20110718

Imaan Is Kemaruk

Imaan now is kemaruk nak pakai beg. Tapi bukan just now, dari beberapa ketika yang dulu lagi dah start kemaruk tapi baru sekarang I nak cerita.

backpack ni bos lama aku bagi. 
beg simple dimple bentuk ladybug.

plastic bag ni hasil pembelian di store anakku, 50% discounts

Selain yang tersebut di dalam gamba, Imaan ada backpack Hello Kitty and backpack bentuk lamb dengan harnest pemberian orang. So far aku belum beli lagi beg untuk Imaan. Tapi bila mengenangkan dia suka bebenor pakai beg tak kiralah backpack ke tote bag ke sling bag ke so aku mungkin membelikan dia sebuah beg. 

Nak beli bag ape erk untuk Imaan. Hermes Birkin?



20110715

Imaan's First Movie In Cinema

Sebagai parents yang mempunyai anak, kami selalu juga tengok movie. Lebih-lebih lagi bila tak perlu bayar tiket or hanya bayar RM10 untuk couple seat. Thanks to my beloved younger sisters Ateh and Ain. Hihi.

Selama ini hampir setiap kali kami pi tengok movie in cinema, Imaan akan tinggal with her opah and maksu. Kadang-kadang je tinggal dengan nenda kerana nenda tak berapa willing nak jaga Imaan after office hours =P

Aku nak tengok Transformers sangat sangat sangat but opah dah balik kampung so we decided untuk bawa Imaan ke cinema sekali. Dalam hati memang cuak tapi aku cubalah mengambil langkah pencegahan yang selalu diguna pakai oleh mommy lain. Aku carik movie almost midnite, pukul 10.50pm. Imaan paling cepat dia tidur pun pukul 10 tapi biasanya pukul 11/12 malam.

Kami sampai kat mall dalam pukul 9 lebih. Had dinner dulu lepas tu bawak Imaan main-main area mall tapi lama kat area cinema je. Imaan beramah mesra dengan staff kat cinema tu. So far Imaan dah sampai 2 kali je kalau tak silap tapi almost semua staff dah kenal Imaan. Hihihi.

Dekat-dekat time nak masuk cinema Imaan dah start cranky pasal penat and mengantuk kot. Aku memang pilih couple seat paling belakang and paling tepi dekat dengan pintu Exit. Berdebar-debar nih nak bawa budak kecik masuk cinema sekali. Mula-mula Imaan macam excited je. Aku nak baring kan dia tapi dia nak tengok sama jugak lah kononnya. Dia dah start tegur-tegur lah pulak. Hahaha, risau je aku time tu. Adik aku, Ain pun kejap-kejap masuk tengok kami, lepas tu masuk bagi popcorn dengan air pula. 

Dalam 10 minutes movie start akhirnya Imaan tidur. Aku dah siapkan susu, pacifier, pakai sweater, stokin panjang untuk Imaan. Tapi sepanjang menonton tu kena peluk Imaan ketat-ketat and cover telinga dia sikit. Almaklumlah sound kat cinema baru memang kuat kot. Movie tu dah lah 2 jam lebih sikit. Pergh lenguh gila tangan den.

Nasib baiklah berjaya menidurkan dia and dia pun takde cranky sangat. Cuma next time kalau ada orang boleh tolong babysit Imaan memang tinggalkan kejap je kot macam biasa. Waktu darurat macam hari tu bawa dia sekali. Ceh, daruratlah sangat.

Next movie, Harry Porter.

Imaan jumpa kawan. Haha. Pandai pulak dia jalan elak Smurf tu.

P/S: Btw, Transformers is worth to watch. CGI memang gempak lah, heroin pun walawey terbaik, go go Victoria Secret Angel! Aku dari dulu memang tak berkenan dengan Megan Fox tu, nampak macam pondan. =P

20110714

My Child, My Way

Semua ibu bapa nak kan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Tak kiralah macam mana cara sekali pun. Setiap orang ada goal depa sendiri, ada opinions sendiri and of course ada cara sendiri in raising their beloved children.

Some, maybe akan mengambil contoh from their parents or anyone yang depa adore. Nak anak jadi macam ni, nak anak jadi macam tu.

Aku rasa aku bukan mak yang jenis cepat risau sangat kot. Bukan jenis yang manjakan anak sangat. Aku rasa aku agak calm and kadang nampak macam tak peduli. Aku bukan jenis pantang dengar anak nangis or risau sangat nak biar anak main sorang-sorang. Tapi haruslah under adult supervision. Takdelah main lepas je macam bela lembu atau ayam.

Sejak aku pregnant, I do read a lot. I read from books, magazine and articles in internet. Nak kata banyak sangat tu tak lah tapi kalau ada keraguan mesti aku search dulu any info yang bakal menjawap persoalan aku tu. Aku lebih suka search sendiri dari bertanya dengan orang tua or orang lain. Kalau aku tak sure dengan apa yang aku baca baru aku refer dengan orang lain.

Oleh kerana sikap aku tu kadang aku rasa aku nampak macam aku menentang arus, melanggar adat dan kepercayaan orang lama and kadang nampak mcm degil tak ikut cakap or macam bagus. Haha. Aku rasalah.

Dalam membesarkan anak aku, selain aku cuba nak bentuk dia amalkan pemakanan yang sihat sampai besar, aku juga kalau boleh nak cuba besarkan anak aku dengan cara hidup Islam. Aku sedar aku pun masih mentah banyak sangat benda yang aku perlu belajar tapi tak salah kalau aku cuba bentuk anak aku dari kecil lagi.

Dari sini aku akan tulis feeling macam Ustazah Pilihan…

Aku nak utamakan agama dalam apa segi pun sepanjang aku besarkan anak aku. Aku totally bukan jenis Biar Mati Anak Jangan Mati Adat. Bagi aku tak masuk akal langsung peribahasa tu. Pantang larang mengarut memang aku totally ignore, masuk telinga kiri, keluar telinga kanan.

Selalu je aku macam bertelangah pendapat dengan saudara sendiri and orang yang terdekat dengan aku. Tapi aku dengar je lah and still aku buat ikut cara aku je selagi aku yakin apa yang aku buat tu betul. Orang lain, ikut suka hati merekalah nak besarkan anak dia macam mana. Aku buat cara aku.

Aku perasan orang kita ni kadang suka mengikut je apa yang orang terdahulu buat tanpa betul-betul paham dengan tindakan or sesuatu amalan tu. Bila kita tak ikut amalan yang kebiasaan and start something new mula lah nak mengkritik.

Kita ni kebanyakkan nya dari dasar je memang nampak macam Islam tapi hakikatnya cara hidup banyak ikut orang bukan Islam. Kebanyakkan dari kita kadang tu sedar dan tahu tapi pasal benda dah jadi biasa, dah sebati dalam jiwa so kita tak rasa bersalah.

Seboleh-bolehnya aku nak mencari yang afdal, nak cari keredhaan Allah dalam membesarkan anak aku. So even bagi orang lain benda tu remeh je macam tiup lilin kek hari jadi. Tapi yang tak boleh diikut tetap tak boleh diikut, yang haram tetap haram. Dosa kecil pun sikit-sikit jadi bukit.

Time aku pregnant seboleh-bolehnya orang suruh ambil air/minyak selusuh dari ustaz paling alim, tok bomoh paling handal tapi aku bertegas suruh suami aku buatkan minyak selusuh untuk aku kerana itu yang paling afdal. Walaupun aku bersalin susah, kena operate tapi aku takde rasa ralat pun kerana yang penting aku dah usaha. Beriman kepada qada dan qadar, rukun iman nombor lima.

Bila anak aku keluar, nak bersunat pun lain pendapat, nak akikah, cukur jambul pun sama juga. Memang boleh jadi sakit jiwa kalau kita nak tetapkan pendirian tanpa melukakan hati orang lain lagi-lagi hati orang tua.

Aku sampai sekarang takde ajar anak aku nursery rhymes sangat pun. Sejak dari lahir aku hanya dodoikan dia dengan zikir and kalimah Allah. Aku berazam nak ajar anak aku mengaji sendiri macam mak aku ajar aku. Nak besarkan dia dengan cerita-cerita para nabi, para sahabat dari cerita dongeng fairy tales. Sikit pun aku tak risau kalau anak aku tak membesar macam anak orang lain pasal aku yakin dengan janji-janji Allah.

Dalam android aku memang semua application yang Islamic je. Kalau Imaan cranky, aku bagi dia phone tu and on Asma ul-Husna. Am I not fun or rosak kan childhood dia kalau aku tak ajar anak aku calm dengan tengok Pocoyo or Snow White? Kalau Imaan sendiri nak tengok aku tak akan halang tapi dia sendiri pun belum tunjuk minat dengan cartoon tu semua.

Tak kisah sangat kalau orang lain tak support apa yang aku buat as long tak condemn or act like apa yang aku cuba buat and achieve adalah salah. Bunyi macam serious gila je aku ni tapi I can be fun too! Just bab agama ni memang aku tekan kan sikit lah. Melentur buluh biar dari kecil.

Kalau aku ada duit lebih-lebih berangan nak hantar anak kat Genius Aulad.

20110706

2nd Year Anniversary

Last 4 July, genaplah 2 tahun perkahwinan kami. Dikurniakan tuhan seorang anak perempuan yang sangat comel di mata ibu dan abi nya. Masih menyewa rumah saudara, masih belum mampu beli rumah sendiri. Si suami sudah ada 2 kereta tetapi isteri langsung tidak ada harta. Hutang banyak lah. =P

Bersempena dengan ulang tahun perkahwinan, hubby telah membawa me and Imaan to Port Dickson last weekend. Kami just check in semalam and berehat santai saje, short weekend gateway ala-ala pre-anniversary holiday.

On the exact anniversary date which was last Monday, hubby gave me a bouquet of red roses. Hubby pulang agak lewat pasal kena attend meeting yang meleweh-leweh. Last year we had dinner at Tamarind Spring, tapi takde roses, tahun ni takde dinner tapi dapat roses. I did ask hubby takde chocolates or cake ke? Dia kata, I kan on diet itu pasal dia tak beli. Alasan diterima. HAHA. 

sebelum kahwin dapat 2/3 dozen, lepas kahwin dapat sedozen je. =P

Actually I did not expect anything pasal honestly, I dont have anything for him. I do have some plans on my mind tapi tak jadi so hanya cinta, kasih sayang dan kesetiaan yang insyaAllah akan kekal sampai bila-bila. =)

InsyaAllah end of this month kami akan have a short weekend gateway lagi sekali to Penang. Ini so-called post-anniversary holiday pulak. 

More years to come. Semoga kami sama-sama tabah, sama-sama kuat untuk hadapi segala dugaan or rintangan sepanjang perkahwinan kami ini. Amin.

P/S: Siapa kata lepas kahwin you won't get any flowers? ;>

How To Change Favicon On Your Blog

Apakah Favicon? Kalau korang perasan, kat browser korang di bahagian address link tu ada icon untuk setiap address website. Contohnya macam yang berikut:

 

So, if korang rasa extra rajin nak customize kan favicon link blog korang, boleh lah cuba tutorial ini occay.

First thing first, korang kena dapatkan code html favicon yang korang nak guna pakai. Untuk mendapatkan code favicon tersebut korang kenalah search kat internet. Actually korang boleh je design sendiri and upload sendiri and pakai code korang sendiri tapi itu nanti aku kena buat tutorial lain pulak.

Tak payah susah payah, aku suggest korang pilih je favicon yang korang berkenan di iconj. Aku pun ambil code kat situ je pasal outcome favicon yang aku buat sendiri tak menjadi sangat. Heh. Bila korang jumpa favicon yang menambat hati korang, just copy je code itu occay.



Then, sila ikut steps berikut:

1. Click pada menu Design kemudian click pula pada Edit HTML kemudian check on box Expand Widget Templates.



2. Tekan pada keyboard button Ctrl + F and type < /head >

3. Paste kan code favicon yang korang copy dari website di bahagian atasnya.


4. Click Save Template.

Dah setel. So far kalau takde apa-apa masalah mesti akan appear punya kat browser korang. Aku pakai Mozilla 4.0 so far nampak occay, kalau korang pakai Safari untuk Mac pun insyaAllah occay jugak cuma kalau pakai Internet Explorer macam tak occay. Aku pun tak sure kenapa tapi aku malas nak investigate lah pasal aku jarang sangat pakai IE pun. Heh.


Aku punya icon teddy bear bajet comel.

Sekian, selamat beramal.

How To Add Facebook Like Button

Walaupun banyak dah tutorial di alam maya ini tapi aku cuba juga untuk memenuhi permintaan Puan Ana untuk buat tutorial. Ini adalah tutorial pertama dari Cik Puan Fad occay.

Bagaimana nak pasang button Like Facebook?

Sebenarnya button Like Facebook ni boleh kita custom kan tapi aku prefer yang standard je so kita pakai code standard je lah erk sepertimana yang aku guna pakai untuk blog aku ni.

 1. Click pada menu Design kemudian click pula pada Edit HTML kemudian check on box Expand Widget Templates.


2. Tekan pada keyboard button Ctrl + F and type < data:post.body/ >




3.  Paste code berikut di bahagian bawahnya.
    
< iframe allowTransparency='true' expr:src='"http://www.facebook.com/plugins/like.php?href=" + data:post.url + "&layout=standard&show_faces=false&width=100&action=like&font=arial&colorscheme=light"' frameborder='0' scrolling='no' style='border:none; overflow:hidden; width:450px; height:40px;'/ >

4. Click Save Template.

Siap! Simple je steps dia. Kalau jadi sepatutnya button Like tu akan appear di bahagian bawah setiap entri. Kalau kita click button Like tu nanti akan terus link pada wall Facebook orang yang click Like.



Actually kita boleh custom button Like tu tapi aku malas nak buat so pakai yang standard je. Boleh juga add kat bahagian atas entri tapi maybe kena ada adjustment pada code. Kalau korang nak custom, sila lah rajin kan diri untuk google and cuba tutorial lain. Keh keh.

Kalau tak jadi ikut tutorial ni maybe code template korang tak sesuai dengan code standard ni so kena cuba tutorial lain jugak.

Sekian, terima kasut kasih.

Important: Sila rapatkan simbol < dan > pada semua code yang dinyatakan dalam entri ini bila korang buat tutorial pasal kat entri ni aku tak boleh rapatkan nanti efek kat code html blog aku and tak boleh view pada entri.

20110705

Berubah Lagi

Menjadi manusia yang mudah bosan, so haruslah aku tukar layout blog ini lagi. Kononnya cuba nak men-simple-kan blog se-simple boleh tapi simple sangat pun macam tak ceria pula. So buat masa ini macam ini saja lah dulu kot. Keh keh.

Disamping itu CommentLuv juga sudah di-uninstall demi kawan-kawan yang tak dapat nak comment pasal kadang-kadang keluar error ye dak? Bila dah uninstall maka semua comment pada CommentLuv pun sudah hilang. T________T

Dengan ini aku memohon maaf kepada yang sudah comment tapi sekarang comment sudah tiada. Kalau free boleh comment balik. Ekekekee. ♥

Baru aku perasan button Like facebook dengan favicon aku dah hilang. Cis, bedebah kena buat balik. -_-"

Kisah Purba - Pulau Redang with Kids

Ini memang kisah purba untuk masa depan. Haha. Terfikir nak buat entri pasal ternampak gambar kami pi Pulau Redang duluuu. Dulu tu was Marc...