20110714

My Child, My Way

Semua ibu bapa nak kan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Tak kiralah macam mana cara sekali pun. Setiap orang ada goal depa sendiri, ada opinions sendiri and of course ada cara sendiri in raising their beloved children.

Some, maybe akan mengambil contoh from their parents or anyone yang depa adore. Nak anak jadi macam ni, nak anak jadi macam tu.

Aku rasa aku bukan mak yang jenis cepat risau sangat kot. Bukan jenis yang manjakan anak sangat. Aku rasa aku agak calm and kadang nampak macam tak peduli. Aku bukan jenis pantang dengar anak nangis or risau sangat nak biar anak main sorang-sorang. Tapi haruslah under adult supervision. Takdelah main lepas je macam bela lembu atau ayam.

Sejak aku pregnant, I do read a lot. I read from books, magazine and articles in internet. Nak kata banyak sangat tu tak lah tapi kalau ada keraguan mesti aku search dulu any info yang bakal menjawap persoalan aku tu. Aku lebih suka search sendiri dari bertanya dengan orang tua or orang lain. Kalau aku tak sure dengan apa yang aku baca baru aku refer dengan orang lain.

Oleh kerana sikap aku tu kadang aku rasa aku nampak macam aku menentang arus, melanggar adat dan kepercayaan orang lama and kadang nampak mcm degil tak ikut cakap or macam bagus. Haha. Aku rasalah.

Dalam membesarkan anak aku, selain aku cuba nak bentuk dia amalkan pemakanan yang sihat sampai besar, aku juga kalau boleh nak cuba besarkan anak aku dengan cara hidup Islam. Aku sedar aku pun masih mentah banyak sangat benda yang aku perlu belajar tapi tak salah kalau aku cuba bentuk anak aku dari kecil lagi.

Dari sini aku akan tulis feeling macam Ustazah Pilihan…

Aku nak utamakan agama dalam apa segi pun sepanjang aku besarkan anak aku. Aku totally bukan jenis Biar Mati Anak Jangan Mati Adat. Bagi aku tak masuk akal langsung peribahasa tu. Pantang larang mengarut memang aku totally ignore, masuk telinga kiri, keluar telinga kanan.

Selalu je aku macam bertelangah pendapat dengan saudara sendiri and orang yang terdekat dengan aku. Tapi aku dengar je lah and still aku buat ikut cara aku je selagi aku yakin apa yang aku buat tu betul. Orang lain, ikut suka hati merekalah nak besarkan anak dia macam mana. Aku buat cara aku.

Aku perasan orang kita ni kadang suka mengikut je apa yang orang terdahulu buat tanpa betul-betul paham dengan tindakan or sesuatu amalan tu. Bila kita tak ikut amalan yang kebiasaan and start something new mula lah nak mengkritik.

Kita ni kebanyakkan nya dari dasar je memang nampak macam Islam tapi hakikatnya cara hidup banyak ikut orang bukan Islam. Kebanyakkan dari kita kadang tu sedar dan tahu tapi pasal benda dah jadi biasa, dah sebati dalam jiwa so kita tak rasa bersalah.

Seboleh-bolehnya aku nak mencari yang afdal, nak cari keredhaan Allah dalam membesarkan anak aku. So even bagi orang lain benda tu remeh je macam tiup lilin kek hari jadi. Tapi yang tak boleh diikut tetap tak boleh diikut, yang haram tetap haram. Dosa kecil pun sikit-sikit jadi bukit.

Time aku pregnant seboleh-bolehnya orang suruh ambil air/minyak selusuh dari ustaz paling alim, tok bomoh paling handal tapi aku bertegas suruh suami aku buatkan minyak selusuh untuk aku kerana itu yang paling afdal. Walaupun aku bersalin susah, kena operate tapi aku takde rasa ralat pun kerana yang penting aku dah usaha. Beriman kepada qada dan qadar, rukun iman nombor lima.

Bila anak aku keluar, nak bersunat pun lain pendapat, nak akikah, cukur jambul pun sama juga. Memang boleh jadi sakit jiwa kalau kita nak tetapkan pendirian tanpa melukakan hati orang lain lagi-lagi hati orang tua.

Aku sampai sekarang takde ajar anak aku nursery rhymes sangat pun. Sejak dari lahir aku hanya dodoikan dia dengan zikir and kalimah Allah. Aku berazam nak ajar anak aku mengaji sendiri macam mak aku ajar aku. Nak besarkan dia dengan cerita-cerita para nabi, para sahabat dari cerita dongeng fairy tales. Sikit pun aku tak risau kalau anak aku tak membesar macam anak orang lain pasal aku yakin dengan janji-janji Allah.

Dalam android aku memang semua application yang Islamic je. Kalau Imaan cranky, aku bagi dia phone tu and on Asma ul-Husna. Am I not fun or rosak kan childhood dia kalau aku tak ajar anak aku calm dengan tengok Pocoyo or Snow White? Kalau Imaan sendiri nak tengok aku tak akan halang tapi dia sendiri pun belum tunjuk minat dengan cartoon tu semua.

Tak kisah sangat kalau orang lain tak support apa yang aku buat as long tak condemn or act like apa yang aku cuba buat and achieve adalah salah. Bunyi macam serious gila je aku ni tapi I can be fun too! Just bab agama ni memang aku tekan kan sikit lah. Melentur buluh biar dari kecil.

Kalau aku ada duit lebih-lebih berangan nak hantar anak kat Genius Aulad.

14 comments:

  1. x kira la apa pun fad..yang penting keredaan ALLAH...insyaALLAh Irshad pon akan g Genius Aulad...tak minat cina2 punye...ahahha..insyaALLAH semua yang terbaik tuk anak2 cumil kita ok

    ReplyDelete
  2. btul tu fad, sokong sangat2 dgn cara fad..hope kita bleh didik anak mengikut cara Islam...nurul pun dah beli buku furqan, nak ajar sendiri...buku nabi je blom, hari tu ada buku citer nabi yang berkenan kt pameran buku selangor tu..tp ntah la kenape tak angkat

    ReplyDelete
  3. Good, 2 thumbs up!. tapi fad hntar anak kat orang lain kan during kerja. mcmner ? so far so good? mengikut citarasa fad x?

    ReplyDelete
  4. same la kite..mmg impian nk ajar in islamic way..alhamdulillah husna diterima masuk iium educare..kt ctu mmg islamic way ckit taskanya..moga2 dipermudahkan..ank2 ni mmg kna tanam dr kcik lg cara hidup islam..lg pulak tu mmg tjawab kita yg akan disoal di akhirat nnt

    ReplyDelete
  5. Fad,
    I pun verangan nak masukkan anak ke Genius Aulad. Sebab angan2 yg pertama nk masukkan dia ke UIA Montessori mungkin takkan berlaku sbb x mampun bayar mahal. hehehe.

    ReplyDelete
  6. Betullah Fad, kadang² pendirian kita lain tapi org keliling nak suruh buat lain. Last2 makan hati. Serious kalau ada rezeki nak hantar kt Genius Aulad. Mudah-mudahan ada rezeki kita kan Fad. Amin.

    ReplyDelete
  7. yang paling selamat utk berjaya hidup kat dunia & akhirat nie cuma dengan memilih jalan Allah. yang lain2 tu sampingan aje.

    dr kecik nielah kena dedahkn diorang dgn solat 5 waktu & bacaan Quran. eventho rasa terganggu sbb diorang suke kacau, at least diorang tahu itu rutin wajib kita seharian sbg seorang Islam.

    Insyallah dah besar sok tak susah nak bentuk dia utk solat & amalan2 lain.

    if baik kite, Insyallah baik jugaklah anak kite. apa2 pon kite kena perbetul diri sndiri dulu sblm expect lebih2 pd anak. itu yg aku sllu ingatkn pd diri sndiri =)

    ReplyDelete
  8. xiet - imaan kalau i pi office dia tinggal dgn nenda. so takde problem. nenda suka tgk oasis. hihi.

    ija, nurul, yana, ann, fie, sharena - semoga kita sama-sama memperbaiki diri and dapat membimbing anak kita dgn keredaan Allah. amin.

    ReplyDelete
  9. inilah entry yang paling sedap dan berkenan di hati kite! nak cuba jugak cara macam kak fad. insyaallah :)

    ReplyDelete
  10. Genius Aulad tu anak Wardina pon dia hantar situ kan? bestnye! teringin jugak nak hantar anak situ daripada hantar kat Smart Kids :)

    ReplyDelete
  11. woww suke bc entry mu yg ni,
    semua aku setuju,
    hehe

    ReplyDelete
  12. reen - xtau lah wardina hantar anak dia kat genius aulad ke tak. tp kalau mampu dr hantar ke smart reader ke q-dees ke baik hantar kat genius aulad kan.

    na - haha. sama-sama kita cuba besarkan anak in islamic way ye.

    ReplyDelete
  13. baru tau tentang genius aulad tu. thanx for de info. =)

    ReplyDelete
  14. salam fad..aku br je baca blog ko sbb jumpa profile ko kat twitter..biasalah mak2 mmg pantang tgk blog yg psl mak ke anak ke mmg melekat lg2 kawan2 sendiri hehe..aku rasa post ko yg ni yg aku rasa terkesan sgt kat hati mcm rasa nak nangis pon ada (gua hati kaca) huhu sbb sebijik mcm apa aku rasa n apa aku nak buat :)

    ReplyDelete

Kisah Purba - Pulau Redang with Kids

Ini memang kisah purba untuk masa depan. Haha. Terfikir nak buat entri pasal ternampak gambar kami pi Pulau Redang duluuu. Dulu tu was Marc...