20100806

Penyakit Boros, Bosan dan Malas

Sebagai seorang ibu biasanya akan lebih saving, menguruskan hal kewangan keluarga lah konon. Tapi aku nampaknya menjadi semakin teruk selepas berkeluarga. Kehendak itu sudah tak boleh ditahan. I have to admit, shopping makes me happy. Mungkin aku ada masalah. Shopaholic. Ini bukan sikit-sikit punya symptoms. Lately aku selalu beli benda yang aku tak perlu. Kehendak melangkaui keperluan. Duit takda boleh pakai credit card. Nasib baik credit card ada satu saja. Dulu ada dua tapi hubby dah potong satu. Aku beli barang yang biasanya aku tak pakai pun. Simpan lama sikit or pakai sekali dua langsung buang or sedekah je pasal aku bukan jenis yang suka simpan-simpan barang lama.Dari mata kasar memang tak nampak jelas kot. Tapi pasal aku selalu tengok The Oprah Winfrey Show, aku suspect aku ada masalah. Orang kat Malaysia ni memang selalu take for granted pasal masalah jiwa ni, yang depa tau penyakit yang jelas nampak macam, drugs or alcohol addictions je. Shopping addiction pun satu penyakit jiwa jugak. Ada masalah je shopping, stress je shopping. Shopping memang seronok. Rasa macam hilang kejap masalah. Bukan hilang, tapi lupa sekejap. Tapi kejap aje lah kan. Tengok duit dalam bank makin kurang, hutang makin tambah jadi stress balik pastu continue shopping. Memang takde penghujung. Masalah makin teruk. Sama jugak macam orang gemok, food addiction. Stress makan, ada masalah makan. Makan, makan, dan makan sampai mati. Banyak shopping tak mati tapi mungkin bank akan blacklist, bankrupt or masuk jail.

Aku rasa 'penyakit' aku ni belum teruk sangat tapi nampak gaya boleh jadi teruk. Aku rasa aku perlu ada hobi yang boleh menceriakan aku. Sekarang ni aktiviti harian hanyalah pergi kerja, balik jaga anak, kemas sikit-sikit langsung tidur. Esoknya sambung balik aktiviti yang sama. Weekends plak biasanya sibuk dengan hal keluarga yang lain. Kenduri kawin lah, cukur jambul, birthday party, balik kampung. Semuanya untuk orang lain. Takda masa untuk diri sendiri. Rasa sangat BOSAN. Ye, aku memang mudah bosan. Memang teruk kadang-kadang rasa macam orang tak bersyukur. Apekah?
I definitely need a hobby. Shopping hanya boleh jadi hobby buat orang yang takde hutang, dan orang kaya 7 keturunan. Pendek kata orang yang mampu saja. Tak mampu macam I tak boleh. Oleh itu silalah jadikan menjahit atau memasak sebagai hobby, boleh buat side income lagi. TAPI, aku MALAS. Husband aku pun cakap aku malas. Macam mana nak rajin huh?

Ok sekarang aku dah malas untuk menaip.

2 comments:

  1. Ok sekarang aku dah malas untuk menaip.. wahahah bkn calang2 ko ni pemalasnyerh. same la!

    ReplyDelete

Kisah Purba - Pulau Redang with Kids

Ini memang kisah purba untuk masa depan. Haha. Terfikir nak buat entri pasal ternampak gambar kami pi Pulau Redang duluuu. Dulu tu was Marc...