir balik rasa kesian dengan Imaan. Tapi benda dah lepas so this time memang kena terus positif, terus usaha.

Alhamdulillah hingga kini Isma masih menyusu penuh. Time pantang dulu aku memang ada pump, semangat kau beli pump electric. Memang dapat buat stok ebm tapi Isma refused bottle. Sampai sekarang pun tak berapa nak pakai botol. Stok ebm yang berderet dulu semua bagi Imaan, campur dengan formula milk dia. HEHE. Now sejujurnya aku pun masih tak berapa rajin nak mengepam. Nasib baik aku tak beli Medela FS dulu kalau tak membazir je. KAHKAH. 

Sekarang ni kalau aku pump pun takdelah susu melimpah ruah sekali pump 10oz. Standard sekali pump both side dapatlah lebih kurang 3-4oz je. Tapi syukur susu pekat, yang penting kualiti kan. Isma pun jenis minum sikit tapi kerap. Aku jarang dapat rasa breast penuh pasal tak sempat nak penuh mesti Isma dah kosongkan.  If nak fikir negative mesti macam rasa dilema gak cukup ke tak anak aku minum ni tapi aku buat hati kering je. Selagi berat badan dia normal, aku confident cukup. Penting sangat rasa confident dengan susu kita ni. It's all about MINDSET.

Sejak stay at home and beranak dua ni kadang makan memang tak ikut time. Tapi being a breastfeeding mom memang wajib makan. If dah tahap menggigil lapar (padahal baru makan 2 jam yang lepas) wajib aku bancuh ESP buat alas perut. Selalunya aku ambil ESP ni sebelum breakfast, between meal and before tidur. As for now if orang tanya aku ambil milkbooster apa untuk susu badan, aku memang setia dengan ESP. Di samping itu, tak lupa juga ambil Ostematrix untuk calcium and mengelakkan sakit badan kerana menyusu. Aku if malam memang biasa menyusukan Isma mengiring so if tak ambil Oste senang je sakit badan. 

Ada orang pernah cakap kat aku leceh nak breastfeed ni pasal kena pantang makan macam-macam. For me, aku tak pantang pun. Aku bedal je semua. So far belum nampak kesan tak elok kat Isma lagi. Lain orang lain kan, tapi aku percaya if kita jaga badan kira secara sihat dari awal, insyaAllah takde apa-apa. Selagi kita amalkan makanan yang elok, yang tak memudaratkan, yang halal, pasti selamat.

If fikir balik sebenarnya takdelah smooth sangat perjalanan breasfeeding aku, ada je pancaroba macam kena clogged duct sampai kena pi klinik, nipple melecet, kena gigit dengan anak tu semua biasa. Lagilah macam Isma ni baru 9 bulan gigi dah 7 batang. Lepas tu elok je pulak tu takde demam ke crancky ke. Aku pun macam tak percaya je cepat sangat giginya tumbuh. Maybe pasal aku makan Ostematrix tu dari pregnant lagi so calcium terlebih? Takut pulak korang nak makan Ostematrix nanti baby cepat tumbuh gigi selalu kena gigit erk. Ekekeke.

Tak kira macam mana pun dugaan tapi bila tengok anak yang sihat gebu memang rasa berbaloi kena gigit apa semua tu. Imaan dulu yang menyusu sekejap je pun kurang sakit apetah lagi Isma. Bagi aku memang nampak beza sangat progress depa. If buat flashback memang aku sedih tak usaha sunguh-sungguh time Imaan dulu. Sepatutnya aku berhenti kerja time lebih awal, since pregnant Imaan lagi. Eh, tapi if kerja pun boleh je menyusukan baby cuma untuk aku yang tak berapa cekal ni if aku stay at home lebih mudah untuk aku focus. Ramai je working moms yang dah buktikan depa mampu menyusukan anak until 2yrs, yang penting kena rajin usaha. 

Ada orang tak ambil supplements pun susu still cukup tapi untuk aku, aku perlu ambil untuk enrich and increase quality susu badan aku. Ibu sihat insyaAllah will produce susu badan yang lebih sihat. 

P/S: Nak tanya pasal supplements or anything related boleh text/whatsapp aku je orite. 016-225 4594 (Fad)

1 comment:

  1. esp masih separuh canister xhbs minum..pemalas nak bancuh

    ReplyDelete

Kisah Purba - Pulau Redang with Kids

Ini memang kisah purba untuk masa depan. Haha. Terfikir nak buat entri pasal ternampak gambar kami pi Pulau Redang duluuu. Dulu tu was Marc...